Sunday, January 4, 2009

Shopping Lagi...

3 januari 2009 (sabtu)

Sesudah solat zohor, saya dan Noraliza ke Darul wardah. Mengharungi gerimis dan hujan serta lautan kereta di sepanjang MRR2. Saya tiba di rumah ustazah jam 3.30 petang. Di sini kami bergabung dengan Hidayah yang baru kembali dari kembara amal Sabah. Tugasan kami kali ini masih ke Mydin Subang. Membeli pelbagai lagi keperluan darul Wardah. Sesudah solat Asar kami ke tempat yang dimaksudkan. Wow! Pertama kali membeli-belah penuh satu troli. Hati sedikit cuak. Bimbang terlebih belanjawan sambil mengitai-intai duit sendiri. Alhamdulillah, belian kami masih dalam belanjawan yang ditetapkan. Kami balik dan kawasan Darul wardah dan kawasan sekitarnya kegelapan. Bekalan elektrik terputus. Tak mudah rupanya memenuhi keperluan sebuah rumah. Itu baru keperluan material, belum lagi keperluan rohani dan emosi para penghuninya. Keperluan-keperluan material ini boleh dibeli di psaaraya tapi bagaimana dengan keperluan rohani? Bagaimana cara memenuhinya? Dapatkah dicari di pasaraya?

No comments: