Marilah kita bersama-sama menghidupkan dengan penuh semarak bulan Ramadan kali ini dengan aktiviti-aktiviti ibadah dan amalan peningkatan pengukuhan kerohanian.
Ahli dan aktivis gerakan Islam seharusnya meletakkan dirinya dalam kelompok Khusus al khusus iaitu orang yang berpuasa iaitu bukan sekadar menahan dirinya dari makan minum dan melakukan hubungan jenis disiang hari, menahan mata,telinga,tangan,kaki,hidung,lidah dari melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah tetapi menjaga HATI nya dari melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti hasad dengki, buruk sangka, tamak haloba dan berbagai-bagai lagi penyakit hati yang sentiasa bersarang di dalam sanubari insan yang sentiasa dahagakan petunjuk dan hidayah Ilahi.
No comments:
Post a Comment