Salam
Sdr sekalian
Dimaklumkan bahwa Global Peace Mission Malaysia (GPM) telah pun menghantar Misi 1 Palestin.
Misi di ketuai oleh Exco GPM, Mejar (B) Azlan Muhammad Sharif bersama Dr Hyzan Mohd Yusof, pakar ortopedik.
Mereka telah berlepas pada hari Sabtu 17 Januari 2009 dan tiba awal pagi 18 Januari 2009 di Kaherah.
Mereka kini berada di Kaherah untuk membuat tinjauan serta membuka pejabat operasi dan gudang simpanan GPM.
Maklumat terkini yang diterima pagi tadi dari Mejar Azlan memaklumkan bahawa sempadan kini telah dibuka untuk membolehkan kerja-kerja bantuan di mulakan.
Pertemuan dan perbicangan dengan Duta Malaysia di Kaherah telah pun di adakan sebelah pagi 19 Januari 2009.
Pelan tindakan GPM untuk 6 bulan pertama di Kaherah/ElArish/Gaza telah dibentangkan dan mendapat restu dari kedutaan.
Sebelah petang 19 Januari 2009 misi melawat Palestine Hospital dan bertemu dengan Dr Hussam, Chief Director Operations for Gaza.
Keperluan makanan dan perubatan amat mendesak.
Kami menyeru kepada semua untuk segera menghulurkan bantuan kewangan bagi membolehkan GPM melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang telah di rancang.
Cek sumbangan boleh dibuat atas nama GLOBAL PEACE MISSION dan dihantar ke alamat berikut :
(Sila tuliskan nama dan alamat penyumbang di belakang cek untuk membolehkan kami mengirim resit)
GLOBAL PEACE MISSION (GPM)2-2A Jalan GJ 2 Batu 5 1/2 Jalan Gombak53100 Kuala LumpurMalaysia Tel: +60 3 6188 3230 Fax: +60 3 6188 3233
Web: www.gpm.com.my Email: gpmhq@yahoo.com
Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun GPM seperti butir berikut melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau ONLINE BANKING:
- BANK ISLAM (M) BERHAD : A/C no. 14 023 01 002922 4 - MAYBANK : A/C no. 564 221 611 602
(Untuk mendapatkan resit, sila fax atau emel butir transaksi berserta nama dan alamat penyumbang kepada GPM).
Sumbangan boleh juga dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat tertera di atas. Pejabat GPM kini bersebelahan dengan Masjid As Syakirin, Batu 6, Jalan Gombak.
MOHD HALIMI ABDUL HAMID
Exco GPM
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment