Pada 11 hingga 13 April 2008 yang lalu, barisan pimpinan ABIM Selangor telah menganjurkan Tamrin Qiyadi bertempat di Pusat Dakwah dan Surau Darul Ma’arif, Tanjung Karang, Kuala Selangor. Siri tamrin ini mensasarkan kepada barisan kepimpinan sedia ada dan juga bakal pimpinan bagi memantapkan fikrah dan tarbiyyah dengan pengisian rohani, jasmani dan emosi. Peserta-peserta yang hadir adalah dari daerah Kuala Selangor, Kuala Langat, Klang, Shah Alam, Serdang, Bangi, PEPIAS dan PKPIM.
Hari pertama program bermula pada petang Jumaat dengan sesi taaruf dan taklimat program. Keesokannya, ucap utama telah disampaikan oleh mantan Presiden ABIM Tuan Haji Ahmad Azam. Di sebelah petang para peserta telah menziarahi tokoh-tokoh pimpinan ABIM sekitar Tanjung Karang. Di sebelah malam pula, kuliah maghrib telah diadakan di Surau Al-Maaruf yang terletak berhampiran lokasi tamrin dan disampaikan oleh Dr. Mohd Farid Shahran dengan tajuk “Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah; Kekuatan dan Cabaran”. Setelah solat Isyak berjemaah, kami telah dijamu dengan hidangan istimewa oleh penduduk setempat.
Hari terakhir dimulakan dengan qiamulail, solat subuh, bacaan al-Mathurat Kubra dan kuliah subuh dengan tajuk “Tip Menjadi Daei Terhebat” oleh Ustaz Mohd Yusop Hasan. Kemudian, diikuti sesi muhasabah ringkas perjalanan keseluruhan tamrin disusuli Program Khidmat Masyarakat. Peserta-peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan misi dakwah masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan adalah motivasi pelajar di Sek. Men. Agama Tanjung Karang. Ziarah dan penyampaian sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada pesakit-pesakit di Hospital Besar Tanjung Karang. Ziarah, penyampaian sumbangan serta pemeriksaan kesihatan secara percuma telah diadakan di Rumah Orang-orang Tua Darul Falah Tanjung Karang.
Secara keseluruhan, Tamrin Qiyadi pada kali ini telah berjaya dilaksanakan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kelemahan yang masih perlu diperbaiki. Ucapan penutup telah disampaikan oleh YDP ABIM Selangor, Tuan Haji Sirajuddin Siraj dengan menggariskan beberapa perkara penting seperti ukhuwwah, penjelmaan paduan teori ilmu, iman dan amal, halatuju ABIM serta watak-watak yang seharusnya dipunyai oleh seorang daie.

No comments:
Post a Comment