Tuesday, February 17, 2009

Program Ziarah Mantan dan Wacana Ilmu

Kota Damansara, 16 feb 09 - seramai 11 orang Qiadah ABIM Selangor telah menziarahi mantan Exco ABIM Pusat, Tn Hj Shakir khalid bin Husin di Kota Damansara. Kehadiran ramai qiadah baru dalam pertemuan ini yang datang dari pelbagai penjuru negeri dapat menjalin ikatan silaturahim dan mahabbah fillah yang lebih kukuh dan mantap.
Perbincangan topik berkaitan dialog Nabi Ibrahim dan Kaumnya yang menyembah berhala dibawah pimpinan Ustaz Naim sangat menarik dan dibahaskan dengan penuh minat oleh ahli yang hadir.Kehangatan perbincangan tentunya lebih bermakna dan menarik sekiranya semua sahabat pimpinan dapat hadir sama. semoga pertemuan yang akan datang, kehadiran sahabat dapam wacana ini tidak diuzurkan dan sekaligus akan memantapkan lagi gerakan untuk pelaksanaan agenda yang lebih besar.

No comments: