Kelas pengajian Orang Asli ini biasanya diadakan pada hari Ahad dua minggu sekali bermula jam 11 pagi hingga zohor bersama. Kelas ini dihadiri lebih kurang 12 orang kaum ibu dan bapa. Mulanya kami mengajar bacaan syahadah dan al-Fatihah dalam kumpulan. Setiap orang diberi latih-tubi menyebut kalimah-kalimah yang sukar seperti “Asyhadu”, “Rasulullah” dan “Allah”. Oleh kerana, mereka belum kenal huruf-huruf al-Quran, kami sepakat mengajar kelas iqra. Secara tidak langsung, kami juga menerangkan tentang bacaan-bacaan dalam sembahyang. Kami juga melakukan latihan praktikal mengambil wudu’. Namun, atas permintaan, kami turut memperkenalkan ABC menurut kaedah BACALAH ANAKKU. Kami pergilirkan kelas IQra’ dan kelas ABC ini. Kelas diakhiri dengan solat zohor berjemaah dan jamuan makan tengahari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment