Sabtu -8 Nov 2008. Alhamdulillah, ABIM Selangor dengan kerjasama ABIM Daerah Sabak Bernam dan Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mengajurkan Bengkel Evolusi Pembangunan Usahawan Belia di Kelab & Resort Reakrasi Sabak Bernam. Program telah dihadiri seramai 102 peserta terdiri dari belia dan pemimpin masyarakat di Daerah Sabak Bernam bukan sahaja dari melayu bahkan disertai juga dari peserta India dan Cina. Program dirasmikan YB Tuan Yaakob bin Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.
Sesi pagi dimulakan dengan ceramah motivasi jihad Ekonomi bertajuk : 9/10 rezeki dalam perniagaan oelh Pun hajjah Nazeerah Bin Mustapa pakar perunding Usahawan MARA yang berpengalaman dari Minutes Concept Sdn Bhd. Beliau berjaya menyampaikan motivasi yang cukup diminati oleh peserta. Pengisian belia lebih keapda membincangkan tuntutan Islam untuk berniaga sebagaimana yang telah ditonjolkan oleh Rasullullah sebagai usahawan tani dan koprat yang berjaya dan boleh dijadikan idola kepada umat Islam. Selain betapa penting aspek-aspek kerohanian dan pegangan yang erat dengan Islam sebagai sumber keyakinan peserta untuk terjun dalam bidang keusahawanan yang mencabar.
Sesi kedua pula forum Keusahawanan Belia, cabaran dan peluang. Panel jemputan dari Sdr Samsuddin Bin Zainal Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Belia Islam Malaysia, Sdr Mohd Zairi bin Mujahid pegawai dari Jabatan Pertanian daerah dan Puan Siti Norwina binti Nawari pegawai belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Sesi dimoderatorkan oleh Ahmad Zahir bin Mahktar telah berjaya menghidupkan suasana perbincangan yang baik di antara panel pembicara dengan peserta. Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan dengan objektif ABIM dan KBI mengadakan program ini sebagai salah satu pendekatan membangunkan jati diri belia dan kerjaya usahawan sebagai kerjaya serta mendokong saranan YB untuk melahirkan “sebuah keluarga seorang usahawan”. Selain memperkenalkan ABIM dan KBI di kalangan peserta, ia juga sebagai menambah keahlian ABIM dan ahli yang ada mendekatkan diri untuk terus bersama ABIM. Jelasnya, dalam program ini, kami temui ahli ABIM yang tercari-cari ABIM berhampiran mereka.
Panel dari kedua-dua agensi jabatan pertanian dan Jabatan belia dan Sukan membincangkan peluang dari segi penerokaan bidang-bidang baru yang perlu golongan belia mengambil kesempatan untuk menceburinya seperti Pertanian dan pemakanan. Juga memaklumkan beberapa pakej pembiayaan kewangan dari kerajaan sebagai modal golongan belia berniaga.
Dalam ucapan perasmian YB Tuan Yaakob bin Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan , beliau berkata, asas pembangunan Usahawan yang mampu berdaya saing dan maju bermula pada diri usahawan itu sendiri iaitu mempunyai kesungguhan, kejujuran dan sedia menghadapai apa jua cabaran yang datang. Hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan satu keluarga seorang usahawan perlu disokong khasnya generasi belia. Menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka adalah satu perjuangan.
Sesi diakhiri dengan bengkel yang lebih membuka minda peserta dengan produk dan peluang perniagaan kepada yang baru bercita-cita ingin berniaga seperti produk minyak wangi berjenama dari Myperfume Sdn Bhd, Produk pembelajaran Jawi yang Mudah dari Puan Nazeerah Pengarah Urusan Minutes Concept Sdn Bhd. Sesi lebih mendedahkan kepada peserta jenis dan bidang perniagaan yang mudah diterokai dengan menumpukan aspek penjenamaan semula produk, teknik pembungkusan, pengurusan dan teknikal serta strategi pemasaran serta membuka peluang pembiayaan modal dari agensi kerajaan seperti MARA dan bank-bank tempatan.
Majlis diakhiri denagn ucapan penutipan dari Yang Dipertua ABIM Sabak Bernam yang cukup terharu dengan sokongan dengan menyertai program ABIM kali ini. Beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerjasama dari semua pihak khansya dari Kerjaan negeri selangor, ABIM Negeri dan pemimpin masyarakat di daerah sabak bernam. Seterusnya belia menyampikan sijil penyertaan dan minum bersama-sama peserta.
Sekian.
Disediakan oleh:
Muhamad Muszaki bin Mohd ozir
Setiausaha
ABIM Selangor
No comments:
Post a Comment