Wednesday, July 30, 2008
Isra' Dan Mi'raj
Sempena memperingati peristiwa perjalanan Rasulullah S.A.W bertemu Allah dan menerima perintah solat. Betapa besar dan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah buat hamba-hambanya meringgankan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu sehari semalam. Namun begitu, kita hambanya sering alpa! Ini ditegaskan berulang-ulang kali oleh Allah dalam surah Ar-Rahman, "maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu lupakan?"
Monday, July 28, 2008
Seminar Keibubapaan
Sg. Pusu, Gombak, 26 Julai 2008 - Alhamdulillah, satu Seminar Keibubapaan dengan tema Membina Khayra Ummah: Peranan Ibubapa anjuran bersama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Pusu, Gombak dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Gombak dan Negeri Selangor telah dilaksanakan di Dewan Bestari, SMK Sg Pusu. Mejar (B) Hj. Azhar Ahmad, Timbalan Yang DiPertua (TYDP) PIBG sekolah berkenaan dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa walaupun sebahagian besar daripada ibubapa pernah menghadiri program keibubapaan, namun beliau yakin bahawa tentu ada perkara baru yang dipelajari dalam setiap program yang dihadiri. Hj Mohd Naim Mohd Noor, TYDP ABIM Selangor di dalam ucapan aluannya pula memberitahu hadirin bahawa terdapat ramai ulama besar, contohnya Imam Bukhari dan Muhammad Al-Fateh yang berjaya membimbing umat di zaman mereka masing-masing antaranya adalah hasil daripada sokongan dan dokongan ibu mereka. Hjh Hazlina Abdul Razak, Ketua HELWA ABIM Selangor selaku penceramah khas pada hari tersebut dengan tajuk ceramah Usrah Marhamah (Keluarga Yang Dirahmati) memulakan bicara dengan menegaskan bahawa pelajar yang hebat datangnya daripada ibubapa yang hebat. Seterusnya beliau mengingatkan bahawa penting untuk ibubapa terus-menerus mendoakan secara khusus agar anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang. Juga, penting untuk anak-anak dan ibubapa saling memahami kehendak antara satu sama lain dan sentiasalah berbincang bersama menangani sebarang masalah yang timbul. Di akhir sesi ini, ibubapa dan anak-anak mereka diminta untuk berpelukan antara satu sama lain dan kelihatan ramai yang terharu sambil menitiskan air mata. Perasmian Penutup seminar ini yang dihadiri oleh lebih daripada 550 orang peserta yang terdiri daripada ibubapa, guru dan para pelajar, telah disempurnakan oleh Hj Daim Jajuli, Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa setiap Muslim mestilah memahami dengan sebaik-baiknya 3 komponen utama yang perlu ada dalam kehidupan masing-masing iaitu aspek aqidah, syariat dan akhlak. Program ini turut dihadiri oleh Sdr Azman Mohd Salleh, YDP ABIM Gombak dan Pn. Nor Aziah Mohd Hassan, Ketua HELWA ABIM Gombak. Sesungguhnya program yang dibuat secara bekerjasama ini haruslah diteruskan dari semasa ke semasa bagi menangani kepincangan dan kekeliruan umat dalam konteks kekeluargaan yang dilihat semakin serius.
Wednesday, July 23, 2008
Seminar Keibubapaan
Tarikh: 26 Julai 2008 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Pusu, Gombak
Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Pusu, Gombak
Monday, July 21, 2008
Islam dalam Sejarah Dunia
Tahun 570M Nabi Muhammad S.A.W lahir
Tahun 610M Wahyu pertama turun kepada Nabi Muhammad S.A.W. Permulaan risalah kenabian
Tahun 615M Hijrah pertama orang Islam ke Habsyah
Tahun 620M Peristiwa Israk Mikraj
Tahun 622M Tahun Hijra, permulaan zaman islam
Tahun 622M Madinah menjadi negara islam pertama
Tahun 624M Perubahan kiblat solat dari BaitulMuqaddis ke Makkah
Tahun 624M Perang Badar
Tahun 625M Perang Uhud
Tahun 628M Perjanjian Hudaibiyyah
Tahun 630M Orang islam menakluki Makkah. Kaabah dibersihkan dari berhala
Tahun 632M Nabi Muhammad S.A.W mengerjakan ibadat Haji Widak (Haji Perpisahan)
Nabi muhammad S.A.W wafat

Seminar Pembangunan Ekonomi Belia Islam
Tarikh: 2 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam
Masa: 9 pagi-12 tengahari
Yuran Penyertaan: RM10
Penyertaan terhad kepada 80 orang sahaja
Terbuka kepada semua:
Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam
Masa: 9 pagi-12 tengahari
Yuran Penyertaan: RM10
Penyertaan terhad kepada 80 orang sahaja
Terbuka kepada semua:
- Graduan IPT @ Kolej yang masih belum bekerja
- Mereka yang berminat untuk bekerja sendiri
- Mereka yang masih mencari modal untuk memulakan perniagaan
- Mereka yang ingin mengembangkan perniagaan
Tentatif Program:
8.30 pagi : Pendaftaran peserta
9.00 pagi: Taklimat KBI Dan ceramah Motivasi bertajuk : 9/10 rezeki dalam perniagaan ... (Alhadis)
10.00 pagi : Forum Pembangunan Ekonomi Islam
Panel 1: Wakil MARA Negeri Selangor
Panel 2: Wakil Jabatan Belia & SUkan Negeri Selangor
Panel 3: Jabatan Pertanian Negeri Selangor
12.30 tgh : Ucapan Penutup dan Penyampaian sijil.
Hubungi:
03-5162 7832 (pejabat)
019-333 9871 (En. Mohd Zawawi)
019-277 4175 (Puan Hazlina)
Same place...Different Seasons
The following pictures are of the same place but taken in different seasons...Lessons on Life There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away.The first son went in the winter, the second in the spring, the third in summer, and the youngest son in the fall. When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.
The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted. The second son said no it was covered with green buds and full of promise. The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment.
The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree's life. He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season, and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall.
Moral:Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest. Don't judge life by one difficult season. Persevere through the difficult patches and better times are sure to come some time or later
Friday, July 18, 2008
HELWA ABIM Bersama Ummah
Tarikh: 20 Julai 2008
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat: Tahfiz ABIM Seri Serdang
Aktiviti: Seminar keibubapaan
Pertandingan Mewarna
Tayangan video-Muhammad the last messager
Program "Fun with the kids"
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat: Tahfiz ABIM Seri Serdang
Aktiviti: Seminar keibubapaan
Pertandingan Mewarna
Tayangan video-Muhammad the last messager
Program "Fun with the kids"
Latihan kepimpinan Helwa Zon Selatan
Tarikh: 19 Julai 2008
Tempat: Taski Sri Serdang
Masa: Maghrib bersama
Tempat: Taski Sri Serdang
Masa: Maghrib bersama
Seminar Keibubapaan
ABIM Bangi akan menganjurkan seminar keibubapaan
Tarikh: 19 Julai (Sabtu)
Masa: 9 pagi
Tempat: SRAI Bangi
Tarikh: 19 Julai (Sabtu)
Masa: 9 pagi
Tempat: SRAI Bangi
Bahagia Menjadi Gadis
Tempat: Sekolah Menengah Teknik Klang
Tarikh: 18 Julai 2008
Masa: Lepas Maghrib dan diikuti dengan qiamulail
Tarikh: 18 Julai 2008
Masa: Lepas Maghrib dan diikuti dengan qiamulail
Wednesday, July 16, 2008
Persediaan Minda Ibu-bapa Dalam Mendidik Anak-anak
Oleh : Ustazah Hajjah Hazlina Abd Razak
Ketua HELWA ABIM Selangor
RENUNGAN
Anak-anak tidak dilahirkan terus,
berjaya, bahagia, pandai, menang …
Anak-anak juga tidak dilahirkan terus,
gagal, menderita, jahil, kalah …
Tetapi anak-anak mempunyai potensi untuk kedua-duanya.
BAGAIMANA ANAK-ANAK INGIN DILAYAN ?
Kasih sayang bukan dibenci
Difahami bukan dihakimi
Diterima bukan ditolak
Dihormati bukan dihina
Ditolong bukan disakiti
Keselesaan bukan digunakan
Berkembang bukan beku/statik
ISU-ISU KEIBUBAPAAN & ANAK REMAJA
Ibu bapa tidak terlatih / terdidik
Jenayah dikalangan anak-anak
Masalah anak lelaki vs perempuan
Ibu bapa dan kecemerlangan akademik
Ibu bapa sibuk
Ibu / bapa tunggal
Pengaruh media massa
TAKRIF REMAJA:-
Satu tempoh masa yang bermula dari baligh (10/11 tahun perempuan : 12/13 tahun lelaki) sehingga mencapai tanggungjawab dewasa sepenuhnya dari segi fizikal, sosial, undang-undang dan ekonomi (18/20an +-21 tahun)
PERANAN IBU BAPA PADA PERINGKAT ANAK REMAJA
Membentuk keperibadian
Mengawal pengaruh sosial
Kegagalan kefungsian remaja dikaitkan dengan kegagalan institusi sosial
Membekalkan diri anak-anak tentang keremajaan, disiplin, membina hubungan, membentuk tabiat dll
MEMAHAMI ERTI REMAJA DAN KEREMAJAAN
Meningkatkan perasaan positif terhadap tubuh badan sendiri yang mengalami perubahan.
Mencapai rol sosial sebagai seorang lelaki dan perempuan
Meningkatkan perasaan positif terhadap diri sendiri dan menggunakannya secara berkesan
MEMAHAMI ERTI REMAJA DAN KEREMAJAAN
Membentuk hubungan yang matang dengan rakan sebaya yang sama dan berlainan jantina
Menjadi lebih bertanggungjawab dan mempelajari kemahiran membuat keputusan
menjadi lebih berdikari
membentuk kemahiran komunikasi interpersonal
Mula memikirkan masa depan
CIRI KEREMAJAAN
Perubahan fisiologi
Perubahan fizikal
Perubahan intelektual
Perubahan psikososial
Kaedah mendidik anak yang betul
Penjaga
pemimpin
guru / pendidik
kaunselor
doktor
penguatkuasa
pengikut
Penyelesai masalah
kawan
peransang perkembangan mental
pengawas
model
pendakwah

Ibu bapa sebagai Model
Mempunyai nilai diri yang tinggi
mengamalkan cara hidup yang sihat
pemikiran positif
berkemahiran sosial
kemas / anggun
fleksibel
Ibu bapa sebagai Model
Menjaga kesihatan mental - fizikal
mengawal emosi
mempamerkan kasih sayang
tumpuan masa untuk keluarga
optimistik masa depan
Ibu bapa sebagai Model
Orang yang soleh / solihin
menyayangi
menjiwai kehidupan berkeluarga
berdakwah kepada anak-anak
berilmu / maklumat
berdoa
PETUA IBU BAPA CEMERLANG
Analisis diri dari kaca mata anak
sedari perbezaan anak
bercakap benar
praktis amalan baik
didik anak adab / kemahiran sosial
masa jitu mengajar anak
tunjuk pelakuan baik
PETUA IBU BAPA CEMERLANG
Wujudkan suasana positif di rumah tangga
guna belaian positif
padam rekod negatif
latih anak berfikir
dedah anak pelbagai pengalaman
berdoa khusus
KANAK-KANAK BELAJAR DARI APA YANG MEREKA ALAMI
Jika kanak-kanak hidup dalam kritikan, mereka akan belajar mengutuk.
Jika kanak-kanak hidup dalam permusuhan, mereka akan belajar bergaduh.
Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban, mereka akan sentiasa berasa bersalah.
Jika kanak-kanak hidup dalam toleransi, mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan, mereka akan belajar menghargai.
Jika kanak-kanak hidup dengan saksama, mereka akan belajar menjadi adil
Jika kanak hidup dengan kesejahteraan, mereka akan hidup menjadi setia
Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran, mereka akan belajar menghargai diri.
Jika kanak-kanak hidup dengan persahabatan, mereka akan belajar kasih sayang.
PANDUAN CARA KOMUNIKASI DENGAN ANAK REMAJA
Amalkan nilai murni (percaya mempercayai, mengasihi, menghormati)
Saluran komunikasi terbuka.
Elakkan sikap mencari kelemahan remaja.
Fokus kebaikan - beri pujian.
Luang masa berkualiti.
Jadi pendengar baik - JANGAN berleter.
Senyum - bahasa badan menggalakkan.
PANDUAN MENASIHATI / MENEGUR REMAJA:-
Cari tempat dan masa yang sesuai tanpa gangguan.
Elakkan menasihati anak dalam keadaan letih atau marah.
Hormati anak remaja dengan cara tidak memalukan mereka.
Yakinkan ibu bapa ingin membantu.
PANDUAN MENASIHATI / MENEGUR REMAJA:-
Bersikap terbuka dan bersedia mendengar pandangan anak,
Fokus kepada pelakuan bukan fizikal / diri sebagai individu
Jelaskan kesan pelakuan anak remaja terhadap perasan ibu bapa sekeluarga.
Bincangkan tindakan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki.
PERKARA YANG PERLU DIKONGSIKAN DENGAN ANAK REMAJA:
Kasih sayang
Sokongan
Nilai murni
Adab sopan
Nilai-nilai agama
Isu ‘gender’
Pendidikan seks
Penjaggan diri
Pemilihan rakan
Pengurusan masa
Ketrampilan diri / disiplin diri
Peraturan keluarga
REMAJA & RAKAN SEBAYA
Pengganti keluarga
Mekanisma transisi hidup
Pemberi sokongan sosial dan akademik
Agen sosialisasi
Memperkembangkan konsep perhubungan sosial
Pembentukan personaliti
REMAJA & RAKAN SEBAYA
Kumpulan rujukan
Pembentukan konsep kendiri
Tempat meluahkan perasaan dan penyelesaian masalah
Pendengar
Membina nilai komitmen dalam persahabatan
Tempat mencari identiti
REMAJA & RAKAN SEBAYA
Mempengaruhi kecenderungan
Meneguhkan nilai ibu bapa dan membuat pendirian sendiri
Kaunselor Rakan Sebaya
Pengawalan tingkahlaku dan peningkatan pencapaian akademik
Tempat mencuba peranan baru dan berkongsi pengalaman
REMAJA & RAKAN SEBAYA
Tempat untuk mencuba peranan, menyelesai masalah dan membesar
Peluang menjadi pemimpin
Peluang berinteraksi dan memahami jantina berlainan.
PERANAN IBU BAPA TERHADAP RAKAN SEBAYA REMAJA
Kenali rakan sebaya anak
Kenali ibu bapa rakan sebaya anak
Aktiviti bersama keluarga
Raikan
Peluang bersama mereka
MENGELAK ANAK TERLIBAT DADAH
Kenali anak-anak
Mesera dengan anak-anak
Jadi rakan anak-anak
Selalu bersama
Didik anak-anak dengan ilmu agama
Dengar anak-anak
MENGELAK ANAK TERLIBAT DADAH
Elak belaian negatif (tengking, berleter, marah)
Beri belaian positif (puji, ganjaran, penghargaan)
Peluk, cium anak sbelum ke sekolah.
Anak ucap salam / sebaliknya
Bersukan bersama
MENGELAK ANAK TERLIBAT DADAH
Kenali rakan sebaya anak (serta keluarga)
Doa
Muhasabbah
Masa jitu sebeum tidur (belaian positif)
Kekalkan “keluarga besar’
MENGELAK ANAK TERLIBAT DADAH
Kenali rakan sebaya anak (serta keluarga)
Doa
Muhasabbah
Masa jitu sebeum tidur (belaian positif)
Kekalkan “keluarga besar’
Friday, July 4, 2008
Qiadah ABIM Kunjungi Pembantu EXCO Belia
Shah Alam, 3 Julai 08 – Qiadah ABIM Selangor telah mengadakan kunjung hormat kepada Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor , YB Amirudin Shaari di pejabatnya di Shah Alam. Rombongan ABIM terdiri dari YDP, Ketua HELWA dan Exco En. Zamani Karulani telah mengutarakan beberapa cadangan dan syor agenda pembangunan belia di Negeri Selangor.
Perbincangan selama 60 minit itu telah membuka jalan untuk pelaksanaan program dan aktiviti belia yang lebih baik dan berkesan. Beberapa pandangan ABIM telah diterima dengan baik dan akan diberi perhatian dan tindakan susulan secepat mungkin.
Pihak Kerajaan Negeri amat prihatin dengan pembangunan belia dengan beberapa program pembangunan ekonomi dan keusahawanan, kepimpinan dan jati diri belia.

Thursday, July 3, 2008
Temasya Sukan Taski ABIM Klang
Tarikh: 6 Julai 2008
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Stadium Bandar Baru Sultan Sulaiman, Klang
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Stadium Bandar Baru Sultan Sulaiman, Klang
Carilah Ilmu
Dari Kuala Lumpur hendak ke Seremban
Singgah sebentar di kebun bunga
Walaupun tinggal berjauhan
Demi perjuangan kita bersama
Berkisar dengan kepentingan mencari ilmu, pelajar2 kita telah berkorban dari Malaysia hingga ke Dublin untuk belajar, sememangnya dituntut oleh Islam. Seperti kata Imam Hasan AlBanna "Ambillah ilmu itu walau di mana kamu temui kerana ia adalah milik orang Islam yang telah hilang". Definasi ilmu ialah "Pengetahuan yang berguna dan ianya harus dicari". Ilmu membawa kejayaan dunia dan akhirat, meningkatkan IQ,EQ,SQ dan FQ untuk menjadi cemerlang. Kita dituntut untuk cemerlang di semua bidang. Berjaya bukan sahaja di padang bola sepak dll tetapi juga di Padang Mahsyar. Dan azan yang berkumandang setiap saat di mukabumi ini memanggil kita kepada kejayaan...Oleh itu sambutlah seruan AlQuran dalam Surah Iqra', bacalah, bacalah, bacalah, fikirlah, fikirlah kenapa Allah jadikan bukit bukau, laut dan lembah dan sebagainya, tentu ada manfaatnya bagi manusia yang berakal...
Kita perlu ada kefahaman Islam yang syumul maka kita mampu menangkis serangan liar daripada musuh Islam. Dengan ilmu yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah kita mampu membina "mesin penapis akal" untuk menerima yang hak dan menolak yang batil. Kita perlu bina Iman dan Islam dalam diri seperti panduan daripada Imam Hasan Albanna iaitu bermula dengan pengenalan, pemahaman, perjuangan dan pengorbanan. Kemuncak amalan adalah ikhlas kepada Allah s.w.t. maka jadilah anda seorang Muslim yang kuat. Seperti kata falsafah "Anda tidak kuat, tetapi anda mempunyai kekuatan untuk menjadi kuat". Berusahalah untuk menjadi Muslim yang kuat.
Ada sebuah kisah datuk Red Indian dengan cucunya bersantai pada suatu petang. Datuk Red Indian tiba-tiba berkata kepada cucunya. "Cucu, dalam diri setiap kita ada 2 ekor serigala, seekor jahat dan seekor lagi baik. Yang jahat itu sentiasa dengki, khianat, belot, dan merosakakkan segala, yang baik itu jujur, taat, rajin dan berbudi bahasa. Kedua-duanya sentiasa berlawan". Cucunya termenung dan kemudian bertanya, "Yang mana satu menang?" Jawab datuk Red Indian, "Yang engkau bagi dia makan itulah yang menang". Saudara-saudari sekalian jika Datuk Red Indian itu didakwahkan dengan Islam sudah tentu dia akan bersetuju bahawa dalam diri kita ada nafsu dan iman yang sentiasa berlawan. Jika kita bela dan baja iman itu maka ia akan menjadikan kita insan Muslim yang kuat dan cemerlang.
Hadis ke 2 daripada susunan Imam AnNawawi, daripada Saidina Umar r.a. mengesahkan bagaimana seoprang pemuda yang kacak berpakaian putih bersih telah datang berjumpa Rasulullah s.a.w. bertanyakan apakah Iman, Islam, Ehsan dan Qadak&Qadar. Dan di situ diterangkan dengan jelas oleh Rasulullah makna Iman, Islam, Ehsan dan Qada'&Qadar, yang diiakan oleh Malaikat Jibrail.............. Juga kata Imam Al-Ghazali bahawa Iman, Islam dan Ehsan ibarat pohon......Padanya ada banyak pengajaran untuk kita menjadi Muslim sempurna dan proaktif.
Kata Al-Farabi, "Jika kamu ingin lihat hasil yang cepat maka tanamlah pokok bunga, jika kamu ingin lihat hasil yang sedikit lambat tanamlah sayur, jika kamu ingin lihat hasil yang lama tanamlah pokok buah-buahan dan jika kamu ingin lihat hasil yang lama dan berpanjangan tanamlah ilmu dalam diri manusia." Oleh itu kita mesti sentiasa berusaha seperti kata Pak Hamka "Jangan jadi perca tapi mesti jadi baja, jangan jadi kerdil tapi mersti jadi bisa, jangan jadi gagal tapi mesti jadi jaya dan jangan jadi miskin tapi mesti jadi kaya". Bukan sahaja kaya harta tetapi juga kaya jasa kepada agama, bangsa dan negara.
Diakhiri dengan pantun,
Pak Ali pergi memancing ikan
Terlupa membawa umpan
Yang bernas dijadikan panduan
Yang buruk jadikan sempadan.
Kuliah Sebelum Subuh oleh Ir Ahmad Razef Ab Rahman di Islamic Cultural Centre of Ireland pada 1 Jun 2008

Wednesday, July 2, 2008
Qiadah ABIM Selangor terima anugerah Tokoh Belia
Puchong, 28 Jun 08 – Ketua HELWA ABIM Selangor, Ustazah hazlina Abdul Razak telah dipilih sebagai Tokoh Belia Wanita Negeri Selangor bagi tahun 2008. Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Majlis yang diadakan di Komplek Rakan Muda Puchong itu dihadiri oleh 1500 orang belia dan pimpinan dari pelbagai pertubuhan belia Negeri Selangor. Berbagai acara diadakan bagi memeriahkan suasana dengan berbagai acara seperti pameran, ‘drift car’, pertandingan kelab rakan Muda dan berbagai-bagai acara lagi.
Berbagai anugerah lain telah disampaikan kepada pemenang seperti Anugerah tokoh kepimpinan, tokoh kesukarelaan, tokoh keusahawanan dan anugerah pertubuhan belia negara. Semoga pengiktirafan ini akan menjadi dorongan kepada generasi muda untuk menggerakkan aktiviti pembangunan belia dengan lebih hebat lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)