Thursday, April 17, 2008




Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah; Kekuatan dan Cabaran
oleh Dr. Mohd Farid Shahran
bersempena Tamrin Qiyadi ABIM Selangor

Pengenalan

· Kita mungkin berbeza ideologi politik tetapi niat kita satu iaitu mengesakan Allah
· Perlu panjatkan kesyukuran pada Allah kerana memberi kita keizinan dan kesempatan untuk menganut islam; hasil dari da’wah Rasul Allah, para sahabat dan ulama’ terdahulu.
· Mari kita perbanyakkan selawat pada Rasul Allah. Ini kerana Allah juga berselawat pada Rasul Allah walaupun selawat kita dengan selawat Allah tak sama. Ini kerana Rasul Allah juga hamba Allah. Ahli Tafsir menafsirkan selawat Allah sebagai rahmat dan redha Allah pada Rasul Allah. Apatah lagi kita umatnya perlu perbanyakkan selawat atas Rasul Allah sebagai tanda kita memang menyintai diri Rasul Allah.
· Kita juga dituntut untuk menyatakan penghargaan pada ulama’-ulama’ yang menyambung da’wah dari zaman nubuwwah hingga sekarang lewat doa kita sehari-hari.
· Kita telah ketinggalan lebih kurang 1500 tahun dari Rasul Allah tapi bagaimana cahaya itu sampai kepada kita sekarang?
· Para ulama’ terdahululah yang telah menyambung obor perjuangan Rasul Allah. Maka, selayaknya mereka mendapat penghargaan melalui doa-doa kita. Tanpa mereka mungkin cahaya Ilahi tak kesampaian pada kita
· Kita bersungguh pertahankan nyawa tapi bagaimana dengan serangan aqidah; kecederaan rohani sesungguhnya lebih parah dari kecederaan jasmani
· Contohnya hubungan sesama jenis di England dilindungi pemerintah atas nama hak asasi. Begitu juga di Jerman apabila hal-hal agama merupakan milik peribadi dan tidak boleh dibawa ke tengah masyarakat

Ciri-ciri utama

1. Menyemangati ruh al-Quran, al-sunnah Nabi dan mereka yang mengikuti jalan nabi
· Bagaimana al-Quran dan al-sunnah yang telah disepakati oleh umala’ terdahulu telah menyumbang kepada proses islamisasi di alam Melayu. Tamsilnya ulama’ seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Juwairi, Imam Abu Mansur al-Maturidi, Imam 4 mazhab, Imam Daud al-Fatani
· Dapatan dari kajian yang dijalankan oleh Dr. Ridhuan Othman- walaupun alam Melayu dijajah berabad-abad lamanya, tapi jumlah yang masuk agama lain sangat kecil, tapi selepas merdeka ramai yang keluar islam
· Ini kerana pendidikan aqidah yang tersemat kukuh dalam hati sanubari umatnya. Begitu juga dalam kes Natrah, ramai orang Islam bangun menentang kejadian tersebut.

2. Merangkumi penjelmaannya dalam sejarah dan tamadun islam (ijma’ dan qiyas)
· Ada persoalan yang tidek disebut secara khusus dalam al-Quran
· Ulama’ berijtihad dan qiyas berpandukan al-Quran dan al-sunnah
· Sumber hukum ada empat-al-Quran, al-sunnah, ijma’ ulama’ dan qiyas
· Perbezaan mazhab adalah perbezaan interpretasi. Oleh itu, kita perlu berdisplin dalam fekah. Persoalan mazhab menyatu-padukan masyarakat

3. Prinsip asas ialah pertengahan dan keseimbangan dalam tafsiran agama; antara thawabit (jelas halal-haram) dan mutaghayyir (terbuka pada ijtihad)
· Contoh- semasa al-ustaz Yusuf al-Qaradhawi tiba di USA, beberapa orang pelajar berselisih pendapat, manakah yang lebih afdhal dan islamik- duduk atas kerusi atau duduk bersila semasa menuntut ilmu. Inilah tafsiran sempit dan menyusahkan. Apa yang penting ilmu tersebut bukan bagaimana ilmu tersebut didapati (duduk bersila atau atas kerusi)

4. Kemampuan dalam mendepani cabaran semasa: aqidah, ibadah, akhlak dan da’wah


Kekuatan

· Asas epistemologi yang mantap
· Berdasarkan ilmu bukan sekadar kepercayaan atau ikut-ikutan (taqlid) semata-mata
· Dalil paling ringkas adanya tuhan kerana adanya alam ini- sifat 20
· Mendalami ajaran aqidah seperti yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali bahawa sifat Bashor (Maha Melihat) itu seumpama seekor semut hitam, atas batu hitam di padang pasir pada malam yang sangat gelap pun Allah Maha Melihat
· Begitu juga dengan makna IHSAN- seperti yang diajar oleh malaikat Jibrail kepada Rasul Allah dan para sahabat dalam satu majlis ilmu. Ihsan itu kita beribadah seolah-olah Allah melihat kita, walaupun kita tak dapat melihat Allah tapi percayalah! Allah tetap melihat kita
· Kalau kita faham, nsecaya tidak timbul masalah akhlak kerana aqidah dan akhlak mempunyai kaitan yang sangat rapat
· Penekanan kepada dalil dan hujjah
· Permulaan sifat 20- ulama’ memberi hujjah berdasarkan dalil al-Quran, al-sunnah dan hujah akal
· Pembahagian hukum tiga: hukum akal, hukum adat dan hukum syara’
· Contohnya lagi, ulama’ dulu membahagikan ayat-ayat mutasyabihat kepada tafwid (tak payah tafsir) dan takwil (tafsiran selain dari sifat manusia, tangan bersamaan kuasa; wajah kepada zat Allah). Kita tidak boleh menggunakan hujjah akal semata-mata tanpa melihat al-Quran dan al-sunnah kerana menyalahi ayat 3 dalam surah al-ikhlas yakni Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Maksudnya, Allah itu tidak menyerupai makhluk ciptaannya. Contoh mudah, adalah tidak sama buku yang ditulis oleh penulis dengan penulisnya.
· Contoh berhujah menggunakan akal semata-mata adalah golongan mu’tazilah dan qadariah.

Kesimpulan

· Semua pihak kena berperanan dalam mepertahankan akidah. Inilah keutamaan kita.
· Pengajian agama terutamanya akidah perlu dimantapkan
· Manfaatkan pengunaan teknologi terkini.

No comments: