Saturday, November 15, 2008

Nabi Ibrahim A.S

Surah al-Hijr

Ayat 51- Dan khabarkanlah kepada mereka, perihal tetamu Nabi Ibrahim.

Ayat 52- Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata, “Selamat sejahtera kepadamu!” Ia berkata, “ Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu.”

Ayat 53- Mereka menjawab, “Janganlah engkau takut, sebenarnya kami hendak menggembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu.”

Ayat 54- Nabi Ibrahim berkata, “Betulkah kamu menggembirakan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu menggembirakan daku?”

Ayat 55- Mereka menjawab, “Kami menggembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa.”

Ayat 56- Nabi Ibrahim berkata, “Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat.”

Ayat 57- Nabi Ibrahim bertanya pula, “Apa hal kamu wahai Utusan Tuhan?”

Ayat 58- Mereka menjawab, “Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka).

No comments: