Satu
Kedatangan saya jam 12.00 tengahari disambut mesra oleh Cik Surya, Kak Hidayah bersama anaknya, Nur dan Kak Rokiah ( Penghuni baru Darul Wardah). Saya diberitahu yang Prof. Dr. Norzuraida telah selesai diagnosis Kak Rokiah. Saya ke pejabat Cik Surya dan memerhatikan Cik Surya yang bersungguh-sungguh menampal dan menulis kembali doa-doa harian untuk penghuni Darul Wardah.
Dua
Selepas solat zohor, Hidayah datang untuk membawa Nor mendaftar di Maahad. Nor akan memulakan alam persekolahan pada 12 Januari 2009. Di samping itu, mereka juga akan melawat Luqman Hakim (anak Kak Rokiah) yang menetap di asrama Maahad tersebut. Kami mengambil kesempatan memasak mee goreng untuk usrah bersama Helwa Shah Alam.
Tiga
Kira-kira jam 3 petang, Darul Wardah dikunjungi Ustazah Maimun, Ustazah Badariah, Ummi Nani serta Aishah bersama bayinya, Kauthar Najmina. Setelah sessi taaruf dan menerangkan serba sedikit tentang Darul Wardah, kami membaca surah al-Fatihah beramai-ramai. Kemudian, Ustazah Maimun menerangkan maksud ayat demi ayat "Ummu Kitab" tersebut. Majlis bersurai setelah solat Asar berjemaah.
No comments:
Post a Comment