Lima
Isnin- 29 Disember 2008
Jam 9.30 pagi Ustazah sekali lagi menerima panggilan Puan Latifah bertanyakan lokasi tempat pertemuan kami. Kami bersetuju untuk bertemu di Masjid Bandar Sunway.
Kemudian, saya dan Ustazah sekali lagi ke Mydin Subang. Tidak seperti semalam, hari ini agak susah untuk memarkir kereta. Orang sudah ramai memenuhi gedung borong ini. Semalam kami membeli barang-barang kelengkapan dapur, kali ini kami membeli barang-barang asas makanan. Setelah menerima panggilan telefon dari puan Latifah, kami bergegas ke Masjid Bandar Sunway. Jalanraya agak macet. Kami terlewat tiba di Masjid Sunway.
Enam
Berdepan dengan jalan yang sesak, saya sempat menelefon Cik Surya, bakal pengurus Darul Wardah. Malangnya, setelah berkali-kali panggilan dibuat, kami masih tidak mendapat respon. Kami bercadang mendapatkan pengurus baru bagi menggantikan Cik Surya.
Kami tiba dengan jaya di tempat yang dijanjikan. Kami berkenalan dengan Norhidayah yang ditemani Puan Zainab iaitu jiran lamanya yang telah dianggap seperti keluarga sendiri. Setalah sesi temuduga, kami telah meminta keluarga Puan Zainab mengikut kami ke Darul Wardah.
Tujuh
Gerimis menemani sepanjang perjalanan kami ke Darul Wardah. Kami tiba ke Darul Wardah dan menerangkan pada Puan Zainab dan Norhidayah program yang akan diikuti sepanjang beliau bernaung di bawah Darul Wardah. Insyaallah, kami akan berkerjasama dengan PPZ Selangor untuk memberi latihan keusahawanan kepada penghuni-penghuni Darul Wardah. Kami bercadang untuk memberi mereka joran dan mengajar bagaimana untuk menangkap ikan. Terpancar cahaya kegembiraan pada wajah-wajah meraka. Kami juga menganjurkan agar adik Suzana (anak Puan Norhidayah yang berumur tujuh tahun Januari 2009) ini dimasukkan ke Maahad Tahfiz yang berdekatan Darul Wardah.
Lapan
Kami ke rumah Ustazah untuk mengambil makanan tengahari yang telah dibeli oleh Puan Maslina buat tetamu istimewa kami. Kemudian kami menghantar makanan tersebut ke Darul Wardah dan kembali ke rumah Ustazah untuk makan, solat dan berehat.
Sembilan
Seusai solat Asar, kami sekali lagi ke Darul Wardah. Seperti yang dijanjikan, kami membawa tetamu-tetamu kami berjumpa dengan pemilik Maahad Tahfiz berkenaan. Segalanya dipermudahkan. Beliau menerima kedatangan kami dengan senang hati dan akan menguruskan persekolahan Suzana. Di sinilah kami berpisah dengan Puan Zainab dan tetamu-tetamu istimewa yang menghantar Puan Norhidayah. Terima kasih buat Puan Latifah yang memperkenalkan Darul Wardah buat Puan Norhidayah.
Sepuluh
Jam 6 petang. Sekali lagi kami ke Darul Wardah. Kali ini mengiringi Puan Jenab yang menghantar sumbangan makanan, sedikit peralatan dapur serta kain sembahyang. Hanya dengan satu panggilan, kami menerima tetamu yang budiman lagi dermawan ini. Sememangnya kami memerlukan lebih ramai budiman nan dermawan yang boleh menginfaqkan masa, tenaga dan wang ringgit demi menjayakan Darul Wardah ini. Bukan untuk kami tetapi untuk Islam agar lebih ramai nasib warga saudara baru kita terbela. Paling kurang doakan kami, agar diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjayakan misi ini. Terima kasih Puan Jenab sekeluarga. Moga Allah permudahkan urusan puan sekeluarga di sini dan di sana.
Sebelas
Malam. Selepas solat Maghrib. Kami ke Shah Alam. Saya menemani anak-anak Ustzah makan di Kompleks PKNS manakala Ustazah ke Plaza Alam Sentral. Membaiki komputer ABIM Selangor yang rosak serta menempah satu komputer baru buat Darul Wardah. Selepas itu kami ke Anjung Berkat. Mengemas bahan-bahan pameran sempena Minggu Dakwah yang berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2008.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi hambanya..maaf tidak dapat menyertai kembara sahabat semua. Alhamdulillah, hal 'pengurus' sudah dapat diuruskan .
Post a Comment