- Musibah/azab akan dikenakan kepada semua orang apabila kezaliman berleluasa
- Kita sepatutnya mengambil inisiatif untuk mendekatkan diri pada Allah
- Ada orang hidup seratus tahun tapi tiada erti. Ada orang yang telah meninggal seribu tahun tapi masih hidup untuk mengajar kita, contohnya Rasulullah
- Kehidupan sebenar adalah apabila kita mengikut perintah Allah dan Rasullah kerana islam itu adalah satu cara hidup
- Takutlah kepada musibah bukan kepada orang yang berbuat kejahatan sahaja tapi kepada semua orang. Ini kerana apabila kejahatan melebihi kebaikan, semuanya akan binasa
- Orang beriman dan berjasa-sumbangannya akan terus dikenang seperti pepatah Melayu; harimau mati meniggalkan belang, manusia mati meningglkan nama
- Hukama’ membahagikan manusia kepada tiga jenis
Hari ini lebih baik dari semalam adalah individu yang cemerlang
Hari ini sama dengan semalam adalah individu yang terpedaya
Hari ini lebih buruk dari semalam adalah individu yang celaka - Generasi terdahulu seimbang jasmani dan rohani
- Para sahabat berjihad di waktu siang dan menghidupkan malam dengan qiamullail
- Doa kita sekarang lambat makbul kerana kita cepat putus asa, kecewa dengan hidup
- Begitu juga dengan kejayaan sesuatu organisasi, perlu dilakukan secara jemaah-perlukan pemimpin yang baik dan pengikut yang taat
- Fenomena `keterbalikan’-perkara yang baik dianggap tidak baik dan sebaliknya
- Pujangga berkata, ”penjaga sekuntum mawar sering dihina dan dicerca, pencuri seluruh taman sering disanjung dan dinobatkan sebagai pahlawan”
- Fenomena Pak Natsir-hubbul dunia/wahan-cintakan dunia dan takut mati
- Tamsilnya masyarakat kita sekarang yang banyak bergantung pada along, kad kredit dan pelaburan internet
- Menurul Imam al-Ghazali, syukur perlu ada
1. Ilmu
2. Perasaan seronok mendapat ni’mat
3. Mendekatkan diri dengan Allah - Analoginya- raja menghadiahkan kuda kepada hambanya
Rasa bersyukur kerana hamba tahu yang kuda itu sesuatu yang baik
Seronok bukan dapat kuda tapi kerana raja yang bagi (penghargaan)
Perasaan seronok itu membawa kita dekat kepada Allah - Oleh itu, konsep ilmu itu penting
- Kita perlu tingkatkan amal untuk merasai kesyukuran pada Allah
Friday, April 11, 2008
Ayat 24 dan 25 Surah al-Anfal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment