Program dakwah ke lapangan ini diadakan sempena :
TAMRIN QIADY ABIM SELANGOR
SURAU DARUL MAARIF,
TANJUNG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN
11 APRIL 2008 – 13 APRIL 2008
Program : Lawatan ke Darus Salamah
Tarikh : 13 April 2008
Masa : 10.30 pagi – 12.30 pagi
Tempat : Rumah Warga Emas Lembaga Zakat Selangor
Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan
Ahli Rombongan :
Cik Fatimah Zakiah bt. Mohamad HELWA ABIM Selangor
Cik Azareka bt. Abd. Wahid HELWA ABIM Selangor
Cik Faizah bt. Mohd. Saleh HELWA ABIM Selangor
Cik Najiyyah bt. Mohd. Asri HELWA ABIM Pusat
Cik Fazira bt. Faishal PKPIM UITM Shah Alam
Cik Nur Ijjlal bt. Surani PKPIM UITM Shah Alam
Cik Nur Farhanah bt. Ramli PKPIM UITM Shah Alam
Team Medik
Dr. Nor Zuraida bt. Zainal HELWA ABIM Selangor
Dr. Ezaty Dalila bt. Adil Sukarelawan
Dr. Masliha bt. Harun Sukarelawan
Aturcara Program
10.30 pagi Tiba di Darus Salamah
10.45 pagi Sesi Beramah Mesra
12.00 tghari Majlis Penutup & Penyampaian Cenderahati
12.30 ptg Bersurai
Kehadiran kami pada pukul 10. 30 pagi disambut oleh pengurus Darus Salamah,Tuan Haji Mukrin b. Suif dan isterinya Ustazah Saamah bt. Misnun. Ustazah menjemput kami masuk dan kelihatan di dalam rumah, penghuni – penghuni Darus Salamah sudah bersiap sedia menunggu kami. Sayu rasa hati melihat wajah – wajah warga emas di rumah ini. Masing – masing seolah – olah mengerti apa yang perlu dilakukan. Kami bersalaman dan memulakan perbualan bersama pasangan masing – masing. Adakalanya kami bertukar pasangan agar kami dapat mengenali kesemua warga emas di Darus Salamah. Sepanjang perbualan kami pelbagai cerita suka dan duka dikongsi bersama.
Rumah Warga Emas Darus Salamah adalah sepenuhnya dibiayai oleh Lembaga Zakat Selangor. Rumah ini adalah satu – satunya rumah orang tua di Malaysia yang ditaja oleh Lembaga Zakat . Darus Salamah telah beroperasi selama 12 tahun semenjak tahun 1996. Terdapat 10 bilik di dalam rumah besar ini, tetapi hanya 7 bilik saja yang berpenghuni. 2 warga emas rumah ini telah pun meninggal dunia dan seorang lagi penghuni telah pun diambil oleh cucu angkatnya. Aktiviti di Darus Salamah bermula dari awal pagi. Mereka akan menghadiri kelas mengaji dan kelas fardu ain pada waktu pagi sehingga tengahari. Sekiranya berkesempatan mereka akan sama – sama berjemaah di masjid yang berdekatan. Waktu petang dan malam mereka di Darus Salamah adalah bebas. Mereka dibenarkan untuk melakukan aktiviti mereka sendiri dan kebanyakan masa mereka akan dihabiskan dengan berehat dan mempelajari ilmu agama.
Kebajikan warga emas di rumah ini terjaga dan makan minum mereka diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor. Keperluan yang mereka kehendaki juga akan disediakan oleh pihak pengurusan Darus Salamah. Warga emas di sini selalu menerima kunjungan daripada pihak luar yang bersimpati dengan nasib mereka. Mereka juga selalu menerima sumbangan daripada individu – individu dermawan yang sentiasa bersedia untuk membantu. Walaupun riak wajah mereka tidak menampakkan kesedihan namun hanya Allah lebih mengetahui hati dan perasan mereka yang sebenar. Buat warga emas Darus Salamah; Fatimah Amuni bt. Abdullah, Raftah bt. Pagon, Sufiah bt. Hassan, Hatipah bt. Hamidun, Azizah bt. Hamidun, Siti Hawa bt. Hamid dan Noriah bt. Mat Noor, semoga kalian sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmat Allah.
Selesai sesi beramah mesra, majlis penutup dimulakan dengan ucapan ringkas daripada ketua rombongan. Penyampaian cenderahati kepada semua penghuni Darus Salamah disempurnakan oleh Dr. Nor Zuraida bt. Zainal. Pihak ABIM Selangor turut menyediakan cenderahati untuk Rumah Warga Emas Darus Salamah sebagai tanda ingatan dan kenangan. Semoga kita akan berjumpa lagi di lain waktu di masa hadapan. InsyaAllah.
Kerja Terus Kerja, Kerja Sampai Jaya
Kerja Terus Kerja, Kerja Sampai Jaya
2 comments:
Assalamualaikum....
=)
kpd penggerak blog helwa selangor,
buleh berikn sy email..?
ada bbeberapa gambar sms program ni,
tak terbagi2 lagi..
Salam Nuur ijj'lal
Boleh cuba emelkan pada helwaselangor@yahoo.com atau
hhalim@Talisman-energy.com.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog helwaselangor.
Haryati
Post a Comment