Tuesday, April 29, 2008

Bahagia Menjadi Gadis

sekadar gambar hiasan



Tarikh: 1 Mei 2008 (Khamis)

Masa : 2.00 hingga 5.00 Petang

Tempat: Masjid Sg. Udang, Klang


Orang ramai dijemput mengimarahkan majlis ini.

Friday, April 25, 2008

Peringatan Buat Diri


Ambillah dunia semahumu
Tetapi jangan kesampingkan akhiratmu
Carilah akhirat sebanyaknya
Tetapi jangan pinggirkan duniamu

Thursday, April 24, 2008

Jemputan Seminar Ta'dib Islami

Dengan segala hormatnya,ABIM dengan kerjasama PKPIM akan mengadakan Seminar Ta'dib Islami kali ke-4 pada 27 April 2008 / 20 Rabiulakhir 1429H bersamaan hari Ahad bertempat di Dewan Seminar Satu, Kompleks Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak. Tentatif Seminar adalah seperti berikut :

8.00 Pagi : Pendaftaran Peserta

9.00 Pagi : Akal Dalam Pandangan Hidup Islam : Satu Tinjauan Ringkas
Oleh Dr.Mohd Zaidi Ismail
Pengarah Pusat Sains dan Teknologi
Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIM )

11.00 Pagi : Isu-Isu Utama Dalam Dialog Antara Agama
Oleh Prof. Madya Dr. Kamaroniah Kamaruzzaman
Pensyarah ( Perbandingan Agama ),
Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiian
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM )

Sebarang Kemusykilan boleh hubungi sekretariat ABIM ditalian 03-6188 0300.Kehadiran anda diharap dapat memberi manfaat kepada diri dan masyarakat.

Thursday, April 17, 2008




Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah; Kekuatan dan Cabaran
oleh Dr. Mohd Farid Shahran
bersempena Tamrin Qiyadi ABIM Selangor

Pengenalan

· Kita mungkin berbeza ideologi politik tetapi niat kita satu iaitu mengesakan Allah
· Perlu panjatkan kesyukuran pada Allah kerana memberi kita keizinan dan kesempatan untuk menganut islam; hasil dari da’wah Rasul Allah, para sahabat dan ulama’ terdahulu.
· Mari kita perbanyakkan selawat pada Rasul Allah. Ini kerana Allah juga berselawat pada Rasul Allah walaupun selawat kita dengan selawat Allah tak sama. Ini kerana Rasul Allah juga hamba Allah. Ahli Tafsir menafsirkan selawat Allah sebagai rahmat dan redha Allah pada Rasul Allah. Apatah lagi kita umatnya perlu perbanyakkan selawat atas Rasul Allah sebagai tanda kita memang menyintai diri Rasul Allah.
· Kita juga dituntut untuk menyatakan penghargaan pada ulama’-ulama’ yang menyambung da’wah dari zaman nubuwwah hingga sekarang lewat doa kita sehari-hari.
· Kita telah ketinggalan lebih kurang 1500 tahun dari Rasul Allah tapi bagaimana cahaya itu sampai kepada kita sekarang?
· Para ulama’ terdahululah yang telah menyambung obor perjuangan Rasul Allah. Maka, selayaknya mereka mendapat penghargaan melalui doa-doa kita. Tanpa mereka mungkin cahaya Ilahi tak kesampaian pada kita
· Kita bersungguh pertahankan nyawa tapi bagaimana dengan serangan aqidah; kecederaan rohani sesungguhnya lebih parah dari kecederaan jasmani
· Contohnya hubungan sesama jenis di England dilindungi pemerintah atas nama hak asasi. Begitu juga di Jerman apabila hal-hal agama merupakan milik peribadi dan tidak boleh dibawa ke tengah masyarakat

Ciri-ciri utama

1. Menyemangati ruh al-Quran, al-sunnah Nabi dan mereka yang mengikuti jalan nabi
· Bagaimana al-Quran dan al-sunnah yang telah disepakati oleh umala’ terdahulu telah menyumbang kepada proses islamisasi di alam Melayu. Tamsilnya ulama’ seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Juwairi, Imam Abu Mansur al-Maturidi, Imam 4 mazhab, Imam Daud al-Fatani
· Dapatan dari kajian yang dijalankan oleh Dr. Ridhuan Othman- walaupun alam Melayu dijajah berabad-abad lamanya, tapi jumlah yang masuk agama lain sangat kecil, tapi selepas merdeka ramai yang keluar islam
· Ini kerana pendidikan aqidah yang tersemat kukuh dalam hati sanubari umatnya. Begitu juga dalam kes Natrah, ramai orang Islam bangun menentang kejadian tersebut.

2. Merangkumi penjelmaannya dalam sejarah dan tamadun islam (ijma’ dan qiyas)
· Ada persoalan yang tidek disebut secara khusus dalam al-Quran
· Ulama’ berijtihad dan qiyas berpandukan al-Quran dan al-sunnah
· Sumber hukum ada empat-al-Quran, al-sunnah, ijma’ ulama’ dan qiyas
· Perbezaan mazhab adalah perbezaan interpretasi. Oleh itu, kita perlu berdisplin dalam fekah. Persoalan mazhab menyatu-padukan masyarakat

3. Prinsip asas ialah pertengahan dan keseimbangan dalam tafsiran agama; antara thawabit (jelas halal-haram) dan mutaghayyir (terbuka pada ijtihad)
· Contoh- semasa al-ustaz Yusuf al-Qaradhawi tiba di USA, beberapa orang pelajar berselisih pendapat, manakah yang lebih afdhal dan islamik- duduk atas kerusi atau duduk bersila semasa menuntut ilmu. Inilah tafsiran sempit dan menyusahkan. Apa yang penting ilmu tersebut bukan bagaimana ilmu tersebut didapati (duduk bersila atau atas kerusi)

4. Kemampuan dalam mendepani cabaran semasa: aqidah, ibadah, akhlak dan da’wah


Kekuatan

· Asas epistemologi yang mantap
· Berdasarkan ilmu bukan sekadar kepercayaan atau ikut-ikutan (taqlid) semata-mata
· Dalil paling ringkas adanya tuhan kerana adanya alam ini- sifat 20
· Mendalami ajaran aqidah seperti yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali bahawa sifat Bashor (Maha Melihat) itu seumpama seekor semut hitam, atas batu hitam di padang pasir pada malam yang sangat gelap pun Allah Maha Melihat
· Begitu juga dengan makna IHSAN- seperti yang diajar oleh malaikat Jibrail kepada Rasul Allah dan para sahabat dalam satu majlis ilmu. Ihsan itu kita beribadah seolah-olah Allah melihat kita, walaupun kita tak dapat melihat Allah tapi percayalah! Allah tetap melihat kita
· Kalau kita faham, nsecaya tidak timbul masalah akhlak kerana aqidah dan akhlak mempunyai kaitan yang sangat rapat
· Penekanan kepada dalil dan hujjah
· Permulaan sifat 20- ulama’ memberi hujjah berdasarkan dalil al-Quran, al-sunnah dan hujah akal
· Pembahagian hukum tiga: hukum akal, hukum adat dan hukum syara’
· Contohnya lagi, ulama’ dulu membahagikan ayat-ayat mutasyabihat kepada tafwid (tak payah tafsir) dan takwil (tafsiran selain dari sifat manusia, tangan bersamaan kuasa; wajah kepada zat Allah). Kita tidak boleh menggunakan hujjah akal semata-mata tanpa melihat al-Quran dan al-sunnah kerana menyalahi ayat 3 dalam surah al-ikhlas yakni Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Maksudnya, Allah itu tidak menyerupai makhluk ciptaannya. Contoh mudah, adalah tidak sama buku yang ditulis oleh penulis dengan penulisnya.
· Contoh berhujah menggunakan akal semata-mata adalah golongan mu’tazilah dan qadariah.

Kesimpulan

· Semua pihak kena berperanan dalam mepertahankan akidah. Inilah keutamaan kita.
· Pengajian agama terutamanya akidah perlu dimantapkan
· Manfaatkan pengunaan teknologi terkini.

Lawatan Ke Darus Salamah


Program dakwah ke lapangan ini diadakan sempena :



TAMRIN QIADY ABIM SELANGOR
SURAU DARUL MAARIF,
TANJUNG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN
11 APRIL 2008 – 13 APRIL 2008

Program : Lawatan ke Darus Salamah
Tarikh : 13 April 2008
Masa : 10.30 pagi – 12.30 pagi
Tempat : Rumah Warga Emas Lembaga Zakat Selangor
Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan

Ahli Rombongan :
Cik Fatimah Zakiah bt. Mohamad HELWA ABIM Selangor
Cik Azareka bt. Abd. Wahid HELWA ABIM Selangor
Cik Faizah bt. Mohd. Saleh HELWA ABIM Selangor
Cik Najiyyah bt. Mohd. Asri HELWA ABIM Pusat
Cik Fazira bt. Faishal PKPIM UITM Shah Alam
Cik Nur Ijjlal bt. Surani PKPIM UITM Shah Alam
Cik Nur Farhanah bt. Ramli PKPIM UITM Shah Alam

Team Medik
Dr. Nor Zuraida bt. Zainal HELWA ABIM Selangor
Dr. Ezaty Dalila bt. Adil Sukarelawan
Dr. Masliha bt. Harun Sukarelawan

Aturcara Program
10.30 pagi Tiba di Darus Salamah
10.45 pagi Sesi Beramah Mesra
12.00 tghari Majlis Penutup & Penyampaian Cenderahati
12.30 ptg Bersurai

Kehadiran kami pada pukul 10. 30 pagi disambut oleh pengurus Darus Salamah,Tuan Haji Mukrin b. Suif dan isterinya Ustazah Saamah bt. Misnun. Ustazah menjemput kami masuk dan kelihatan di dalam rumah, penghuni – penghuni Darus Salamah sudah bersiap sedia menunggu kami. Sayu rasa hati melihat wajah – wajah warga emas di rumah ini. Masing – masing seolah – olah mengerti apa yang perlu dilakukan. Kami bersalaman dan memulakan perbualan bersama pasangan masing – masing. Adakalanya kami bertukar pasangan agar kami dapat mengenali kesemua warga emas di Darus Salamah. Sepanjang perbualan kami pelbagai cerita suka dan duka dikongsi bersama.


Rumah Warga Emas Darus Salamah adalah sepenuhnya dibiayai oleh Lembaga Zakat Selangor. Rumah ini adalah satu – satunya rumah orang tua di Malaysia yang ditaja oleh Lembaga Zakat . Darus Salamah telah beroperasi selama 12 tahun semenjak tahun 1996. Terdapat 10 bilik di dalam rumah besar ini, tetapi hanya 7 bilik saja yang berpenghuni. 2 warga emas rumah ini telah pun meninggal dunia dan seorang lagi penghuni telah pun diambil oleh cucu angkatnya. Aktiviti di Darus Salamah bermula dari awal pagi. Mereka akan menghadiri kelas mengaji dan kelas fardu ain pada waktu pagi sehingga tengahari. Sekiranya berkesempatan mereka akan sama – sama berjemaah di masjid yang berdekatan. Waktu petang dan malam mereka di Darus Salamah adalah bebas. Mereka dibenarkan untuk melakukan aktiviti mereka sendiri dan kebanyakan masa mereka akan dihabiskan dengan berehat dan mempelajari ilmu agama.

Kebajikan warga emas di rumah ini terjaga dan makan minum mereka diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor. Keperluan yang mereka kehendaki juga akan disediakan oleh pihak pengurusan Darus Salamah. Warga emas di sini selalu menerima kunjungan daripada pihak luar yang bersimpati dengan nasib mereka. Mereka juga selalu menerima sumbangan daripada individu – individu dermawan yang sentiasa bersedia untuk membantu. Walaupun riak wajah mereka tidak menampakkan kesedihan namun hanya Allah lebih mengetahui hati dan perasan mereka yang sebenar. Buat warga emas Darus Salamah; Fatimah Amuni bt. Abdullah, Raftah bt. Pagon, Sufiah bt. Hassan, Hatipah bt. Hamidun, Azizah bt. Hamidun, Siti Hawa bt. Hamid dan Noriah bt. Mat Noor, semoga kalian sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmat Allah.

Selesai sesi beramah mesra, majlis penutup dimulakan dengan ucapan ringkas daripada ketua rombongan. Penyampaian cenderahati kepada semua penghuni Darus Salamah disempurnakan oleh Dr. Nor Zuraida bt. Zainal. Pihak ABIM Selangor turut menyediakan cenderahati untuk Rumah Warga Emas Darus Salamah sebagai tanda ingatan dan kenangan. Semoga kita akan berjumpa lagi di lain waktu di masa hadapan. InsyaAllah.

Kerja Terus Kerja, Kerja Sampai Jaya

Tuesday, April 15, 2008

Tamrin Qiyadi Selangor

Pada 11 hingga 13 April 2008 yang lalu, barisan pimpinan ABIM Selangor telah menganjurkan Tamrin Qiyadi bertempat di Pusat Dakwah dan Surau Darul Ma’arif, Tanjung Karang, Kuala Selangor. Siri tamrin ini mensasarkan kepada barisan kepimpinan sedia ada dan juga bakal pimpinan bagi memantapkan fikrah dan tarbiyyah dengan pengisian rohani, jasmani dan emosi. Peserta-peserta yang hadir adalah dari daerah Kuala Selangor, Kuala Langat, Klang, Shah Alam, Serdang, Bangi, PEPIAS dan PKPIM.

Hari pertama program bermula pada petang Jumaat dengan sesi taaruf dan taklimat program. Keesokannya, ucap utama telah disampaikan oleh mantan Presiden ABIM Tuan Haji Ahmad Azam. Di sebelah petang para peserta telah menziarahi tokoh-tokoh pimpinan ABIM sekitar Tanjung Karang. Di sebelah malam pula, kuliah maghrib telah diadakan di Surau Al-Maaruf yang terletak berhampiran lokasi tamrin dan disampaikan oleh Dr. Mohd Farid Shahran dengan tajuk “Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah; Kekuatan dan Cabaran”. Setelah solat Isyak berjemaah, kami telah dijamu dengan hidangan istimewa oleh penduduk setempat.

Hari terakhir dimulakan dengan qiamulail, solat subuh, bacaan al-Mathurat Kubra dan kuliah subuh dengan tajuk “Tip Menjadi Daei Terhebat” oleh Ustaz Mohd Yusop Hasan. Kemudian, diikuti sesi muhasabah ringkas perjalanan keseluruhan tamrin disusuli Program Khidmat Masyarakat. Peserta-peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan misi dakwah masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan adalah motivasi pelajar di Sek. Men. Agama Tanjung Karang. Ziarah dan penyampaian sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada pesakit-pesakit di Hospital Besar Tanjung Karang. Ziarah, penyampaian sumbangan serta pemeriksaan kesihatan secara percuma telah diadakan di Rumah Orang-orang Tua Darul Falah Tanjung Karang.

Secara keseluruhan, Tamrin Qiyadi pada kali ini telah berjaya dilaksanakan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kelemahan yang masih perlu diperbaiki. Ucapan penutup telah disampaikan oleh YDP ABIM Selangor, Tuan Haji Sirajuddin Siraj dengan menggariskan beberapa perkara penting seperti ukhuwwah, penjelmaan paduan teori ilmu, iman dan amal, halatuju ABIM serta watak-watak yang seharusnya dipunyai oleh seorang daie.

Friday, April 11, 2008

Ayat 24 dan 25 Surah al-Anfal

  • Musibah/azab akan dikenakan kepada semua orang apabila kezaliman berleluasa
  • Kita sepatutnya mengambil inisiatif untuk mendekatkan diri pada Allah
  • Ada orang hidup seratus tahun tapi tiada erti. Ada orang yang telah meninggal seribu tahun tapi masih hidup untuk mengajar kita, contohnya Rasulullah
  • Kehidupan sebenar adalah apabila kita mengikut perintah Allah dan Rasullah kerana islam itu adalah satu cara hidup
  • Takutlah kepada musibah bukan kepada orang yang berbuat kejahatan sahaja tapi kepada semua orang. Ini kerana apabila kejahatan melebihi kebaikan, semuanya akan binasa
  • Orang beriman dan berjasa-sumbangannya akan terus dikenang seperti pepatah Melayu; harimau mati meniggalkan belang, manusia mati meningglkan nama
  • Hukama’ membahagikan manusia kepada tiga jenis
    Hari ini lebih baik dari semalam adalah individu yang cemerlang
    Hari ini sama dengan semalam adalah individu yang terpedaya
    Hari ini lebih buruk dari semalam adalah individu yang celaka
  • Generasi terdahulu seimbang jasmani dan rohani
  • Para sahabat berjihad di waktu siang dan menghidupkan malam dengan qiamullail
  • Doa kita sekarang lambat makbul kerana kita cepat putus asa, kecewa dengan hidup
  • Begitu juga dengan kejayaan sesuatu organisasi, perlu dilakukan secara jemaah-perlukan pemimpin yang baik dan pengikut yang taat
  • Fenomena `keterbalikan’-perkara yang baik dianggap tidak baik dan sebaliknya
  • Pujangga berkata, ”penjaga sekuntum mawar sering dihina dan dicerca, pencuri seluruh taman sering disanjung dan dinobatkan sebagai pahlawan”
  • Fenomena Pak Natsir-hubbul dunia/wahan-cintakan dunia dan takut mati
  • Tamsilnya masyarakat kita sekarang yang banyak bergantung pada along, kad kredit dan pelaburan internet
  • Menurul Imam al-Ghazali, syukur perlu ada
    1. Ilmu
    2. Perasaan seronok mendapat ni’mat
    3. Mendekatkan diri dengan Allah
  • Analoginya- raja menghadiahkan kuda kepada hambanya
    Rasa bersyukur kerana hamba tahu yang kuda itu sesuatu yang baik
    Seronok bukan dapat kuda tapi kerana raja yang bagi (penghargaan)
    Perasaan seronok itu membawa kita dekat kepada Allah
  • Oleh itu, konsep ilmu itu penting
  • Kita perlu tingkatkan amal untuk merasai kesyukuran pada Allah

Wednesday, April 2, 2008


Penulisan Kreatif

Cik Salina Ibrahim

Persediaan menjadi seorang penulis


  1. Tanggungjawab-terhadap diri sendiri, pembaca dan apa yang ditulis

  2. Ilmu-membaca,membaca, membaca dan kemudian menulis

  3. Rujukan

  4. Sikap merendah diri dan terbuka

  5. Berdisplin

  6. Bermotivasi tinggi

  7. Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul

Pesanan seorang editor



  1. Rajin menulis

  2. Konsisten

  3. Mengamalkan akhlak muslim

  4. Tahu kumpulan sasaran

  5. 'Self-editing'

  6. Tidak menghantar karya pada dua tiga majalah serentak-tidak beretika

  7. Sabar

  8. Jaga kesopanan walaupun dalam emel

Proses Menulis Kisah Natrah- Penulisan Biografi

Datin Hajjah Fatini Yaacob
  • Kisah penyiasatan dan berlaku secara berterusan
  • Kerja-kerja lapangan-wawancara dan bahan bercetak
  • Belajar mencatat bahan
  • Kajian di perpustakaan
  • Pengesanan individu yang terlibat dengan peristiwa/tragedi
  • Penulisan adalah sesuatu yang mempunyai jangka hayat yang panjang. Oleh itu, ia memerlukan justifikasi yang adil dan profesional
  • Lebih mudah kerana penulis perlu mengikut kronologi peristiwa
  • Proses pengumpulan bahan biasanya lebih susah dari pembacaan
  • Pembentangan bahan-masukkan fakta dan tragedi
    Penulis yang baik dan berkualiti tahu apa yang dibuat
  • Displin ilmu-penulis mesti tahu meletakkan diri di mana tanpa menokok tambah bahan, mesti berkecuali dan tidak menulis kerana nama
  • Dari segi dakwah-menerapkan nilai-nilai yang baik seperti kasih sayang
  • Kematangan fikiran melalui pelbagai proses
  • Sentiasa berdoa agar Allah beri ilmu, tambah ilmu dan kefahaman ilmu
  • Pegang manusia pada hati walaupun berbeza agama dan warna kulit
  • Bagi nilai yang benar
  • Pulangkan segala yang dimiliki kepada Allah, penulis hanya sebagai alat