Saturday, January 31, 2009

Wednesday, January 28, 2009

Misi Bantuan Bermula...(2)

Di pejabat operasi GPM

Lori berbaris panjang di Rafah Crossing Checkpoint





Perbincangan dengan Duta Malaysia di Kaherah





Azlan, Khairil dan Dr. Hayzan di Rafah Crossing Checkpoint


Peta



Salam

Sdr sekalian


Di maklumkan bahawa 2 orang anggota misi GPM iaitu Sdr Azlan Muhammad Shariff dan Khairil Anwar telah tiba di Gaza pada jam 4.45 ptg waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia) Selasa 27 Januari 2009.Mereka juga memaklumkan bahawa krew RTM1 juga berada di Gaza dan dijangka akan bersama membuat liputan.

Saturday, January 24, 2009

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa. Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang kita miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa kita akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak kita miliki sekarang.

Friday, January 23, 2009

Rahmat Allah

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allahkepada manusia maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya, dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu apa pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana (Surah al-Fatir:2)

Thursday, January 22, 2009

Kemanisan Iman

Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah saw: Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada orang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.

(Riwayat Muslim)

Wednesday, January 21, 2009

Niat

Daripada Amirul Mukmin Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan duania atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Misi Bantuan Bermula...(2)

Salam

Sdr sekalian

GPM telah berjaya mendapatkan gudang 'warehouse' di Cairo dan Al Arish (50km dari Rafah) dengan kerjasama dari Arab Medical Union (AMU) untuk menempatkan stok ubatan dan makanan sebelum di hantar ke Gaza.
Misi juga sedang mengenalpasti kemudahan yang sedia ada di klinik/hospital untuk tujuan GPM menghantar sukarelawan perubatan jika sesuai.

Urusan dokumentasi untuk misi masuk ke Gaza telah pun selesai. Misi dijangka akan masuk ke Rafah dan Gaza esok.

Kami menyeru kepada semua untuk segera menghulurkan bantuan kewangan bagi membolehkan GPM melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang telah di rancang.

Cek sumbangan boleh dibuat atas nama GLOBAL PEACE MISSION dan dihantar ke alamat berikut :
(Sila tuliskan nama dan alamat penyumbang di belakang cek untuk membolehkan kami mengirim resit)

GLOBAL PEACE MISSION (GPM)2-2A Jalan GJ 2 Batu 5 1/2 Jalan Gombak53100 Kuala LumpurMalaysia Tel: +60 3 6188 3230 Fax: +60 3 6188 3233
Web: www.gpm.com.my Email: gpmhq@yahoo.com

Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun GPM seperti butir berikut melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau ONLINE BANKING:

- BANK ISLAM (M) BERHAD : A/C no. 14 023 01 002922 4 - MAYBANK : A/C no. 564 221 611 602

(Untuk mendapatkan resit, sila fax atau emel butir transaksi berserta nama dan alamat penyumbang kepada GPM).

Sumbangan boleh juga dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat tertera di atas. Pejabat GPM kini bersebelahan dengan Masjid As Syakirin, Batu 6, Jalan Gombak.


MOHD HALIMI ABDUL HAMID
Exco GPM

Tuesday, January 20, 2009

Kemerdekaan yang sebenar

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka)

Misi Bantuan Bermula...

Salam

Sdr sekalian

Dimaklumkan bahwa Global Peace Mission Malaysia (GPM) telah pun menghantar Misi 1 Palestin.
Misi di ketuai oleh Exco GPM, Mejar (B) Azlan Muhammad Sharif bersama Dr Hyzan Mohd Yusof, pakar ortopedik.
Mereka telah berlepas pada hari Sabtu 17 Januari 2009 dan tiba awal pagi 18 Januari 2009 di Kaherah.

Mereka kini berada di Kaherah untuk membuat tinjauan serta membuka pejabat operasi dan gudang simpanan GPM.
Maklumat terkini yang diterima pagi tadi dari Mejar Azlan memaklumkan bahawa sempadan kini telah dibuka untuk membolehkan kerja-kerja bantuan di mulakan.
Pertemuan dan perbicangan dengan Duta Malaysia di Kaherah telah pun di adakan sebelah pagi 19 Januari 2009.
Pelan tindakan GPM untuk 6 bulan pertama di Kaherah/ElArish/Gaza telah dibentangkan dan mendapat restu dari kedutaan.

Sebelah petang 19 Januari 2009 misi melawat Palestine Hospital dan bertemu dengan Dr Hussam, Chief Director Operations for Gaza.

Keperluan makanan dan perubatan amat mendesak.
Kami menyeru kepada semua untuk segera menghulurkan bantuan kewangan bagi membolehkan GPM melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang telah di rancang.

Cek sumbangan boleh dibuat atas nama GLOBAL PEACE MISSION dan dihantar ke alamat berikut :
(Sila tuliskan nama dan alamat penyumbang di belakang cek untuk membolehkan kami mengirim resit)

GLOBAL PEACE MISSION (GPM)2-2A Jalan GJ 2 Batu 5 1/2 Jalan Gombak53100 Kuala LumpurMalaysia Tel: +60 3 6188 3230 Fax: +60 3 6188 3233
Web: www.gpm.com.my Email: gpmhq@yahoo.com

Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun GPM seperti butir berikut melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau ONLINE BANKING:

- BANK ISLAM (M) BERHAD : A/C no. 14 023 01 002922 4 - MAYBANK : A/C no. 564 221 611 602

(Untuk mendapatkan resit, sila fax atau emel butir transaksi berserta nama dan alamat penyumbang kepada GPM).

Sumbangan boleh juga dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat tertera di atas. Pejabat GPM kini bersebelahan dengan Masjid As Syakirin, Batu 6, Jalan Gombak.


MOHD HALIMI ABDUL HAMID
Exco GPM

Monday, January 19, 2009

Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ


Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka


اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.


p.s- Doa ini dibaca untuk membantu Saudara seislam kita di Gaza
Doa ini boleh dibaca ketika ruku' terakhir solat Maghrib atau selepas setiap kali solat.

Sunday, January 18, 2009

Hujung Minggu di Darul Wardah

17 Januari 2009 (sabtu)

Satu

Kali ini saya tidak keseorangan ke Darul Wardah. Saya ditemani Noraliza dan Surya yang kembali dari bercuti. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamat di tempat yang dituju jam 2.30 petang.


Dua

Jam 3.30 petang, Darul Wardah dikunjungi tetamu-tetamu dari Meru. Mereka datang membawa sumbangan dan rezeki buat Darul Wardah. Setelah sesi perkenalan dan penerangan ringkas, satu tazkirah telah diberi oleh Tuan Raja Badri.

Tiga

Seusai solat Asar berjemaah, kami ke Econsave untuk membeli keperluan dapur Darul Wardah. Di sini kami membeli ayam serta pelbagai keperluan rumah. Barang-barang ini bekalan untuk beberapa hari.


Empat

Malam

Seusai solat Isya' berjemaah dan seperti dijanjikan, kami menghantar Kak Hidayah yang akan ke Kulim untuk menyelesaikan beberapa urusan di sana ke Stesyen Bas Shah Alam. Sepanjang perjalanan, kami mendengar analisis keputusan kecil Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dari radio BERNAMA. Kami mengiringi pemergian Kak Hidayah dan Nor dengan doa semoga beliau "selamat pergi dan kembali serta dipermudahkan segala urusan."

Sunday, January 11, 2009

Bersama Helwa Shah Alam

10 Januari 2009


Satu
Kedatangan saya jam 12.00 tengahari disambut mesra oleh Cik Surya, Kak Hidayah bersama anaknya, Nur dan Kak Rokiah ( Penghuni baru Darul Wardah). Saya diberitahu yang Prof. Dr. Norzuraida telah selesai diagnosis Kak Rokiah. Saya ke pejabat Cik Surya dan memerhatikan Cik Surya yang bersungguh-sungguh menampal dan menulis kembali doa-doa harian untuk penghuni Darul Wardah.
Dua
Selepas solat zohor, Hidayah datang untuk membawa Nor mendaftar di Maahad. Nor akan memulakan alam persekolahan pada 12 Januari 2009. Di samping itu, mereka juga akan melawat Luqman Hakim (anak Kak Rokiah) yang menetap di asrama Maahad tersebut. Kami mengambil kesempatan memasak mee goreng untuk usrah bersama Helwa Shah Alam.
Tiga
Kira-kira jam 3 petang, Darul Wardah dikunjungi Ustazah Maimun, Ustazah Badariah, Ummi Nani serta Aishah bersama bayinya, Kauthar Najmina. Setelah sessi taaruf dan menerangkan serba sedikit tentang Darul Wardah, kami membaca surah al-Fatihah beramai-ramai. Kemudian, Ustazah Maimun menerangkan maksud ayat demi ayat "Ummu Kitab" tersebut. Majlis bersurai setelah solat Asar berjemaah.

Wednesday, January 7, 2009

Sejarah dan Kelebihan Hari Asyura


Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. .
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
Lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Tuesday, January 6, 2009

Bantuan Kemanusiaan Palestin


Jom Boikot Produk Israel

Anda sudah bersedia untuk BOIKOT? JOM boikot!

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney,
Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.
Syarikat : L'Oreal J
enama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan Lo real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974. Syarikat : Estel Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX
products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olay, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, PaicHaagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz

Alternatifnya- dapatkan produk-produk IKS yang sememangnya kita pasti kehalalannya.

Petikan emel yang dikirim oleh YDP ABIM Selangor. Terima kasih Ustaz.

Monday, January 5, 2009

Tetamu Istimewa

 4 januari 2009- (Ahad)

Jam 10.30 pagi, kami menerima tetamu istimewa, Cik Surya Rohainie Basharuddin bersama keluarga. Pengurus dan warden Darul wardah ini mula melaporkan diri untuk bertugas. Hilang kegusaran kami selama ini. Semoga Cik Surya dapat menjalankan tugas dengan penuh hikmah dan istiqamah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan-urusan beliau. Ada hikmah Allah menghimpunkan kita di sini. Bersama-sama membangunkan Darul wardah.  

Sunday, January 4, 2009

Shopping Lagi...

3 januari 2009 (sabtu)

Sesudah solat zohor, saya dan Noraliza ke Darul wardah. Mengharungi gerimis dan hujan serta lautan kereta di sepanjang MRR2. Saya tiba di rumah ustazah jam 3.30 petang. Di sini kami bergabung dengan Hidayah yang baru kembali dari kembara amal Sabah. Tugasan kami kali ini masih ke Mydin Subang. Membeli pelbagai lagi keperluan darul Wardah. Sesudah solat Asar kami ke tempat yang dimaksudkan. Wow! Pertama kali membeli-belah penuh satu troli. Hati sedikit cuak. Bimbang terlebih belanjawan sambil mengitai-intai duit sendiri. Alhamdulillah, belian kami masih dalam belanjawan yang ditetapkan. Kami balik dan kawasan Darul wardah dan kawasan sekitarnya kegelapan. Bekalan elektrik terputus. Tak mudah rupanya memenuhi keperluan sebuah rumah. Itu baru keperluan material, belum lagi keperluan rohani dan emosi para penghuninya. Keperluan-keperluan material ini boleh dibeli di psaaraya tapi bagaimana dengan keperluan rohani? Bagaimana cara memenuhinya? Dapatkah dicari di pasaraya?

Saturday, January 3, 2009

Chow Kit

Jumaat-2 Januari 2009

Seusai waktu pejabat, saya bersama teman sepejabat ke Chow Kit. Apa lagi, saya membeli beberapa barang untuk Darul Wardah. Antaranya periuk, tudung saji serta beberapa peralatan lain. Saya sempat solat Maghrib berjemaah di Masjid Kg. Baru.

Friday, January 2, 2009

DAlam Al-Quran Ada Segalanya

Khamis- 1 Januari 2009

Kami bertolak dari Anjung Rahmat ke rumah Prof. Dr. Khalijah Muhammad Salleh di Seksyen 8 jam 1.30 petang. Kami ke sana dengan empat buah kereta. Alhamdulillah, kami tiba jam 2.45 petang. Sebaik tiba kami menunaikan solat zuhur. Kemudian, kami dihidangkan dengan mee goreng, “lasagna”, kek lobak merah, puding karamel, pai ayam, buah tembikai serta anggur. Wah! Sungguh mewah hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Terbayang-bayang keenakan hidangan-hidangan tersebut.

Setelah itu, kami mengisi minda dengan ilmu yang bukan sedikit oleh Prof. Menurut pemerhatian beliau ketika berada di luar Negara, kawan kristiannya sangat berpegang teguh dengan ajaran agama. Apa yang diperhatikannya bahawa kawan beliau membaca Bible setiap malam sebelum tidur. Nah! Inilah yang patut kita contohi membaca al-Quran setiap hari. Membaca terjemahan dan tafsirannya serta menghayati makna setiap ayat yang tertulis di dada kitabullah tersebut.

Pakar fizik islam ini sangat terkesan dengan ajaran arwah nenek beliau. Banyak ilmu, pegangan dan ajaran neneknya di hayati hingga kini. Antaranya suka membaca, banyak bersedeqah, suka bercucuk tanam, sentiasa menabung untuk hari depan. Maka, tidak hairanlah rumahnya dikelilingi pelbagai tanaman yang menghijau.

Beliau juga menegaskan bahawa sains dan agama tidak boleh dipisahkan. Seumpama aur dan tebing. Saling lengkap-melengkapi. Al-Quran itu memberitahu sesuatu perkara manakala sains itu menerangkan perkara tersebut. Al-Quran memberi maklumat kepada perkara-perkara pokok manakala sains menterjemah prinsip kepada perlaksanaan. Contohnya, al-Quran menganjurkan agar umat islam berbuat baik dengan semua makhluk. Sains menerangkan bagaimana cara untuk kita berbuat baik dengan diri-sendiri, ibu-bapa, masyarakat, haiwan serta semua makhluk lain di atas muka bumi ini. Sains sekular hanya membahagikan alam dan manusia manakala sains islam membahagikan Allah sebagai pencipta, manusia, alam, al-Quran serta sunatullah.

Beliau berkali-kali menegaskan bahawa otak kita adalah “thumb drive” yang terbesar. Otak kita akan lebih berkembang sekiranya kita lebih banyak berfikir. Beliau banyak menjelaskan konsep fizik dan kaitannya dengan al-Quran. Antaraya menyatakan bahawa malam nisfu syaaban itu seumpama malam kita “ uploading maklumat dalam komputer”. Malam ini adalah malam pertukaran buku amalan kita. Khusyuk dalam solat juga merupakan penghantaran tenaga yang maksimum dari penerima kepada pencipta.

Terima kasih prof. kerana menerangkan dengan panjang lebar bahawa hakikat kehidupan ini tidak dapat dipisahkan dengan islam. Terima kasih sudi menerima kami sebagai tetamu. Terima ksih atas hidangan jasmani dan minda.

Selamat Tahun Baru 2009


Jom kita perbaharui tekad dan azam kita untuk lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Bukankah manusia yang cemerlang adalah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.