Sunday, November 30, 2008

Nabi Adam A.S

Surah al-Israa’

Ayat 61- Dan (ingatlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujudlah melainkan Iblis; ia berkata “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah(yang diadun)?

Ayat 62- Ia berkata lagi, “Khabarlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).”

Ayat 63- Allah berfirman (kepada Iblis), “Pergilah (lakukan apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.

Ayat 64- Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta benda dan anak-anak (mereka); dan janjilah mereka (dengan janji-janjimu).” Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

Ayat 65- Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai Iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi pelindung (bagi mereka).

Nabi Lut A.S

Surah al-Hijr

Ayat 57- Nabi Ibrahim bertanya pula, “Apa hal kamu wahai Utusan Tuhan?”

Ayat 58- Mereka menjawab, “Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka).

Ayat 59- “Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya.

Ayat 60- “ Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan), bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan.)”

Ayat 61- Maka apabila (Malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut.

Ayat 62- Nabi Lut berkata, “ Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu.)”

Ayat 63-Mereka menjawab, “(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.”

Ayat 64- “Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar.”

Ayat 65- “Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya.”

Ayat 66- Dan kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.

Ayat 67- Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.

Ayat 68- Nabi Lut berkata, “Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku.”

Ayat 69-“Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghinakan daku.”

Ayat 70- Mereka menjawab, “Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?”

Ayat 71- Nabi lut berkata, “ Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal.)”

Ayat 72- Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.

Ayat 73- Akhirnya, merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.

Ayat 74- Maka kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.

Ayat 75- Sesungguhnya balasan azab yang sedemikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.

Ayat 76- Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).

Ayat 77- Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.

Wednesday, November 26, 2008

Sekitar Kem Hafazan dan Kepimpinan Muda












Gambar-gambar yang dirakam pada hari pertama program. Bilangan peserta adalah seramai 150 peserta dengan bimbingan 15 fasilitator. Semoga adik-adik ini berjaya menjadi hafiz dan hafizah dan terus istiqamah dalam mendalami al-quran.



Saturday, November 22, 2008

Empat Golongan Manusia

Ulama al-Khalil Ahmaf membahagikan manusia kepada empat golongan:
  • Orang yang berilmu dan tahu dirinya berilmu. Merekalah orang yang sebenar-benarnya berilmu.
  • Orang yang berilmu tetapi tidak tahu dirinya berilmu. Orang begini adalah orang yang 'tidur' dan perlu diberikan kesedaran.
  • Orang yang tidak berilmu dan tahu dirinya tidak berilmu. Orang begini perlu kepada bimbingan dan tunjuk ajar.
  • Orang yang tidak berilmu tetapi tidak tahu dirinya tidak berilmu. Orang begini dikatakan jahil atau bodoh sombong.

Thursday, November 20, 2008

Akhlak yang baik


Nabi Muhammad pernah berkata yang bermaksud:


"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain."
(Direkod oleh Muslim)

Tuesday, November 18, 2008

Segalanya Tentang Buku...

sekadar gambar hiasan

Buku adalah kawan duduk yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu, dan kawan yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah kawan yang sangat bertolak ansur yang tidak akan menghalaumu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu, dan dia adalah kawan yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda punyai. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafikan dan tidak akan membuat pembohongan.

Buku adalah sesuatu yang jika kita memandangnya memberi nikmat yang berpanjangan, menajamkan kemampuan intelektual, membuat lidah tidak kelu, dan membuat hujung jemari semakin cantik. Dia akan memperkaya ungkapan-ungkapan , menenangkan jiwa dan memenuhkan dada.

Buku adalah sesuatu yang memberi dorongan untuk mencuba, menggunakan akal, membentuk keperibadian, menjaga kehormatan, meluruskan agama dan mengembangkan harta.

Monday, November 17, 2008


Nilai setiap orang adalah kebaikan yang dilakukannya.


-Ali bin Abu Talib

Ilmuwan Islam Abad ke-11

Abu Ubaid al-Bakri Geografi, Botani, Filologi dan Bibliografi
Al-Biruni Matematik, Perubatan, Farmakologi, Astronomi dan Fizik
Ibnu Haitam Fizik dan Matematik
Ibnu Hind Perubatan dan Sastera
Ibnu Irak Astronomi dan Matematik
Ibnu Jazzar Perubatan (Pakar Bedah)
Ibnu Saffar Astronomi dan Matematik
Ibnu Sina Falsafah dan hampir semua bidang ilmu yang berkembang pada masa itu
Ibnu Wafiq Perubatan, Farmakologi dan Pertanian
Ibnu Yunus Astronomi
Ibnu Zuhr Perubatan
Al-Karkhi Matematik dan Geografi

Bengkel Evolusi Pembangunan Keusahawanan Belia


Sabtu -8 Nov 2008. Alhamdulillah, ABIM Selangor dengan kerjasama ABIM Daerah Sabak Bernam dan Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mengajurkan Bengkel Evolusi Pembangunan Usahawan Belia di Kelab & Resort Reakrasi Sabak Bernam. Program telah dihadiri seramai 102 peserta terdiri dari belia dan pemimpin masyarakat di Daerah Sabak Bernam bukan sahaja dari melayu bahkan disertai juga dari peserta India dan Cina. Program dirasmikan YB Tuan Yaakob bin Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.

Sesi pagi dimulakan dengan ceramah motivasi jihad Ekonomi bertajuk : 9/10 rezeki dalam perniagaan oelh Pun hajjah Nazeerah Bin Mustapa pakar perunding Usahawan MARA yang berpengalaman dari Minutes Concept Sdn Bhd. Beliau berjaya menyampaikan motivasi yang cukup diminati oleh peserta. Pengisian belia lebih keapda membincangkan tuntutan Islam untuk berniaga sebagaimana yang telah ditonjolkan oleh Rasullullah sebagai usahawan tani dan koprat yang berjaya dan boleh dijadikan idola kepada umat Islam. Selain betapa penting aspek-aspek kerohanian dan pegangan yang erat dengan Islam sebagai sumber keyakinan peserta untuk terjun dalam bidang keusahawanan yang mencabar.

Sesi kedua pula forum Keusahawanan Belia, cabaran dan peluang. Panel jemputan dari Sdr Samsuddin Bin Zainal Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Belia Islam Malaysia, Sdr Mohd Zairi bin Mujahid pegawai dari Jabatan Pertanian daerah dan Puan Siti Norwina binti Nawari pegawai belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Sesi dimoderatorkan oleh Ahmad Zahir bin Mahktar telah berjaya menghidupkan suasana perbincangan yang baik di antara panel pembicara dengan peserta. Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan dengan objektif ABIM dan KBI mengadakan program ini sebagai salah satu pendekatan membangunkan jati diri belia dan kerjaya usahawan sebagai kerjaya serta mendokong saranan YB untuk melahirkan “sebuah keluarga seorang usahawan”. Selain memperkenalkan ABIM dan KBI di kalangan peserta, ia juga sebagai menambah keahlian ABIM dan ahli yang ada mendekatkan diri untuk terus bersama ABIM. Jelasnya, dalam program ini, kami temui ahli ABIM yang tercari-cari ABIM berhampiran mereka.

Panel dari kedua-dua agensi jabatan pertanian dan Jabatan belia dan Sukan membincangkan peluang dari segi penerokaan bidang-bidang baru yang perlu golongan belia mengambil kesempatan untuk menceburinya seperti Pertanian dan pemakanan. Juga memaklumkan beberapa pakej pembiayaan kewangan dari kerajaan sebagai modal golongan belia berniaga.

Dalam ucapan perasmian YB Tuan Yaakob bin Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan , beliau berkata, asas pembangunan Usahawan yang mampu berdaya saing dan maju bermula pada diri usahawan itu sendiri iaitu mempunyai kesungguhan, kejujuran dan sedia menghadapai apa jua cabaran yang datang. Hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan satu keluarga seorang usahawan perlu disokong khasnya generasi belia. Menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka adalah satu perjuangan.

Sesi diakhiri dengan bengkel yang lebih membuka minda peserta dengan produk dan peluang perniagaan kepada yang baru bercita-cita ingin berniaga seperti produk minyak wangi berjenama dari Myperfume Sdn Bhd, Produk pembelajaran Jawi yang Mudah dari Puan Nazeerah Pengarah Urusan Minutes Concept Sdn Bhd. Sesi lebih mendedahkan kepada peserta jenis dan bidang perniagaan yang mudah diterokai dengan menumpukan aspek penjenamaan semula produk, teknik pembungkusan, pengurusan dan teknikal serta strategi pemasaran serta membuka peluang pembiayaan modal dari agensi kerajaan seperti MARA dan bank-bank tempatan.

Majlis diakhiri denagn ucapan penutipan dari Yang Dipertua ABIM Sabak Bernam yang cukup terharu dengan sokongan dengan menyertai program ABIM kali ini. Beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerjasama dari semua pihak khansya dari Kerjaan negeri selangor, ABIM Negeri dan pemimpin masyarakat di daerah sabak bernam. Seterusnya belia menyampikan sijil penyertaan dan minum bersama-sama peserta.

Sekian.


Disediakan oleh:

Muhamad Muszaki bin Mohd ozir
Setiausaha
ABIM Selangor

Saturday, November 15, 2008

Nabi Ibrahim A.S

Surah al-Hijr

Ayat 51- Dan khabarkanlah kepada mereka, perihal tetamu Nabi Ibrahim.

Ayat 52- Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata, “Selamat sejahtera kepadamu!” Ia berkata, “ Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu.”

Ayat 53- Mereka menjawab, “Janganlah engkau takut, sebenarnya kami hendak menggembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu.”

Ayat 54- Nabi Ibrahim berkata, “Betulkah kamu menggembirakan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu menggembirakan daku?”

Ayat 55- Mereka menjawab, “Kami menggembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa.”

Ayat 56- Nabi Ibrahim berkata, “Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat.”

Ayat 57- Nabi Ibrahim bertanya pula, “Apa hal kamu wahai Utusan Tuhan?”

Ayat 58- Mereka menjawab, “Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka).

Ilmuwan Islam Abad ke-10

Abu Dulaf Sastera dan Metalurgi
Abu al-Qasim al-Zahrawi Perubatan (Pakar Bedah)
Abul Wafa Astronomi dan Matematik
Al-Farabi Falsafah
Al-Khazin Matematik
Ibnu Amajur Matematik
Ibnu Juljul Perubatan
Ibnu Rustah Astronomi dan Geografi
Al-Mas’udi Sejarah

Friday, November 14, 2008

Nabi Adam A.S

Surah al-A’raf

Ayat 11- Dan sungguh, Kami telah menciptakan kamu, kemudian membentuk (tubuh)mu, kemudian kami berfirman kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam,” maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia (Iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud.

Ayat 12- (Allah) berfirman, “Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika aku menyuruhmu?” (Iblis) menjawab, “ Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”

Ayat 13- (Allah) berfirman, “Maka turunlah kamu darinya (syurga); kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina.”

Ayat 14- (Iblis) menjawab, “Berilah aku penangguhan waktu, sampai hari mereka dibangkitkan.”

Ayat 15- (Allah) berfirman, “Benar, kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu.”

Ayat 16- (Iblis) menjawab, “Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus.”

Ayat 17- Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”

Ayat 18- (Allah) berfirman, “Keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir! Sesungguhnya barang siapa di antara mereka ada yang mengikutimu, pasti Aku isi neraka Jahanam dengan kamu semua.”

Ayat 19- Dan (Allah) berfirman, “Wahai Adam! Tinggallah engkau bersama isterimu dalam syurga dan makanlah apa saja yang kamu berdua sukai. Tetapi janganlah kamu berdua dekati pohon yang satu ini. (Apabila didekati) kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim.”

Ayat 20- Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada meraka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidakkah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi Malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).”

Ayat 21- Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang member nasihat kepada kamu berdua.”

Ayat 22- Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakana kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”

Ayat 23- Mereka berdua merayu, “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan member rahmat kepada kami, nescayamenjadilah kami dari orang-orang yang rugi.”

Ayat 24- (Allah) berfirman, “Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati).”

Ayat 25- - (Allah) berfirman lagi, “ Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat).”

Wednesday, November 12, 2008

Kurangi Angan-angan...

Ulama berpesan lagi,

Siapa yang mengurangi angan-angannya, maka Allah akan memuliakannya dengan empat kemuliaan, iaitu:
  1. Dikuatkan untuk taat, sebab seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran dan rajin melakukan taat, maka bertambah amalnya.
  2. Kurang kerisauannya, sebab jika dia berasa tidak lama lagi akan mati, maka dia tidak memikirkan apa yang dihadapi daripada kesukaran.
  3. Redha dengan kehidupan yang sederhana, sebab apabila berasa tidak lama lagi akan mati, maka tidak perlu mencari banyak dan sememangnya ditujukan untuk akhirat.
  4. Allah akan menerangkan hatinya.

Tuesday, November 11, 2008

Senyumlah...

Elia Abu Madhi bemadah:

Orang berkata: “Langit selalu berduka dan mendung.”

Tetapi aku berkata: “Tersenyumlah, cukuplah dukacita di langit sana.”

Orang berkata: “Masa muda sudah berlalu dariku."

Tetapi aku berkata: “Tersenyumlah, bersedih hati menyesali masa muda takkan berguna.”
Orang berkata: “Langitku yang ada di dalam jiwa sudah membuatku merana dan berduka. Janji-janji sudah mengkhianatiku ketika kalbu sudah menguasainya, bagaimana mungkin jiwaku sanggup menggulum senyum manisnya?”

Maka aku pun berkata: “Tersenyum dan berdendanglah, ketika engkau membandingkan, seluruh usiamu akan habis untuk merasa sakitnya.”

Orang berkata: “Perniagaan selalu penuh muslihat dan penipuan, ia bagai musafir yang akan mati kerana diserang rasa haus.”

Tetapi aku berkata: “Tetaplah tersenyum sebab engkau akan mendapat penangkal dahagamu. Cukuplah engkau tersenyum sebab mungkin hausmu akan hilang dengan sendirinya. Maka mengapa engaku perlu bersedih hati dengan dosa dan kesusahan orang lain, apatah lagi hingga seolah-olah engkau yang berbuat dosa dan kesalahan itu?”

Orang berkata: “Kini hari raya sudah nampak tanda-tandanya seolah-olah menyuruhku membeli pakaian dan anak patung. Manakala aku punya kewajipan ke atas kawan-kawan dan saudara namun tapak tanganku tidak memegang walaupun hanya satu dirham.”

Kukatakan: “Tersenyumlah, cukuplah bagimu kerana engkau masih hidup, dan engkau tidak kehilangan saudara-saudara dan kerabat yang engkau cintai.”

Orang berkata: “Malam memberiku minuman ‘alijamah.

Kukatakan: Tersenyumlah, walaupun engkau makan buah ‘alqamah. Mungkin sahaja orang lain yang melihatmu berdendang, akan membuang semua kesedihan. Berdendanglah! Adakah engkau ingat dengan bermuka masam akan memperolehi dirham atau engkau akan rugi kerana menampakkan wajah berseri? Saudaraku, tidak membahayakan bibirmu jika engkau mencium, juga tidak membahayakan jika wajahmu Nampak cantik berseri. Tertawalah, sebab meteor-meteor langit juga tertawa, mendung tertawa, sebab itu kami mencintai bintang-bintang.”

Orang berkata: “Wajah berseri tidak membuat dunia bahagia, yang datang ke dunia dan pergi dengan gumpalan amarah.”

Kukatakan: “Tersenyumlah, selagi antara engkau dan kematian ada jarak sejengkal, selepas itu engkau tidak akan tersenyum.”

Monday, November 10, 2008


Sekiranya kita mengharapkan agar diterima oleh semua pihak, disukai oleh semua orang, terhindar dari cela, bermakna kita sudah menyukai sesuatu yang mustahil berlaku dan mengharapkan sesuatu yang terlalu jauh untuk dicapai.

Sunday, November 9, 2008

Ilmuwan Islam Abad ke-9

Abu Kamil Syuja'- Matematik
al-Battani- Astronomi dan Geografi
al-Farghani- Astronomi dan Geografi
Habash al-Hasib- Astronomi
Ibnu Maskawih- Perubatan
Jabir bin Hayyam- Kimia dan Perubatan
al-Khwarizmi- Matematik dan Astronomi
al-Kindi- Falsafah
Thabit bin Qurrah Matematik (Geometri)
Zakaria al-Razi Perubatan

Saturday, November 8, 2008

Nabi Adam A.S

Surah al-Hijr

Ayat 28- Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada Malaikat, “ Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”

Ayat 29- “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan roh dari (ciptaan)Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”

Ayat 30- (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekelian Malaikat, semuanya sekali.

Ayat 31- Melainkan Iblis, ia enggan turut bersama mereka yang sujud.

Ayat 32- Allah berfirman, “Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”

Ayat 33- Iblis menjawab, “ Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”

Ayat 34- Allah berfirman, “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.”

Ayat 35- “Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.”

Ayat 36- Iblis berkata, “Wahai Tuhanku! Jika demikian berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).”

Ayat 37- Allah berfirman, “Dengan permohonan itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.”

Ayat 38- “Hingga ke hari masa yang termaklum.”

Ayat 39- Iblis berkata, “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

Ayat 40- “Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.”

Ayat 41- Allah berfirman, “ Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.”

Ayat 42- “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).”

Ayat 43- “Dan sesungguhnya Neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).”

Ayat 44- “Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu).”

Ayat 45-Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa tama n Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.

Ayat 46- (Mereka dipersilakan oleh Malaikat dengan berkata), “Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman.”

Ayat 47- Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

Ayat 48- Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.

Ayat 49-Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (wahai Muhammad), bahawa Aku-lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh.

Ayat 50- Dan bahawa azab-Ku, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).

Friday, November 7, 2008

Angan-angan

Ulama berpesan,


  • Jangan mengikat hatimu kepada wanita, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. Apabila engkau taat kepadanya, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka.

  • Jangan mengikat hatimu pada harta kerana harta itu pinjaman, hari ini hakmu dan esok hak orang lain. Jika hatimu terikat pada harta, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajiban hak Allah, takut miskin dan menurut kepada bisikan syaitan.

  • Tinggalkan apa yang ragu-ragu dalam hatimu sebab hati orang mukmin goncang dalam subahat, lari daripada haram dan tenang dalam halal.

  • Jangan membuat sesuatu hingga mengerti benar-benar bagaimana menjawab apabila ditanya oleh Allah kelak.

Monday, November 3, 2008

Apabila Panjang Angan-angan

Saidina Ali pernah berkata, "Yang saya khuatir atas kamu dua perkara, iaitu panjang angan-angan dan menurutkan hawa nafsu. Ini kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, manakala menurutkan hawa nafsu itu menghalangi daripada kebenaran."

Nabi Adam A.S

Surah al-Baqarah

Ayat 29- Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Ayat 30- Dan (ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata , “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Ayat 31- Dan dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat, seraya berfirman, “Sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini, jika kamu yang benar!

Ayat 32- Mereka menjawab, “Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha bijaksana.”

Ayat 33- Dia (Allah) berfirman, “Wahai Adam! Beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu!” Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia berfirman, “Bukankah telah aku katakana kepadamu, bahawa Aku mengetahui rahsia-rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”

Ayat 34- Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.

Ayat 35- Dan kami berfirman, “ Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga, makanlah dengan nikmat (pelbagai makanan) yang ada di sana sesukamu. (Tetapi) janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zalim.

Ayat 36- Lalu syaitan memperdayakan keduanya dari syurga sehingga keduanya dikeluarkan dari (segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (syurga). Dan kami berfirman, “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan yang lain di bumi sampai waktu yang ditentukan.”

Ayat 37- Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Dia pun menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.

Ayat 38- Kami berfirman, “Turunlah kamu semua dari syurga! Kemudian jika benar-benar datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.

Ayat 39- Adapun orang-orang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.

Saturday, November 1, 2008

Empat Jenis Manusia


Nabi Muhamad pernah berkata yang bermaksud, "Manusia ada empat jenis iaitu orang yang diberikan Allah ilmu dan harta, lalu dia mengamalkan ilmu yang dimiliki dengan hartanya. Jika ada seseorang yang berkata, jika aku diberikan Allah sama seperti yang diberikan kepada orang itu, aku akan berbuat seperti dia, maka, kedua-dua orang yang berkenaan diberikan pahala yang sama. Dan ada orang yang diberikan harta tetapi diberikan-Nya ilmu, dan harta itu digunakan untuk berbuat kemaksiatan. Jika ada seseorang yang berkata, seandainya aku diberikan kekayaan seperti dia, aku akan berbuat seperti dia, maka kedua-duanya sama berdosa."

(Riwayat Ibnu Majah)