Wednesday, December 31, 2008

Perjumpaan Bersama YB Radziah

Dua Belas
Selasa- 30 Disember 2008
Hari ini kami menghadiri mesyuarat bersama NGO lain di Bilik Mesyurat KEKWA, Tingkat 5, Bangunan SUK Shah Alam. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Radziah. Agenda mesyuarat adalah untuk membincangkan penubuhan ”One Stop Crisis Centre”. Antara lain adalah mewujudkan literasi undang-undang tentang hak-hak diri ketika dikasari.

Kami mengambil kesempatan ini mengedarkan pamplet dan memperkenalkan Darul Wardah pada NGO lain dan YB. Kami juga berbincang dengan peguam yang turut serta dalam mesyuarat untuk mengadakan kerjasama pada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.


Tiga Belas
Seusai mesyuarat, kami bergegas ke Plaza Alam Sentral untuk mengambil tempahan komputer yang telah siap dibaiki serta satu lagi komputer untuk Darul Wardah. Semoga komputer ini memudahkan pengurus Darul Wardah menyiapkan kerja-kerja yang telah diamanahkan.

Catatan ini berhenti di sini. Namun, saya tahu inilah permulaan baru buat saya dan sahabat-sahabat lain dalam merealisasikan sebuah impian untuk mendirikan sebuah rumah perlindungan buat saudara baru.

Sekali lagi, doakan agar kita semua diberi Allah kesihatan dan kekuatan dalam menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Ianya tidak mudah tetapi saya amat optimis kita semua mampu melakukannya demi mendapat keredhaan Allah dan islam yang tercinta. Semoga Allah mempermudahkan usaha-usaha kita ini. Amin..

1 comment:

NORHIDAYAH SUMAIRI said...

teruskan perjuangan untuk membela hak-hak wanita islam yang dipinggirkan!