Daripada aznan bakar
RAFAH 9 Feb. – Sumbangan dan bantuan masyarakat dunia untuk rakyatPalestin dengan harapan bagi mengurangkan penderitaan mereka akibatkekejaman Israel hanya sia-sia apabila bekalan makanan dan ubat-ubatanyang dihantar ke Gaza kini semuanya terbiar busuk dan rosak.
Beribu-ribu tan makanan dan barang keperluan yang datang dari seluruhpelosok dunia itu sepatutnya cukup untuk menampung keperluan pendudukGaza yang terkepung dan tidak dapat berhubung dengan dunia luar.
Tetapi semua bekalan itu hanya sampai setakat bandar Al-Arish, dekat sini.
Barangan yang dipunggah dan dilonggokkan itu terbiar berjemur panasmatahari dan berembun - menanti masa untuk reput ekoran penutupan sempadan oleh Mesir sejak 5 Februari lalu.
Semua bahan makanan terutama tepung, beras, keju dan minyak masak kinidiletak di beberapa gudang di kawasan perindustrian Al-Masaid danpekarangan stadium di Al-Arish.
Di Al-Masaid, barang-barang tersebut ditempatkan di dalam beberapa gudangyang di sewa dan dikendalikan oleh Persatuan Perubatan Arab (AMU).
Sementara di Al-Arish ia dilonggok ditempat terbuka dan terbiar menunggumasa untuk rosak dan reput jika tidak segera dihantar ke Gaza.
Sedangkan di wilayah itu ketika ini, penduduknya berhadapan dengan krisiskekurangan bekalan makanan dan amat berharap kepada bantuan pihak luarkerana sumber dalaman kebanyakannya telah dimusnahkan oleh Israel.
Menurut pekerja sukarela AMU yang bertanggungjawab menyelia gudang diAl-Masaid dan hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, mereka tidak dapatmelakukan apa-apa selain menunggu pintu sempadan dibuka semula.
Pada masa ini pihak berkuasa Mesir menutup sepenuhnya pintu sempadan dantidak ada sebarang pergerakan dibenarkan sama ada makanan, ubat-ubatan,doktor, pekerja bantuan atau wartawan.
Menurut Abdullah, mereka tahu risiko bahan-bahan makanan itu akan rosakjika disimpan terlalu lama, tetapi tidak mempunyai pilihan lain.
Bahan makanan seperti bertan-tan keju yang dihantar oleh pelbagai agensibantuan pasti akan rosak jika terbiar dan melebihi tarikh luput.
Tinjauan Utusan Malaysia di Al-Masaid mendapati tiga gudang dipenuhidengan longgokan guni tepung dan beras serta peralatan lain sepertiselimut dan khemah termasuk yang dihantar oleh agensi bantuan dariMalaysia.
Antara bantuan dari Malaysia yang turut terkandas ialah beras, tepung danminyak masak yang dihantar oleh Global Peace Malaysia.
Menurut Abdullah, pihaknya juga menerima banyak sumbangan ubat- ubatan tetapi sebahagian besar sudah dihantar ke Gaza.
“Kita akan berusaha untuk meminimumkan kerosakan pada barang makanan ini.Jika perlu kita akan jual dahulu makanan seperti keju.
“Duitnya kita akan simpan dan apabila sempadan dibuka kita akan belisemula dan hantar ke Gaza,” katanya.
Tetapi apa yang pasti, segala usaha agensi bantuan untuk menghantar makanan bagi membantu mengurangkan penderitaan penduduk Gaza hanya sia-sia kerana semuanya akan rosak begitu saja jika sempadan ditutup untuk tempoh yang lama.
Ada pihak menuduh kerajaan Mesir sengaja membiarkan perkara itu hinggamerosakkan beribu-ribu tan bekalan makanan dan ubatan bagi memberitekanan kepada Hamas.
Ini kerana penutupan sempadan itu didakwa berpunca daripada keenggananHamas untuk menerima syarat perjanjian damai Israel.
Mesir dikatakan hanya akan membuka sempadan itu jika Hamas dan Israelbersetuju melakukan gencatan senjata untuk satu jangka masa lama yangdilihat tidak mungkin akan berlaku pada ketika ini.
Tindakan Mesir itu disifatkan bertentangan dengan undang-undangantarabangsa kerana ia sepatutnya bertanggungjawab untuk membuka sempadanbagi membuka laluan kepada bantuan untuk menyelamatkan 1.5 juga rakyatPalestin yang kini menderita dan bakal mati secara perlahan-lahan diGaza.
Sumber : Utusan Malaysia 10 Februari 2009----------------------------------------------------------
Tuesday, February 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment