Saturday, October 4, 2008

Seketika Bersama Al-Quran : Al-Quran Telah di Permudahkan untuk difahami

Di dalam Surah Qamar, Allah taala telah mengulangi 3-4 kali ayat yang mempersoalkan di mana gerangan orang yang ingin memahami Al-Quran? mafhum firman itu seperti berikut : " Sesungguhnya kami telah permudahkan Al-Quran untuk di fahami, adakah sesiapa yang ingin memahaminya?"

Ayat ini telah diberi beberapa tafsiran oleh beberapa ulama, antaranya seperti berikut :

1. " Sesungguhnya kami telah permudahkan Al-Quran untuk di ambil iktibar, adakah sesiapa yang ingin mengambil iktibar darinya?"

2. " Sesungguhnya kami telah permudahkan Al-Quran untuk di ingati, adakah sesiapa yang ingin mengingatinya?"

3. " Sesungguhnya kami telah permudahkan Al-Quran untuk dijadikan peringatan, adakah sesiapa yang ingin menjadikannya bahan peringatan?"

Teladannya :

1. Tiada lagi alasan untuk Al-Quran dipinggirkan, kerana ia telah dipermudahkan pembacaannya, pelaksanaannya dan pengiktibarannya.

2. Allah mencabar manusia agar beramal dgn Al-Quran, apakah kita masih menjadi pendengar tanpa berusaha ke arah beramal dengannya?

3. Al-Quran adalah kitab mudah untuk semua peringkat umur masyarakat, maka sangat patut ia dijadikan sumber rujukan dlm semua aspek kehidupan.

No comments: