Alhamdulillah, Sekretariat ini telah selamat dilancarkan pada 8 November 2008 di Sabak Bernam Resort. Ini bertepatan dengan seruan agama bahawa 9/10 kekayaan itu adalah dari perniagaan. Oleh itu, kami dengan berbesar hati mengajak para usahawan yang berminat untuk bersama-sama mengembleng minda dan tenaga mengimarahkan sekretariat ini. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Anjung Berkat di talian 03-5511 8994.
Saturday, February 28, 2009
Friday, February 20, 2009
GPM akan tubuh tabung khas pembangunan semula Gaza : Utusan
PETALING JAYA 18 Feb. — Global Peace Mission Malaysia (GPM), agensibantuan dan pembangunan antarabangsa, akan menubuhkan satu tabung khasbagi membantu pembangunan semula di Gaza yang musnah teruk akibat serangan Israel bulan lepas.
Presidennya Muhammad Nor Anuar Hashim berkata dana tabung itu akan digunakan untuk membiayai projek penyulingan air laut, penggalian perigi dan pembinaan pusat membuat roti.
“Walaupun terdapat banyak pihak menghulurkan bantuan makanan, ubatan dan pakaian, kita harus menolong mereka bagi pembangunan semula demi masa depan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Projek penyulingan air laut itu dianggarkan mencecah USD1.5 juta(USD1=RM3.64), katanya.
Muhammad Nor berkata sebanyak 48 buah masjid di Gaza telah ranap dan perludibaik pulih semula dan pihak yang mahu menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui ’Program Masjid Kembar’.
Penduduk Gaza sedang bergelut untuk membina semula kehidupan merek selepas tentera Israel melancarkan serangan selama 22 hari yangmenyebabkan lebih 1,300 nyawa terkorban manakala 5,300 cedera dan ribuan kediaman musnah.— BERNAMA

GPM To Set Up Fund For Gaza Reconstruction Effort: Bernama
PETALING JAYA, Feb 18 (Bernama) -- Global Peace Mission Malaysia (GPM), an international relief and development agency, will set up a special fund for the reconstruction effort in Gaza, Palestine, which came under heavybombardment by Israel last month.
Its president Muhammad Nor Anuar Hashim said the fund was to bear the costof building desalination plants, boring of wells and a bakery.
"Although many parties are providing immediate relief effort to war-tornGaza, we must also help the people in terms of the future," he told apress conference here on Wednesday.
He added that two survey teams sent by GPM to Gaza recently found thepeople there were in dire need of the reconstruction on facilities.-- BERNAMA

Tuesday, February 17, 2009
Program Ziarah Mantan dan Wacana Ilmu
Kota Damansara, 16 feb 09 - seramai 11 orang Qiadah ABIM Selangor telah menziarahi mantan Exco ABIM Pusat, Tn Hj Shakir khalid bin Husin di Kota Damansara. Kehadiran ramai qiadah baru dalam pertemuan ini yang datang dari pelbagai penjuru negeri dapat menjalin ikatan silaturahim dan mahabbah fillah yang lebih kukuh dan mantap.
Perbincangan topik berkaitan dialog Nabi Ibrahim dan Kaumnya yang menyembah berhala dibawah pimpinan Ustaz Naim sangat menarik dan dibahaskan dengan penuh minat oleh ahli yang hadir.Kehangatan perbincangan tentunya lebih bermakna dan menarik sekiranya semua sahabat pimpinan dapat hadir sama. semoga pertemuan yang akan datang, kehadiran sahabat dapam wacana ini tidak diuzurkan dan sekaligus akan memantapkan lagi gerakan untuk pelaksanaan agenda yang lebih besar.
Monday, February 16, 2009
Tamrin WAP-3G
Shah Alam, 15 Feb. 09 - ABIM Selangor, Wadah Selangor dan PEPIAS telah berjaya mengadakan tamrin yang pertama di Shah Alam.Objektif program ini ialah untuk memperteguhkan Khittah perjuangan dan mengeratkan lagi ikatan mahabbah fillah antara keluarga besar Abim dari tiga generasi yang sebelum ini terpisah.
Pertemuan yang dihadiri oleh ramai qiadah dari setiap pertubuhan nampaknya diluar dugaan kerana dewan penuh sesak.Beberapa isu dibincangkan dengan suasana harmoni dan ikhlas. Namun begitu, sejarah yang terukir ini agak kurang meriah kerana beberapa qiadah ABIM tidak dapat turut serta walaupun telah menyatakan kesediaan untuk hadir kerana beberapa masalah yang tersendiri.
Thursday, February 12, 2009
Hospital Gaza Serba Kekurangan
Sumber : Utusan Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_13.htm&arc=hive
Hospital Gaza serba kekurangan
RAFAH 9 Feb. - Dengan angka kecederaan akibat serangan Israel mencecah 5,000 orang, hospital- hospital di Gaza berhadapan dengan tugas rumit untuk memberikan rawatan kepada mangsa lebih-lebih lagi dalam keadaan peralatan yang serba kekurangan.
Ada antara peralatan itu sudah ketinggalan zaman dan banyak pula yang rosak dan tidak dapat dibaiki ekoran tiada alat ganti.
Semua ini memburukkan lagi keadaan hingga menyebabkan sebahagian mangsa terutama yang mengalami trauma dan kecederaan serius dihantar ke hospital-hospital di Mesir terutama di Al-Arish.
Namun tidak semua mangsa mendapat rawatan yang diperlukan kerana ada yang terpaksa menunggu ekoran kemudahan yang terhad.
Peralatan seperti mesin x-ray misalnya amat terhad hingga memaksa mangsa yang cedera beratur panjang sebelum boleh menjalani ujian x-ray.
Menurut sukarelawan Malaysia, Azlan Mohammad Sharif yang berada di Gaza selama seminggu bagi meninjau keperluan untuk bantuan di sana, terdapat ramai doktor di Gaza, tetapi mereka kekurangan peralatan untuk rawatan.
Akibatnya, rawatan yang diberikan kepada mangsa serangan Israel itu tidak sempurna dan bagi yang mengalami kecederaan kurang serius terpaksa menunggu lama.
Katanya, ia turut membabitkan peralatan asas seperti kerusi roda yang mana hampir semua hospital boleh dikatakan amat memerlukan kerusi roda.
"Mereka ada doktor, tetapi peralatan kurang. Ada yang rosak dan terbiar sebab tidak ada alat ganti untuk dibaiki," katanya di sini.
Sehubungan itu, terdapat kes di mana mangsa hanya diberi rawatan asas sahaja walaupun kecederaan yang dialami serius dan memerlukan rawatan lebih rapi.
Kebanyakan mangsa kata Azlan, mengalami kecacatan kekal seperti putus kaki dan tangan yang memerlukan alat bantuan khusus terutama kerusi roda yang sukar diperoleh di Gaza.
Katanya, keadaan menjadi bertambah sukar kepada penduduk Gaza apabila Mesir menutup pintu sempadan ke satu tempoh yang tidak diketahui.
Ekoran penutupan itu, barangan bantuan terutama peralatan perubatan tidak dibenarkan ke Gaza dan situasi ini menyebabkan hospital- hospital di wilayah itu terpaksa beroperasi dalam keadaan serba kekurangan.

Tuesday, February 10, 2009
Makanan ke Gaza Busuk
Daripada aznan bakar
RAFAH 9 Feb. – Sumbangan dan bantuan masyarakat dunia untuk rakyatPalestin dengan harapan bagi mengurangkan penderitaan mereka akibatkekejaman Israel hanya sia-sia apabila bekalan makanan dan ubat-ubatanyang dihantar ke Gaza kini semuanya terbiar busuk dan rosak.
Beribu-ribu tan makanan dan barang keperluan yang datang dari seluruhpelosok dunia itu sepatutnya cukup untuk menampung keperluan pendudukGaza yang terkepung dan tidak dapat berhubung dengan dunia luar.
Tetapi semua bekalan itu hanya sampai setakat bandar Al-Arish, dekat sini.
Barangan yang dipunggah dan dilonggokkan itu terbiar berjemur panasmatahari dan berembun - menanti masa untuk reput ekoran penutupan sempadan oleh Mesir sejak 5 Februari lalu.
Semua bahan makanan terutama tepung, beras, keju dan minyak masak kinidiletak di beberapa gudang di kawasan perindustrian Al-Masaid danpekarangan stadium di Al-Arish.
Di Al-Masaid, barang-barang tersebut ditempatkan di dalam beberapa gudangyang di sewa dan dikendalikan oleh Persatuan Perubatan Arab (AMU).
Sementara di Al-Arish ia dilonggok ditempat terbuka dan terbiar menunggumasa untuk rosak dan reput jika tidak segera dihantar ke Gaza.
Sedangkan di wilayah itu ketika ini, penduduknya berhadapan dengan krisiskekurangan bekalan makanan dan amat berharap kepada bantuan pihak luarkerana sumber dalaman kebanyakannya telah dimusnahkan oleh Israel.
Menurut pekerja sukarela AMU yang bertanggungjawab menyelia gudang diAl-Masaid dan hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, mereka tidak dapatmelakukan apa-apa selain menunggu pintu sempadan dibuka semula.
Pada masa ini pihak berkuasa Mesir menutup sepenuhnya pintu sempadan dantidak ada sebarang pergerakan dibenarkan sama ada makanan, ubat-ubatan,doktor, pekerja bantuan atau wartawan.
Menurut Abdullah, mereka tahu risiko bahan-bahan makanan itu akan rosakjika disimpan terlalu lama, tetapi tidak mempunyai pilihan lain.
Bahan makanan seperti bertan-tan keju yang dihantar oleh pelbagai agensibantuan pasti akan rosak jika terbiar dan melebihi tarikh luput.
Tinjauan Utusan Malaysia di Al-Masaid mendapati tiga gudang dipenuhidengan longgokan guni tepung dan beras serta peralatan lain sepertiselimut dan khemah termasuk yang dihantar oleh agensi bantuan dariMalaysia.
Antara bantuan dari Malaysia yang turut terkandas ialah beras, tepung danminyak masak yang dihantar oleh Global Peace Malaysia.
Menurut Abdullah, pihaknya juga menerima banyak sumbangan ubat- ubatan tetapi sebahagian besar sudah dihantar ke Gaza.
“Kita akan berusaha untuk meminimumkan kerosakan pada barang makanan ini.Jika perlu kita akan jual dahulu makanan seperti keju.
“Duitnya kita akan simpan dan apabila sempadan dibuka kita akan belisemula dan hantar ke Gaza,” katanya.
Tetapi apa yang pasti, segala usaha agensi bantuan untuk menghantar makanan bagi membantu mengurangkan penderitaan penduduk Gaza hanya sia-sia kerana semuanya akan rosak begitu saja jika sempadan ditutup untuk tempoh yang lama.
Ada pihak menuduh kerajaan Mesir sengaja membiarkan perkara itu hinggamerosakkan beribu-ribu tan bekalan makanan dan ubatan bagi memberitekanan kepada Hamas.
Ini kerana penutupan sempadan itu didakwa berpunca daripada keenggananHamas untuk menerima syarat perjanjian damai Israel.
Mesir dikatakan hanya akan membuka sempadan itu jika Hamas dan Israelbersetuju melakukan gencatan senjata untuk satu jangka masa lama yangdilihat tidak mungkin akan berlaku pada ketika ini.
Tindakan Mesir itu disifatkan bertentangan dengan undang-undangantarabangsa kerana ia sepatutnya bertanggungjawab untuk membuka sempadanbagi membuka laluan kepada bantuan untuk menyelamatkan 1.5 juga rakyatPalestin yang kini menderita dan bakal mati secara perlahan-lahan diGaza.
Sumber : Utusan Malaysia 10 Februari 2009----------------------------------------------------------

10,000 Kerusi Roda Untuk Gaza
Sumber : Utusan Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0209&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive
10,000 kerusi roda untuk Gaza
RAFAH 8 Feb. - Walaupun Israel telah menghentikan serangan terhadap Gaza, tetapi penderitaan rakyat Palestin di wilayah itu masih berterusan ekoran kecederaan dan kemusnahan yang dihadapi.
Mangsa yang cedera pula tidak mendapat rawatan sempurna ekoran kemudahan di hospital yang amat kekurangan terutama ubat dan peralatan perubatan.
Keadaan itu bertambah buruk apabila kerajaan Mesir menutup pintu sempadan di sini mulai 5 Februari lalu.
Ekoran penutupan itu, tidak ada sebarang pergerakan melintasi sempadan ke Gaza dibenarkan. Sama ada ia berupa bantuan perubatan, peralatan, doktor dan media, semua tidak dibenarkan.
Tindakan kerajaan Mesir itu menyebabkan penduduk Gaza kini terputus hubungan dengan dunia luar. Keadaan ini menambahkan lagi penderitaan dan kesengsaraan mangsa kekejaman Israel itu.
Menurut Pengarah Bantuan dan Kemanusiaan Global Peace Malaysia, Khairil Annuar Khalid, antara keperluan yang paling mendesak sekarang di Gaza ialah kerusi roda.
Katanya, hospital di Gaza tidak mempunyai kerusi roda yang mencukupi untuk kegunaan pesakit terutama ketika kecemasan.
Yang paling penting, katanya, kebanyakan kecederaan yang dialami oleh penduduk di sini akibat serangan Israel ialah di kaki dan tangan yang memerlukan penggunaan kerusi roda sepanjang hayat.
"Ramai yang kudung kaki dan tangan. Hospital pula tidak cukup kerusi roda. Kalau ada pun keadaannya banyak yang menyedihkan.
"Jadi Global Peace Malaysia akan menggerakkan kempen untuk mengumpul 10,000 kerusi roda di Malaysia untuk dihantar ke Gaza," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, tinjauan Global Peace Malaysia di Gaza juga mendapati kerusi roda sukar diperoleh di wilayah itu.
Jika ada sekalipun, kata Khairil Annuar, jumlahnya sikit dan tidak mampu menampung keperluan penduduk Gaza yang cedera selain harganya terlalu mahal.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama daripada rakyat Malaysia dan sektor korporat yang prihatin untuk menyumbang kerusi roda untuk Gaza.
Katanya, mereka juga sedia menerima kerusi roda terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk dihantar kepada rakyat Palestin.
Kata Khairil Annuar, walaupun sempadan Rafah ditutup, pihaknya mempunyai cara untuk menghantar peralatan tersebut termasuk bekerjasama dengan agensi bantuan di Palestin.
Orang ramai yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kerusi roda ini boleh menghantar ke pejabat Global Peace Malaysia di 2-2A, Jalan GJ 2, Batu 5 1/2, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Atau telefon 03-61883230 dan faks 03-61883233.

Monday, February 9, 2009
Retreat Exco
7-8 Februari 2009, satu retreat exco ABIM Selangor telah diadakan bertempat di Masjid al-Ikhlas, Taman Sri Melati, Selayang. Tujuan utama ini adalah untuk membincangkan tentang program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2009/2010.
Friday, February 6, 2009
Senyum
LANGIT GAZA JADI GAMAT
Hari ini
Lngit Gaza jadi gawat
Gegar bumi, gegar langit, gegar alam
Cahaya merah, merah membakar bumi
Bumi Gaza dibasahi, dibanjiri darah
Darah merah, darah bangsa, darah seagama
Berlari mencari reality yang sudah punah
Ditelan kecelakaan, kekejaman manusia zionis kejam, biadab, pemusnah peradaban kemanusiaan.
Dimana bangsa yang bermaruah ?
Dimana insan yang beragama?
Dimana iman ?
Di mana semangat juang ?
Di mana penyelamat bumi anbiya’
Segalanya hanya nyayian semata, petah berbicara namum berdusta
Semnangat yang berkobar hanya noda yang ada.
Hanya menanti , pasrah, lemah dan ternoda, tidak berdaya,
Tak bermaya dirobik “Israel Laknatullah”
dengan tekad jihad membara
Hilangnya nyawa
Hilang maruah satu bangsa
Hilang harga diri seagama
Hilanglah ……hilanglah sebuah nada
Yang tinggal hanya rintihan duka
Mengarap belas pada
Yang Maha Esa
Andai aku biasa di buminu
Andai aku ditempatmu
Andai aku bersamamu
Andai aku seperti dirimu
Akan kujelajah seluruh bumi ini
Akan ku pastikan darah zionas
Membasuh tangan ini
Akan ku tiup seribu hikmat
Ke dada anak bangsa
Akan ku pastikan bumiku hakku
Bersama restumu Ilahi
Deklamasi sajak oleh
Cikgu Muslimin Yaakob
9.45 Masjid AsHsyarif Meru
Sempena caramah Bersama Mu Palestin
5 Feb 2009

Thursday, February 5, 2009
Persidangan Meja Bulat
Tarikh : 4 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Tajuk : POLITIK ISLAM / MELAYU PASCA PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU
Pembentang: Sdr Prof Madya Saharuddin Badaruddin
Sdr Mohd Yadman Sarwan
Dr Pisol Maidin.

Gaza Diancam Krisis Makanan
Utusan Malaysia 5 Februari 2009, halaman 13
Gaza diancam krisis makanan
RAFAH (Sempadan Gaza) 4 Feb. - Penduduk Gaza dijangka berhadapan dengan krisis makanan jika bantuan tidak dapat disalurkan sekiranya Mesir menutup sempadannya di Rafah.
Selain pembangunan semula ekoran kemusnahan kemudahan awam dan harta benda akibat serangan Israel, masalah utama yang dihadapi penduduk Gaza ialah makanan.
Pengarah Bantuan dan Kemanusiaan Global Peace Malaysia, Khairil Annuar Khalid berkata, masalah itu serius kerana kawasan pertanian di Gaza turut dimusnahkan oleh Israel.
Beliau bersama sukarelawan Azlan Muhammad Sharif yang berada di sana sejak 27 Januari lalu berkata, ternakan seperti ayam dan lembu dibunuh oleh tentera rejim Zionis dalam serangan itu. Kawasan pertanian terutama di sekitar daerah Zeitun pula diratakan oleh jentolak rejim itu.
Kesannya kata Khairil Annuar, penduduk Gaza kini kekurangan bekalan makanan selain menyebabkan harganya meningkat terlalu tinggi.
"Makanan merupakan masalah utama di Gaza. Kehidupan penduduknya sudah kembali normal dengan sekolah sudah dibuka dan urusan harian berjalan seperti biasa seolah-olah tidak ada peperangan.
"Namun mereka berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan," katanya.
Khairil Annuar dan Azlan ditemui sejurus tiba dari Gaza di sempadan Mesir-Rafah dekat sini semalam.
Mereka yang berada di Gaza selama seminggu telah diarahkan keluar ekoran ura-ura Mesir akan menutup pintu sempadan bermula esok.
Menurut Khairil Annuar, sepanjang berada di Gaza mereka telah memberikan bantuan kepada penduduk terbabit terutama di Beit Hanum di Jabaliah Timur.
Katanya, bantuan bernilai kira-kira RM100,000 itu diagihkan kepada 2,000 keluarga yang memerlukan.
Ia terdiri daripada tepung, minyak masak, kacang dan bijirin yang merupakan keperluan harian penduduk terbabit.
Beliau memberitahu, kerja-kerja bantuan Global Peace Malaysia itu dilakukan dengan kerjasama Pusat Bantuan Kecemasan Palestin (IRC) yang terdiri daripada gabungan enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin.
Wednesday, February 4, 2009
Salam
Saudara sekalian
Alhamdulillah, dimaklumkan bahawa Misi GPM terdiri dari Sdr Azlan dan SdrKhairil telah selamat keluar dari Gaza dan telah sampai di El Arish padajam 2.45 ptg waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia) Selasa 3 Februari2009. Mereka kini beroperasi dari pejabat operasi GPM di El Arish kira-kira 50kilometer dari Rafah crossing checkpoint.
Kami menyeru kepada semua untuk terus menghulurkan bantuan kewangan bagi membolehkan GPM melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang telahdi rancang. Cek sumbangan boleh dibuat atas nama
GLOBAL PEACE MISSION dan dihantar ke alamat berikut :
(Sila tuliskan nama dan alamat penyumbang di belakang cek untukmembolehkan kami mengirim resit)
GLOBAL PEACE MISSION (GPM)
2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak5
3100 Kuala LumpurMalaysia
Tel: +60 3 6188 3230 F
ax: +60 3 6188 3233
Web: http://www.gpm.com.my/
Email: gpmhq@yahoo.com
Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun GPM seperti butir berikut melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau
ONLINE BANKING:- BANK ISLAM (M) BERHAD : A/C no. 14 023 01 002922 4-
MAYBANK : A/C no. 564 221 611 602
(Untuk mendapatkan resit, sila fax atau emel butir transaksi berserta nama dan alamat penyumbang kepada GPM).
Sumbangan boleh juga dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat terteradi atas.
Pejabat GPM kini bersebelahan dengan Masjid As Syakirin, Batu 6,J alan Gombak.
MOHD HALIMI ABDUL HAMID
Exco GPM

Tuesday, February 3, 2009
Salam
Sdr sekalian
Untuk makluman, Sdr. Azlan telah melaporkan melalui perbualan telefon dengan Dr Daud Sulaiman, Timbalan Pengerusi GPM malam tadi, bahawa jet-jet Israel telah mula mengebom semula Gaza bermula jam 4.00 ptg tadi waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia Isnin 2 Feb 2009).
Tiga serangan bom di tengah Gaza dan satu di utara Gaza. Misi 1 GPM dan krew RTM masih berada di Gaza City.
Kedengaran bunyi jet Israel semasa perbualan telefon tersebut.. Sdr Azlan juga telah menghantar red alert precaution kepada rakan-rakan NGO dari Malaysia yang kita kenali untuk bersedia keluar dari Gaza dalam masa 24 jam.
Kita sama-sama berdoa semoga rakan-rakan kita dan seluruh rakyat Palestin di Gaza khasnya, selamat.
Berikut pula emel dari Sdr Azlan yang diterima pagi tadi dari Gaza.
Assalamualaikum,
Salam dari saya dan Br Khairil dari Gaza City
Insyaallah misi terakhir GPM di Gaza ialah memberikan bantuan makanan kepada seramai 500 keluarga Beit Lahiya. Moral kami tetap tinggi. Meskipun terpaksa akur atas arahan HQ. Saya yakin ini adalah permulaan kepada satu perjuangan besar ABIM & GPM untuk membantu ummat Muhammad SAW khususnya di bumi Palestin.
GPM kini telah mempunyai rakan NGOs yang amat proffesional dan bertaraf internasional di Gaza Palestin. GPM sangat peka dengan siapa kita berurusan. Saya yakin kumpulan PCRF dan Jabalya Islamic Soceity sememangnya benar-benar 'On-ground". Dia tahu setiap inci bumi Gaza dan tahu apa tindakan yang perlu dilaksanakan.
Hari ini GPM telah pergi ke pej JIS dan telah mendapatkan projek-projek yang boleh GPM/mana-mana NGOs di Malaysia yang ingin turut membantu.
Demi Allah ! langit Gaza yang kini GPM menjunjungnya dan Demi Allah, bumi Gaza yang GPM telah sampai kepelusuk rantaunya. GPM dan Gaza saling telah mengikat mati hati-hati kami untuk bersama-sama berjuang memerdekakan bumi para syuhada ini, agar Islam terus sgagah terpelihara dan pejuang-pejuangnya terus berjuang mencapai kemenangan atau mendapat syahid.
Salam Ikhlas dari
Azlan Muhammad Sharif
Head of Mission Palestine
Kami menyeru kepada semua untuk segera menghulurkan bantuan kewangan bagi membolehkan GPM melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang telah di rancang.
Cek sumbangan boleh dibuat atas nama GLOBAL PEACE MISSION dan dihantar ke alamat berikut :
(Sila tuliskan nama dan alamat penyumbang di belakang cek untuk membolehkan kami mengirim resit)
GLOBAL PEACE MISSION (GPM)
2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +60 3 6188 3230
Fax: +60 3 6188 3233
Web: www.gpm.com.my
Email: gpmhq@yahoo.com
Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun GPM seperti butir berikutmelalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau ONLINE BANKING:-
BANK ISLAM (M) BERHAD : A/C no. 14 023 01 002922 4-
MAYBANK : A/C no. 564 221 611 602
(Untuk mendapatkan resit, sila fax atau emel butir transaksi berserta nama dan alamat penyumbang kepada GPM).
Sumbangan boleh juga dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat tertera di atas.
Pejabat GPM kini bersebelahan dengan Masjid As Syakirin, Batu 6, Jalan Gombak.

Subscribe to:
Posts (Atom)