Thursday, October 23, 2008

Kesultanan Ternate

Kesultanan Ternate merupakan kesultanan terbesar di Kepulauan Maluku pada abad ke 14-16. Sejak abad ke 10 lagi, Ternate dikenali sebagai pusat perdagangan rempah. Kapal dari Jawa, Melaka dan Arab sering belayar ke sana. Kesultanan itu pada awalnya berpegang pada animisme. Namun, setelah Sultan Zainal Abidin (1486- 1500), Raja Ternate ke 19, kembali dari Giri, Gresik, dan menyandang gelaran sultan, agama islam menjadi agama rasmi.


Kesultanan Ternate merupakan salah satu pusat penyebaran Islam di kawasan Indonesia Timur. Pendakwah dari Ternate berdakwah ke seluruh Kepulauan Maluku, Sulawesi, Buton, Sumbawa dan Papua. Malah, pada tahun 1587, pendakwah Ternate berdakwah hingga ke Pulau Sulu dan Mindanao di bahagian selatan Filipina. Di wilayah itu, pendakwah mendirikan masjid dan madrasah.


Kesultanan Ternate dan jirannya, Kesultanan Tidore adalah dua kerajaan yang saling bersaing dalam perdagangan. Pada tahun 1522, Ternate bersekutu dengan portugis dengan memberikannya hak monopoli perdagangan cengkih yang bertujuan menyekat penyebaran agama Katolik. Tidore pula mengikatperjanjian dengan Sepanyol pada tahun 1524. Pada tahun 1529, Ternate bersama-sama Portugis mengalahkan Tidore. Namun selepas itu, kedua-dua kerajaan ini menjadi jajahan takluk Belanda.

No comments: