Tuesday, September 30, 2008

Sekalung Terima kasih


Alhamdulillah, sekalung terima kasih buat para dermawan budiman yang telah mendanai Darul Wardah. Setakat 21 September 2008, setelah mengadakan program Ihya Ul Nahar di sepuluh tempat, masjid, surau dan sekolah bermula 5 September hingga hari ini, kami telah berjaya mendapatkan RM 2350. Sekali lagi, ribuan terima kasih dari kami. Hanya Allah yang mampu membalas budi-baik dan sumbangan anda.

Jua tidak lupa buat semua tenaga Helwa dan orang perseorangan yang telah mengembleng tenaga dalam mengimarahkan ihya ul Nahar dan semua program yang dilaksanakan oleh ABIM Selangor. Marilah kita berdoa agar diberi kesihatan, kekuatan dan istiqamah dalam menjayakan misi membina tamadun Khayra Ummah ini.
Semoga Allah mempermudahkan urusan-urusan kita di dunia dan akhirat. Amin

nota-jambangan mawar ini buat anda..individu-individu yang banyak menyumbang pada jalan Allah.

1 comment:

NORHIDAYAH SUMAIRI said...

sama-sama...buat semua sahabat yang berganding bahu menjayakan program, saya suka bekerja dengan semua yang terlibat..chaiyo-chaiyo