Saturday, August 30, 2008

Tahap Puasa

Imam Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tahap, iaitu:

Puasa umum (saum al-`awam): puasa sekadar menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam jangka waktu tertentu.

Puasa khusus (saum al-khawas): puasa yang disertai usaha memelihara telinga, mata, mulut,tangan, kaki dan anggota lain daripada perbuatan dosa.

Puasa sangat khusus (saum khawas al-khawas): puasa yang disertai usaha memelihara hati daripada memikirkan hal duniawi, sebaliknya hanya memikirkan dan mengingati Allah s.w.t.

No comments: