Thursday, October 16, 2008

Tazkirah Buat yang Ditinggalkan......

Kepada yang Pergi:

Al-Fatihah, amin, semoga ruh beliau ditempatkan bersama golongan Solehin dan Muqarrabin dan di ampunkan segala kesilapan lalu, kerana kita yakini Allah taala maha pengampun lagi maha mengasihani terhadap hamba-hambanya. Amin.

Kepada ahli keluarga :

Semoga Allah taala memberi ganjaran yang besar atas kesabaran, keyakinan bahawa setiap yang hidup ada ajalnya, keredhaan dengan ketentuan ilahi, amin.

Kepada semua sahabat-sahabat :

1. Sesiapa yang mengetahui lokasi dan berdekatan dgn daerah tersebut, jangan lepaskan peluang memberi penghormatan terakhir kpd si mati dgn menghadiri solat Jenazahnya.

2. Ketahuilah bahawa Allah taala akan membuka pintu hati manusia lain untuk solat jenazah anda bila anda sendiri sering menghadiri solat jenazah orang lain.

3. Bagi yg berkelapangan silalah mengikuti jenazah hingga ke kuburan kerana pahalanya besar seperti 2 gunung, kesempatan yang tak patut dilepaskan.

4. Ahli keluarga si mati disebokkan dgn pemergiaan beliau hingga tidak sempat fikir soal makan dan minum, harap ada pihak yg ziarah sempat membawa sedikit makanan dan minuman utk ahli keluarga ini. (beberapa nasi bungkus+mineral water dah cukup). ini antara mafhum dari sabda Rasullullah s.a.w.

Salam Takziah dari ABIM Selangor

No comments: