Monday, August 4, 2008

Belasungkawa...


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Bapak Ir. Imaduddin Abdul Rahim pada hari Sabtu, 30 Rejab 1429 bersamaan 2 Ogos 2008 di Jakarta, Indonesia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat Islam di nusantara ini khususnya bagi mereka-mereka yang mengenali beliau di arena dakwah.


Pak/Bung Imad merupakan seorang tokoh dakwah yang konsisten sejak tahun 70-an lagi, membimbing dan mendidik generasi muda untuk menjadi seorang Mujahid Dakwah. Beliau menggunakan pendekatan yang cukup berkesan bagi memberi suntikan semangat kepada petugas-petugas Islam untuk profesional dan istiqamah dalam dakwah.


ABIM yang telah berada sejak 37 tahun dipersada dakwah merasakan cukup terkesan atas bimbingan beliau terhadap pendekatan dakwah, pembinaan tasawur islami dan pengukuhan seseorang individu pendakwah. Justeru ABIM merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta diletakkan kelak bersama-sama orang soleh dan bertaqwa.


Kesempatan ini juga diambil untuk merakamkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Profesor Dr Hasan Langgulung, pada hari Jumaat, malam tadi. Beliau juga merupakan tokoh pendidikan yang banyak menyumbang dalam bidang pendidikan Islam. Allahyarham juga pernah dijemput mengisi program-program pendidikan dalam linkungan institusi-institusi pendidikan ABIM. Jasa beliau dalam memberikan buah fikiran, pandangan dan komitmen tindakan beliau amat besar jasanya kepada bangsa, agama dan negara.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh atas mereka. Al-Fatihah.

Sumber: Kenyataan media ABIM 30 Rejab 1429H/2 Ogos 2008
Foto: SUA Wadah- En. Halimi Abd. Hamid

No comments: