Monday, December 15, 2008

Bengkel Pembangunan Modal Insan

Sabtu-13 Disember 2008, kami telah dijemput menghadiri satu bengkel Pembangun Modal Insan anjuran SUK Selangor. Bengkel ini telah diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam. Sesi pertama adalah pembentangan kertas kerja yang bertajuk Pembangunan Ekonomi Negara: Implikasi kepada golongan belia Malaysia oleh Dr. Rajah Rosiah. Beliau juga menerangkan secara umum tentang krisis kewangan yang melanda dunia hari ini dan impaknya kepada Malaysia. Dr. Turiman bin Suandi pula membentangkan kertas kerja yang bertajuk Menangani Perubahan Sosiobudaya & Sosial di Selangor. Apa yang ditekan oleh beliau adalah perlunya persatuan belia mempunyai wawasan dan tidak meninggalkan solat berjemaah. Menurutnya, andainya sesebuah program yang dianjurkan tidak menekankan solat berjemaah, maka program itu tidak membawa apa-apa erti.
Selepas solat dan makan tengahari, kami dibahagikan kepada dua kumpulan bagi mencari titik pertemuan kemelut yang melanda belia dalam masalah ekonomi dan sosio-budaya. Bengkel berakhir jam 6.00 petang.

No comments: