Muqaddimah Surah Ankabut mengingatkan kita bahawa Iman yang kita miliki sentiasa perlu digilap melalui ujian-ujian Allah taala yang terkadang berlaku di luar dugaan kita.Dengan bahasa yang jelas tanpa berselindung Allah taala berfirman yang mafhumnya :( Alif lam min, Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan begitu sahaja setelah melafazkan : kami telah beriman, tanpa diuji? (pada diri dan harta mereka) dan kami telah pun menguji orang-orang sebelum mereka (dengan pelbagai ujian dan dugaan, maka dengan dugaan itulah akan menampakkan kebenaran orang-orang yang benar, dan pendustaan golongan yang dusta.)
Iktibarnya :
1. Iman perlu digilap dgn ujian.
2. Imam Syafie bila diuji mengharapkan ujian itu berpanjangan kerana menjiwai nikmat perhatian Allah taala terhadapnya.
3. Ujian sentiasa mematangkan manusia dan mendekatkan diri mereka dgn yang maha mencipta.
No comments:
Post a Comment