Ilmu penulisan secara umum yang sempat saya kutip dalam buku Karya Nan Indah: Panduan penulisan untuk semua oleh Faisal Tehrani.
- Formula untuk menghasilkan karya yang baik dan berjaya dalam semua perkara datangnya dari penulis yang baik dan faham semua benda.
- Pengarang harus jadi manusia ulul albab yang senantiasa berzikir dan berfikir.
- Karya yang bermutu datangnya dari peribadi pengarang yang berakhlak mulia
Peribadi yang mulia membantu menyedarkan dan menggerakkan pembaca kembali kepada Allah. - Sastera itu suatu ibadah kerana ia suci dan mensucikan.
- Tugas pengarang adalah memanusiakan kembali manusia.
- Pengarang perlu memperkasakan ilmu pengetahuan, menghayati falsafah, mengukuhkan jati diri budaya, kefahaman dan penghayatan terhadap sastera klasik dan ilmu-ilmu agama
- Pengarang perlu sedar bahawa penulisan adalah satu perkongsian ilmu dan ia merupakan amanah dan tanggungjawab.
- Subjek yang menjadi inti sastera-agama, sejarah dan politik serta persoalan sosial.
- Apa yang dihasilkan adalah produk adab yakni merangkumi makna pendidikan dan akhlak
- Karya haruslah menyumbang untuk ummah
No comments:
Post a Comment