Dari Kuala Lumpur hendak ke Seremban
Singgah sebentar di kebun bunga
Walaupun tinggal berjauhan
Demi perjuangan kita bersama
Berkisar dengan kepentingan mencari ilmu, pelajar2 kita telah berkorban dari Malaysia hingga ke Dublin untuk belajar, sememangnya dituntut oleh Islam. Seperti kata Imam Hasan AlBanna "Ambillah ilmu itu walau di mana kamu temui kerana ia adalah milik orang Islam yang telah hilang". Definasi ilmu ialah "Pengetahuan yang berguna dan ianya harus dicari". Ilmu membawa kejayaan dunia dan akhirat, meningkatkan IQ,EQ,SQ dan FQ untuk menjadi cemerlang. Kita dituntut untuk cemerlang di semua bidang. Berjaya bukan sahaja di padang bola sepak dll tetapi juga di Padang Mahsyar. Dan azan yang berkumandang setiap saat di mukabumi ini memanggil kita kepada kejayaan...Oleh itu sambutlah seruan AlQuran dalam Surah Iqra', bacalah, bacalah, bacalah, fikirlah, fikirlah kenapa Allah jadikan bukit bukau, laut dan lembah dan sebagainya, tentu ada manfaatnya bagi manusia yang berakal...
Kita perlu ada kefahaman Islam yang syumul maka kita mampu menangkis serangan liar daripada musuh Islam. Dengan ilmu yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah kita mampu membina "mesin penapis akal" untuk menerima yang hak dan menolak yang batil. Kita perlu bina Iman dan Islam dalam diri seperti panduan daripada Imam Hasan Albanna iaitu bermula dengan pengenalan, pemahaman, perjuangan dan pengorbanan. Kemuncak amalan adalah ikhlas kepada Allah s.w.t. maka jadilah anda seorang Muslim yang kuat. Seperti kata falsafah "Anda tidak kuat, tetapi anda mempunyai kekuatan untuk menjadi kuat". Berusahalah untuk menjadi Muslim yang kuat.
Ada sebuah kisah datuk Red Indian dengan cucunya bersantai pada suatu petang. Datuk Red Indian tiba-tiba berkata kepada cucunya. "Cucu, dalam diri setiap kita ada 2 ekor serigala, seekor jahat dan seekor lagi baik. Yang jahat itu sentiasa dengki, khianat, belot, dan merosakakkan segala, yang baik itu jujur, taat, rajin dan berbudi bahasa. Kedua-duanya sentiasa berlawan". Cucunya termenung dan kemudian bertanya, "Yang mana satu menang?" Jawab datuk Red Indian, "Yang engkau bagi dia makan itulah yang menang". Saudara-saudari sekalian jika Datuk Red Indian itu didakwahkan dengan Islam sudah tentu dia akan bersetuju bahawa dalam diri kita ada nafsu dan iman yang sentiasa berlawan. Jika kita bela dan baja iman itu maka ia akan menjadikan kita insan Muslim yang kuat dan cemerlang.
Hadis ke 2 daripada susunan Imam AnNawawi, daripada Saidina Umar r.a. mengesahkan bagaimana seoprang pemuda yang kacak berpakaian putih bersih telah datang berjumpa Rasulullah s.a.w. bertanyakan apakah Iman, Islam, Ehsan dan Qadak&Qadar. Dan di situ diterangkan dengan jelas oleh Rasulullah makna Iman, Islam, Ehsan dan Qada'&Qadar, yang diiakan oleh Malaikat Jibrail.............. Juga kata Imam Al-Ghazali bahawa Iman, Islam dan Ehsan ibarat pohon......Padanya ada banyak pengajaran untuk kita menjadi Muslim sempurna dan proaktif.
Kata Al-Farabi, "Jika kamu ingin lihat hasil yang cepat maka tanamlah pokok bunga, jika kamu ingin lihat hasil yang sedikit lambat tanamlah sayur, jika kamu ingin lihat hasil yang lama tanamlah pokok buah-buahan dan jika kamu ingin lihat hasil yang lama dan berpanjangan tanamlah ilmu dalam diri manusia." Oleh itu kita mesti sentiasa berusaha seperti kata Pak Hamka "Jangan jadi perca tapi mesti jadi baja, jangan jadi kerdil tapi mersti jadi bisa, jangan jadi gagal tapi mesti jadi jaya dan jangan jadi miskin tapi mesti jadi kaya". Bukan sahaja kaya harta tetapi juga kaya jasa kepada agama, bangsa dan negara.
Diakhiri dengan pantun,
Pak Ali pergi memancing ikan
Terlupa membawa umpan
Yang bernas dijadikan panduan
Yang buruk jadikan sempadan.
Kuliah Sebelum Subuh oleh Ir Ahmad Razef Ab Rahman di Islamic Cultural Centre of Ireland pada 1 Jun 2008

No comments:
Post a Comment