Friday, December 26, 2008

Majlis Ramah Mesra

Satu
Khamis- 25 Disember 2008
Satu pertemuan Ramah-Mesra antara 3 Generasi telah diadakan di FEDEC. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk menyatukan fikrah serta merapatkan ukhuwwah yang telah lama terbina. Majlis yang bermula jam 11 pagi ini dimulakan dengan bacaan al-Mathurat.

Kami amat berbesar hati apabila Prof Dr. Rahmah sudi meluangkan masa untuk sama-sama berkongsi pandangan dan buah fikirannya. Antara pesanan Prof buat kami adalah sentiasa mempertingkatkan hubungan dengan Allah dengan memperelokkan amalan wajib serta memperbanyakkan amalan sunat. Kami juga diingatkan agar senatiasa menghormati masa dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam apa jua displin.

Kemudian, kami berkongsi maklumat terkini berkenaan aktiviti masing-masing. Kami kemudian menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Majlis berakhir jam dua petang setelah selesai menunaikan solat zohor berjemaah. Insyaallah, kami akan berkumpul lagi di rumah Prof Dr. Khadijah di Shah Alam sempena cuti tahun baru nanti.

No comments: