Khamis- 1 Januari 2009
Setelah itu, kami mengisi minda dengan ilmu yang bukan sedikit oleh Prof. Menurut pemerhatian beliau ketika berada di luar Negara, kawan kristiannya sangat berpegang teguh dengan ajaran agama. Apa yang diperhatikannya bahawa kawan beliau membaca Bible setiap malam sebelum tidur. Nah! Inilah yang patut kita contohi membaca al-Quran setiap hari. Membaca terjemahan dan tafsirannya serta menghayati makna setiap ayat yang tertulis di dada kitabullah tersebut.
Pakar fizik islam ini sangat terkesan dengan ajaran arwah nenek beliau. Banyak ilmu, pegangan dan ajaran neneknya di hayati hingga kini. Antaranya suka membaca, banyak bersedeqah, suka bercucuk tanam, sentiasa menabung untuk hari depan. Maka, tidak hairanlah rumahnya dikelilingi pelbagai tanaman yang menghijau.
Beliau juga menegaskan bahawa sains dan agama tidak boleh dipisahkan. Seumpama aur dan tebing. Saling lengkap-melengkapi. Al-Quran itu memberitahu sesuatu perkara manakala sains itu menerangkan perkara tersebut. Al-Quran memberi maklumat kepada perkara-perkara pokok manakala sains menterjemah prinsip kepada perlaksanaan. Contohnya, al-Quran menganjurkan agar umat islam berbuat baik dengan semua makhluk. Sains menerangkan bagaimana cara untuk kita berbuat baik dengan diri-sendiri, ibu-bapa, masyarakat, haiwan serta semua makhluk lain di atas muka bumi ini. Sains sekular hanya membahagikan alam dan manusia manakala sains islam membahagikan Allah sebagai pencipta, manusia, alam, al-Quran serta sunatullah.
Beliau berkali-kali menegaskan bahawa otak kita adalah “thumb drive” yang terbesar. Otak kita akan lebih berkembang sekiranya kita lebih banyak berfikir. Beliau banyak menjelaskan konsep fizik dan kaitannya dengan al-Quran. Antaraya menyatakan bahawa malam nisfu syaaban itu seumpama malam kita “ uploading maklumat dalam komputer”. Malam ini adalah malam pertukaran buku amalan kita. Khusyuk dalam solat juga merupakan penghantaran tenaga yang maksimum dari penerima kepada pencipta.
Terima kasih prof. kerana menerangkan dengan panjang lebar bahawa hakikat kehidupan ini tidak dapat dipisahkan dengan islam. Terima kasih sudi menerima kami sebagai tetamu. Terima ksih atas hidangan jasmani dan minda.
No comments:
Post a Comment