a. Kekuatan, kesungguhan, keihklasan yang dimiliki ketika Ramadan :
1. Boleh Bangun awal sebelum subuh.
2. Sempat buat solat2 sunat sebelum Subuh.
3. Solat Subuh berjamaah.
4. Terkadang mampu puasa tanpa bersahur.
5. Berusaha kuat utk tidak mengurangkan pahala puasa dgn melakukan dosa2 kecil.
6. Berusaha utk solat berjamaah dan on time.
7. Berusaha mencari pahala tambahan dgn bersedekah, berbaik sangka dan mengajak ke arah kebaikan.
8. Berusaha mengukuhkan silaturrahmi dgn mengundang sahabat dan sanak saudara utk berbuka bersama.
9. Berusaha melakukan sunat2 sampingan seperti doa keluar rumah, doa naik kenderaan (byk yg lupa ni), sering beri salam, dan lain-lain.
10. Membaca Al-Quran setiap hari, dan berusaha utk khatam sekurang2nya sekali dlm bulan ramadan.
11. Melaksana ibadah2 tambahan secara berjamaah.
12. Berusaha keras melawan nafsu yg mempelbagaikan ideanya utk menjerumuskan kita.
13. Berusaha utk qiamullail dan bermunajat sebagai seorang hamba yang hakiki.
itulah antaranya yg terlintas :
b. Ke mana hilangnya kekuatan tersebut pada bulan2 yang lain? hinggakan 20% dari amalan itu pun seoalah2 tak terdaya nak dilaksanakan.
Pada hal tuhan yang kita sembah dan dekati di bulan ramadan adalah tuhan yang sama kita sembah di bulan2 yang lain.
Alangkah hipokritnya kita dlm persoalan ini, bila kita berubah 180 darjah, sangat jauh bezanya diri kita dalam ramadan dan syawal.
Apakah tarbiah/madrasah ramadan terlalu singkat utk mengikis keperibadian kita yg sentiasa di saluti noda-noda yang tak terhapus dgn tampoh sesingkat itu?
inilah persoalan-persoalan yang ditimbulkan utk mengajak setiap insan bermuhasabah, dan meyakini bahawa kekuatan ramadan yg dimilikinya boleh saja diaktifkan dibulan2 yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment