SHAH ALAM, ABIM Selangor telah berjaya menganjurkan Seminar Pembangunan Ekonomi Belia Islam pada hari ini di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Seminar dihadiri oleh lebih 50 orang usahawan dan belia niaga dari seluruh Negeri Selangor sebagai satu usaha jihad untuk memantapkan ekonomi warga belia khasnya di Negeri Selangor.
Penceramah Motivasi Bisnes telah disampaikan oleh Saudara Shamsuddin Zainal , Pengerusi Perhubungan Koperasi Belia Islam Malaysia Cawangan Selangor dengan tajuk 9/10 rezeki adalah dalam perniagaan.
Dalam sesi forum belia niaga ; peluang dan cabaran, panelis dari Jabatan belia dan Sukan diwakili oleh Pengarahnya sendiri, Tuan Hj Makhruzi bin Hj Ikhsan, Jabatan Pertanian Selangor diwakili oleh En. Anuar Sardi dan wakil MARA Negeri Selangor diwakili oleh Cik Safwah binti Sarifuddin.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Tuan Suhaimi Shafie , Pembantu Exco Pemodenan Pertanian, keusahawanan dan Sumber alam Negeri Selangor.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan ;”Pihak Kerajaan Negeri sedang mengatur program-program untuk membantu usahawan dan terutamanya golongan belia yang telah menjadikan usahawan dan perniagaan sebagai kerjaya pilihan”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment