Friday, February 20, 2009

GPM akan tubuh tabung khas pembangunan semula Gaza : Utusan

PETALING JAYA 18 Feb. — Global Peace Mission Malaysia (GPM), agensibantuan dan pembangunan antarabangsa, akan menubuhkan satu tabung khasbagi membantu pembangunan semula di Gaza yang musnah teruk akibat serangan Israel bulan lepas.

Presidennya Muhammad Nor Anuar Hashim berkata dana tabung itu akan digunakan untuk membiayai projek penyulingan air laut, penggalian perigi dan pembinaan pusat membuat roti.

“Walaupun terdapat banyak pihak menghulurkan bantuan makanan, ubatan dan pakaian, kita harus menolong mereka bagi pembangunan semula demi masa depan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Projek penyulingan air laut itu dianggarkan mencecah USD1.5 juta(USD1=RM3.64), katanya.

Muhammad Nor berkata sebanyak 48 buah masjid di Gaza telah ranap dan perludibaik pulih semula dan pihak yang mahu menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui ’Program Masjid Kembar’.

Penduduk Gaza sedang bergelut untuk membina semula kehidupan merek selepas tentera Israel melancarkan serangan selama 22 hari yangmenyebabkan lebih 1,300 nyawa terkorban manakala 5,300 cedera dan ribuan kediaman musnah.— BERNAMA

No comments: