Thursday, January 22, 2009

Kemanisan Iman

Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah saw: Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada orang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.

(Riwayat Muslim)

No comments: