Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429H

Sempena hari yang berbahagia ini, marilah kita bersama menyingkap kembali sejarah silam, menghayati erti sebenar pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim A.S dan keluarganya. Kita selusuri perit jerih Siti Hajar ditinggalkan di tanah gersang bersama bayinya. Berulang alik mencari air, penghilang dahaga buat bayi yang kehausan. Akhirnya, Allah kurniakan air yang penuh berkat, air zam-zam yang tidak akan kering hingga kiamat.
Setelah bertahun-tahun mereka terpisah, akhirnya mereka dipertemukan kembali. Bersatu dalam satu keluarga. Namun, sekali lagi ujian Allah tiba. Nabi Ibrahim bermimpi baginda menyembelih anak kesayangannya dan Allah tukar Nabi Ismail dengan seekor qibas.
Secebis kisah silam buat panduan dan renungan buat kita umat akhir zaman.
Selamat Hari Raya Aidil Adha

No comments: