Sunday, January 18, 2009

Hujung Minggu di Darul Wardah

17 Januari 2009 (sabtu)

Satu

Kali ini saya tidak keseorangan ke Darul Wardah. Saya ditemani Noraliza dan Surya yang kembali dari bercuti. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamat di tempat yang dituju jam 2.30 petang.


Dua

Jam 3.30 petang, Darul Wardah dikunjungi tetamu-tetamu dari Meru. Mereka datang membawa sumbangan dan rezeki buat Darul Wardah. Setelah sesi perkenalan dan penerangan ringkas, satu tazkirah telah diberi oleh Tuan Raja Badri.

Tiga

Seusai solat Asar berjemaah, kami ke Econsave untuk membeli keperluan dapur Darul Wardah. Di sini kami membeli ayam serta pelbagai keperluan rumah. Barang-barang ini bekalan untuk beberapa hari.


Empat

Malam

Seusai solat Isya' berjemaah dan seperti dijanjikan, kami menghantar Kak Hidayah yang akan ke Kulim untuk menyelesaikan beberapa urusan di sana ke Stesyen Bas Shah Alam. Sepanjang perjalanan, kami mendengar analisis keputusan kecil Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dari radio BERNAMA. Kami mengiringi pemergian Kak Hidayah dan Nor dengan doa semoga beliau "selamat pergi dan kembali serta dipermudahkan segala urusan."

No comments: