Tuesday, December 16, 2008

Kem Hafazan dan Kepimpinan Muda
















13 Dis 2008 Shah Alam ; ABIM Selangor berjaya menganjurkan qiamullail dan Majlis Ihtifal Kem Hafazan dan Motivasi kepimpinan Muda di Masjid Negeri Selangor. Program tersebut adalah acara penutup bagi peserta seramai 170 yang menyertai Kem Hafazan yang diadakan bermula 24 November hingga 12 Disember yang lalu. Sepanjang tiga minggu program ini diadakan, peserta bukan saja didedahkan dengan teknik sistematik untuk menghafaz Al Quran bermula dengan surah lazim iaitu Juz Amma dan surah-surah pilihan seperti As-Sajadah dan Al-Insan, Mereka dilibatkan dengan program motivasi ibadah dan kepimpinan muda.

Kem Hafazan dan Motivasi Kepimpinan Muda Tahun 2008 buat julung kalinya diadakan ini dianjurkan sebagai memenuhi masa lapang pelajar semasa cuti persekolahan. Program ini sebagai alternatif dalam usaha membantu anak-anak untuk menghayati teknik-teknik bacaan Al-Quran dan memberi pengajaran fardu ain yang lebih praktikal berbanding hanya teori ketika di sekolah. Matlamat kami, semoga program ini akan dapat memupuk kemahiran mereka di dalam penguasaan bacaan Al Quran, pemahaman tentang ilmu-ilmu fardu ain, ilmu berpidato dan lain-lain aktiviti yang berfaedah. Dengan ilmu-ilmu ini, diharap mereka dapat memimpin diri mereka sendiri khususnya serta keluarga dan masyarakat amnya.

Program Ihtifal dimulakan dengan motivasi dan qiamulail bersama ibu bapa peserta pada pagi 13 jam 4.30 pagi yang dipimpin oleh Tuah Haji Ir Ahmad Razef bin Ab Rahman. Sementara majlis ihtifal dimulakan dengan acara persembahan peserta hafazan, ujian terbuka hafazan terbaik di kalangan lelaki dan perempuan.

Majlis ihtifal ini disempurnakan oleh YB Tuan Hj Yaakob bin Sapari, ADUN Kota Anggerik. Dalam ucapan beliau, program ini adalah usaha yang pernah beliau laksanakan sewaktu memimpin ABIM Serdang sejak 2006. Program ini sebagai alternatif kepada ibubapa memberi pengisian anak-anak sewaktu cuti sekolah. Seterusnya, ucapan penghargaan dari ABIM disampaikan oleh Ust Muhamad Muszaki bin Mohd Ozir selaku ketua penyelaras program merangkap Setiausaha Negeri ABIM Selangor. Turut berucap ialah Sdr Imam Farhan bin Wijaya wakil Imam Besar dari Masjid Negeri dan Ust Abdul Aziz bin Sahar pengetua Mahaad Tahfiz Al Rasyad yang turut menjayakan program ini.

Sesi diakhir YB sudi melancarkan tayangan slide aktiviti sepanjang peserta berada dalam program ini dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil penghargaan kepada peserta.


Dilaporkan Oleh ;

Amir bin Daiman
Setiausa Eksekutif
ABIM Selangor
019-2661772

No comments: