Wednesday, August 20, 2008

SEMINAR AJARAN SESAT ALIRAN PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL
Hotel Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam
23 September 2006



A. Pengerusi/Emcee – Ustaz Hashim Fahmi Ahmad Shauki
Bahagian Pendidikan, JAIS

Diharapkan agar para pendakwah yang telah mendapat tauliah daripada JAIS mendapat pendedahan yang sebenar tentag bahayanya Aliran Pemikiran Islam Liberal (APIL) yang sesat ini.


B. Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Qur`an (Al-Baqarah, Ayat 183 - 188)
Oleh Ustaz Sharul Nizam
Johan Qari Peringkat Daerah Klang


C. YM Datin Hjh Raja Darulehsan Raja Ariffin
Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAIS
Ucapan Aluan

1. Sebagai Penyelaras Seminar ini, menyeru agar semua pihak dapat menangani masalah sebaran APIL yang merupakan ancaman kepada aqidah umat Islam yang bakal menjurumuskan diri ke arah kesesatan.
2. Memaklumkan bahawa respon peserta yang boleh hadir adalah seramai 168 orang daripada 200 orang yang dijemput.
3. Rujuk Surah Ali-Imran, Ayat 85.
4. Masalahnya, ada yang bertanggapan bahawa Islam merupakan agama yang mundur dan tidak sesuai dengan zaman yang serba moden ini.
5. Persepsi songsang ini mestilah dibetulkan.


D. YBhg Tuan Haji Alwi Parman
Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan Keluarga, JAIS
Ucapan Perasmian (mewakili Pengarah JAIS)

1. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. di atas nikmatNya yang tidak terhingga.
2. Terima kasih kepada semua khususnya ABIM yang telah terlibat secara langsung menganjurkan seminar ini.
3. Golongan cendikiawan Barat sentiasa menyebarkan pemikiran yang keliru di kalangan umat Islam tentang agama Islam sendiri seperti menghina Rasulullah s.a.w., mencemar Al-Qur`an, mempersoalkan sistem faraid, poligami, kebebasan agama etc.
4. APIL telah menular di Malaysia. Hal ini mestilah dibendung segera agar ianya tidak bertambah menyesatkan umat.
5. APIL di Malaysia dipelopori oleh segolongan individu yang berpengaruh dan ahli akademik di beberapa buah universiti tempatan.
6. Mereka mempersoalkan pelbagai undang-undang Islam di Malaysia, antaranya kebebasan beragama, hak sama rata antara lelaki dan wanita,
7. Terdapat 14 tuntutan Interfaith Commission (IFC) yang sedang diusahakan untuk ditubuhkan:
a) Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
b) Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
c) Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
d) Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
e) Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
f) Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
g) Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
h) Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
i) Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
j) Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
k) Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
l) Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
m) Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
n) Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
8. Berikan kefahaman sebenar terhadap kefahaman Islam.
9. Gerakerja yang perlu dimainkan oleh kita sekarang ialah:
a) Kenalpasti organisasi yang menyebarkan APIL.
b) Silibus pendidikan Islam perlu dimantapkan di sekolah-sekolah.
c) Para penceramah sebarluaskan akan bahaya isu ini di kariah masing-masing.
10. Hanya Islam yang diterima sebagai agama yang benar.
11. Melalui kajian, di Selangor sahaja terdapat 25 daripada 67 ajaran sesat telah diharamkan. Selebihnya masih dikaji untuk tindakan selanjutnya.
12. Orang ramai diminta untuk memberikan maklumat kepada JAIS sekiranya ada maklumat tentang ajaran Islam yang diragukan agar janganlah sesuatu penyelewengan tersebut sudah menjadi barah baru nak diselesaikan.
13. Banyak sebaran dan pengaruh daripada Indonesia yang sesat khususnya isu perkahwinan yang tidak mengikut syarak.
14. Bomoh yang songsang dengan jampi serapah yang pelbagai khususnya yang datang dari negara jiran telah mula ramai di Selangor. Antara pelanggan utama para bomoh ini adalah di kalangan para artis. Golongan ini juga perlu ditangani.


E. Dato’ Dr Siddiq Fadzil
Presiden, Kolej Dar al-Hikmah
Ucaputama

1. Rujuk kertas kerja yang diedarkan.
2. Umat ketika ini sedang menghadapi Islam bashing, iaitu orang berebut-rebut memukul Islam, sehinggakan Pope pun mengambil kesempatan memukul sama Islam.
3. Pope katanya telah memohon maaf, tetapi ada yang mempersoalkan tuntutan maaf beliau, iaitu samada beliau memohon maaf kerana:
a) Membuatkan orang Islam marah tanpa mengaku salah cakap; atau
b) Kata-katanya memang salah.
4. Umat ketika ini juga dianggap sebagai menghadapi Intellectual Crusade / Perang Salib Intelektual.
5. Islam versi Amerika atau Islam yang dapat restu dari Washington merupakan Islam yang diizinkan oleh penganut-penganut APIL ini.
6. Wang digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menyesatkan aqidah umat Islam.
7. 2 pendekatan yang sedang dilakukan oleh musuh-musuh Islam:
a) Memurtadkan orang Islam.
b) Merosakkan ajaran Islam itu sendiri.
i) Dulunya dilakukan oleh para orientalis.
ii) Sekarang, orang Islam sendiri terlibat dalam proses ini, malah para cendikiawan Islam sendiri yang mempeloporinya.
8. Ada yang berfahaman, Allah adalah Pengadil di hari kemudian, bukannya sekarang, sebab itu nanti-nanti sahaja beramal untuk hari kemudian.
9. Walaupun pendakyah APIL ini tak ramai tetapi dianggap seperti:
a) seekor kucing yang sedang berahi, bunyinya itu seolah-olah kecoh satu kampung dibuatnya; atau
b) seolah-olah sebutir pasir berada di dalam kasut, jalannya sudah tidak betul lagi.
10. Ada pihak yang beranggapan bahawa Al-Qur`an sebagai muntaj/hasil budaya hadhari atau muntaj saqafi. Inilah pemesongan yang jelas. Kata-kata seperti:
a) ’Ayat-ayat suci Al-Qur`an’ disebut sebagai ’Ayat-ayat Al-Qur`an’.
b) ’Allah berfirman di dalam Al-Qur`an’ disebut sebagai ’Disebut di dalam Al-Qur`an’.
11. Golongan yang terpesong ini menganggap ayat-ayat Al-Qur`an sebagai majaj, iaitu metofori iaitu sekadar ungkapan-ungkapan, contohnya ’kaki ayam’. Hal ini menyebabkan sesiapa pun boleh mentafsirkan ayat-ayat Al-Qur`an itu mengikut tafsiran masing-masing.
12. Masalahnya ada sesetengah orang Jawa yang terlalu taksub dengan kiyai mereka, walaupun kiyainya tidak betul mengikut ajaran Islam yang sebetulnya, seperti bagaimana sebahagian pengikut Gus Dur
13. GUS DUR – `gembira untuk saya, derita untuk rakyat’.
14. Buku ”Kembali Menilai Hadith” jelas memesongkan aqidah yang mengajak umat Islam menolak hadith. Mereka cuma mahu memakai Al-Qur`an sahaja yang ditafsirkan ikut nafsu mereka.
15. Jadilah penerus dakwah Nabi.
16. Salah satu jelmaan liberal melalui perjuangan feminis ialah penyamaan antara lelaki dan perempuan.
17. Kalau perjuangan membebaskan wanita mendapatkan haknya yang sebenar seperti dalam hal pendidikan, maka itu dibolehkan, malah perlu dibantu untuk sama-sama memperjuangkannya. Contohnya dalam konsep unisex dalam gaya hidup.
18. Jangan disamakan antara lelaki dan wanita. Ianya boleh dibedakan tetapi tidak boleh didiskriminasikan. Hukum-hakam yang disyariatkan oleh Allah telah jelas membahagikan peranan di antara lelaki dan wanita.
19. Tanpa kompromi, orang lelaki mestilah menjadi:
a) Imam sembahyang
b) Ketua rumahtangga
c) Ketua Negara (namun hal ini masih ada perbahasannya yang dibenarkan)


F. Ustaz Mohd Abadi Amir – Moderator Sesi 1
Pegawai Agama, Daerah Petaling


G. Dr Ugi Suharto
Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Pengurusan Ekonomi, UIAM
Pembentang Kertas Kerja 1

1. Rujuk kertas kerja yang diedarkan.
2. APIL dipengaruhi oleh aliran-aliran dari luar, samada daripada golongan bukan Islam mahupun golongan orang Islam sendiri.
3. Golongan ini menganggap Islam itu adalah pelbagai mengikut tempat dan zaman, padahal sebenarnya Islam itu satu sahaja.
4. Hampir keseluruhan fahaman APIL asal-usulnya datang dari Barat. Konsep-konsep yang diperjuangkan oleh golongan ini adalah seperti berikut:
a) Sekularisasi dan Sekularisme
b) Pluralisme Agama
c) Al-Qur`an Edisi Kritis
d) Hermeneutika – merubah orientasi tafsir Al-Qur`an
e) Feminisme
5. Umat Islam sendiri mestilah mengangkat Ulama yang muktabar kerana golongan APIL berusaha bersungguh-sungguh mengangkat guru mereka jelas terpesong melalui media.
6. Selama 40 tahun skrip asal Al-Qur`an tidak ada baris, namun orang Islam boleh membaca Al-Qur`an dengan tepat. Namun, selepas itu, skrip Al-Qur`an telah dibariskan bagi memudahkan bacaan oleh umat yang terkemudian.
7. Yakinlah bahawa Al-Qur`an akan tetap dipelihara oleh Allah s.w.t.
8. Sesungguhnya cabaran ilmu ketika ini sangatlah hebat.


H. Dr Mohd Farid Mohd Shahran
Pensyarah Jabatan Usuluddin, Kuliyyah Pengajian Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM
Pembentang Kertas Kerja 2

1. Rujuk Kertas Kerja yang diedarkan.
2. Agama itu sendiri sebagai satu ikatan, Islam hanya satu sahaja, tiada Islam Liberal. Liberal seolah-olah bermakna bebas, menjadikan akal sebagai sumber utama dalam hukum-hakam.
3. Islam adalah Islam, tidak boleh disifatkan atau disamakan dengan ungkapan Islam dengan yang lain.
4. Golongan APIL beranggapan bahawa umat Islam adalah:
a) bebas
b) membebaskan
5. Golongan Mu`tazilah yang perpesong menganggap bahawa Al-Qur`an itu adalah hadith.
6. Umat Islam mestilah bangkit kembali memperkukuhkan tradisi pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Sebagai contoh, sifat 20 perlu dipertegaskan semula agar dapat memberikan kesan moral dan akhlak yang baik di kalangan umat Islam.
7. Malangnya, ketika ini, Barat menjadi peradaban dan tamadun ilmu yang dirujuk oleh umat Islam sendiri. Barat dianggap mempunyai tamadun yang baik dan pengaruh kemodenan yang boleh diikuti. Malah, ramai orang Islam ketika ini apabila untuk membuat PhD dalam bidang agama Islam terpaksa membuatnya di Barat seperti di Cambridge, Oxford dan sebagainya.
8. Suatu ketika dahulu, Baitul Hikmah di Baghdad merupakan tempat rujukan dan sumber ilmu yang didatangi oleh umat Islam dan bukan Islam.
9. Perkembangan Tamadun Barat adalah seperti berikut:
a) Zaman klasik
b) Zaman pertengahan - golongan agama yang memegang kuasa agama dan pemerintahan.
c) Zaman moden – datang dengan pelbagai ciri-cirinya seperti sekularisasi.
10. APIL:
a) Menyeru agar pintu ijtihad dibuka dengan seluas-luasnya, contohnya seorang wanita boleh menjadi imam, golongan lesbian dan homoseksual diterima oleh masyarakat dan sebagainya.
b) Mengajak ke arah kebenaran relatif yang terbuka, seperti konsep semua agama adalah sama dan benar.
c) Kebebasan beragama.
11. Premis kita bergerak bahawa Islam itu adalah agama yang benar, oleh itu tidak boleh timbul isu ingin keluar daripada Islam.
12. Tindakan menghadapi APIL adalah:
a) APIL dianggap sebagai aliran yang ekstrim di dalam agama yang dianggap terlalu longgar. Oleh itu, orang Islam perlu dididik dengan tradisi ilmu yang benar, mantap asas-asas agama i.e. usul fikh. Apabila masyarakat telah tahu di antara mana yang benar dan mana yang salah, maka secara tidak langsung golongan APIL ini akan tersisih dengan sendirinya.

Soal-jawab dan respon:
b) Dari segi istilah, Islam tidak sepatutnya diberikan kata sifat dengan apa sekalipun. Sebagai contoh, `Islam Hadhari’ lebih tepat disebut sebagai `Pendekatan Islam Hadhari’ atau `Masyarakat Islam Hadhari’. Namun, istilah seperti Bank Islam, Universiti Islam dan sebagainya dibolehkan.
c) Tugas menjatuhkan hukum samada seseorang itu murtad atau tidak bukanlah tugas individu tetapi ianya adalah tugas mahkamah syariah.


I. Ustaz Suhaimi Abdul Wakid
Penolong Pengarah, Bahagian Perundangan Keluarga, JAIS
Moderator Sesi 2

J. Ustaz Khalif Muammar Harris
Pensyarah Kolej Dar al-Hikmah
`Tanggapan Terhadap Islam Liberal’
Rujuk persembahan power-point.

K. Sdr Yusri Mohamad
Presiden ABIM
`Gerakan Islam Liberal di Malaysia – Analisis Semasa’
Rujuk persembahan power-point.

L. Sdr Zainal Abidin Jalil
Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri
`Aliran Pemikiran Liberal – Ancaman Terhadap Keselamatan Negara’
Rujuk persembahan power-point.

Soal-jawab dan respon
`Takkan Hilang Melayu di Dunia’ hanya betul sekiranya orang Melayu benar-benar menghayati dan mengamalkan ajaran Islam itu sendiri.


M. Pembentangan Resolusi
Oleh YM Datin Hjh Raja Darulehsan Raja Ariffin

Menyedari akan bahayanya fahaman Aliran Pemikiran Islam Liberal yang sedang menular di Malaysia ketika ini, maka seminar yang dijalankan pada hari ini mengeluarkan resolusi berikut:

1. Aliran Pemikiran Islam Liberal yang sedang dikembangkan di Malaysia dalam pelbagai cara ketika ini mestilah dibendung dan disekat daripada terus disebarkan.
2. Usaha-usaha untuk menerangkan kepada masyarakat tentang bahaya Aliran Pemikiran Islam Liberal mestilah diteruskan dan digiatkan lagi melalui pelbagai kaedah seperti seminar, bengkel, penulisan-penulisan ilmiah, khutbah Jumaat dan diwar-warkan dalam media elektronik dan cetak.
3. Memperkukuhkan tradisi pendidikan Islam di sekolah-sekolah di mana orang Islam perlu dididik dengan tradisi ilmu yang benar, yang mantap asas-asas agamanya i.e. usul fikh.
4. Islam merupakan satu-satunya agama yang benar yang tidak boleh disamakan dengan mana-mana agama sekalipun. Oleh itu, konsep semua agama adalah sama hendaklah diperbetulkan.
5. Pihak yang berkuasa perlulah mengenalpasti individu-individu dan organisasi-organisasi yang terlibat membawa fahaman Aliran Pemikiran Islam Liberal. Mereka mestilah dipanggil oleh pihak berkuasa, diajak berbincang dan diperbetulkan aqidah mereka.
6. Pihak berkuasa hendaklah bekerjasama dengan badan-badan dakwah menangani Aliran Pemikiran Islam Liberal ini secara bersepadu.


Dicatat oleh:
SHIRAJUDDIN SIRAT
shirajuddin@hotmail.com

No comments: