Wednesday, December 17, 2008

Majlis Ihtifal dan Penutup Program Hafazan & Kepimpinan Muda 2008


Majlis Ihtifal dan Penutup Program Hafazan & Kepimpinan Muda 2008 berjaya dilangsungkan di Masjid SSAAS Shah Alam pada 13 Disember 2008, Ahad. Majlis ini disempurnakan oleh YB Tuan Hj Yaakob bin Sapari selaku Adun Kota Tinggi merangkap Peneraju Tetap Permodenan Pertanian, Pengurus Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.

Program yang berlangsung selama 3 minggu ini dijayakan dengan kerjasama antara Dun Kota Anggerik, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ma’had Tahfiz Al-Quran Sabil Ar-Rasyad, dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari setiap wakil organisasi yang bekerjasama dan seterusnya dirasmikan oleh YB Tuan Hj Yaakob bin Sapari. Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan terbaik seperti nasyid, pentomen dan lakonan. Sesi penyampaian hadiah diberikan kepada peserta hafiz dan hafizah terbaik, dan kumpulan terbaik. Sijil penyertaan peserta dan fasilitator diberikan semasa akhir majlis berlangsung. Akhir majlis, semua peserta diminta mengambil gambar sebagai tanda kenangan.

Peserta, pihak penganjur serta ibu bapa berasa gembira dengan kelancaran program kem hafazan & kepimpinan dan berharap program ini akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan demi memartabatkan Al-Quran.

No comments: