Monday, June 23, 2008

Friday, June 20, 2008

RIWAYAT HIDUP RINGKAS BADIUZZAMAN SAID NURSI

Disusun dan diterjemah oleh :
Wan Jaffree bin Wan Sulaiman (SRI ABIM Kedah)
Khairul Anuar Mohd. Nayan (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Kekaguman Zaman (Badiuzzaman)

Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar.

Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman).

Pengalaman pendidikan yang telah beliau lalui telah membukakan fikirannya untuk memikirkan cara untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bersepadu. Ketika itu, dunia sedang memasuki satu zaman baru yang membawa angin perubahan. Satu zaman di mana sains dan lojik memainkan peranan penting. Beliau berpendapat ilmu agama perlu diajar di sekolah-sekolah moden dan sekular, sebaliknya ilmu sains moden pula perlu diajar di sekolah-sekolah agama. Katanya, “Dengan cara ini, para pelajar di sekolah moden dilindungi dari kekufuran dan para pelajar di sekolah agama akan dilindungi dari sikap taksub”.

Dalam usaha merealisasikan cita-citanya, beliau telah pergi ke Istanbul sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1896 dan kali keduanya adalah pada tahun 1907. Beliau cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid agar membina sebuah universiti di Anatolia yang mengajar ilmu agama dan ilmu sains secara bersepadu.

Ketika bercakap dengan Sultan Abdul Hamid, Badiuzzaman menggunakan bahasa yang agak kasar sehingga menyebabkan beliau dibicarakan di mahkamah tentera. Di mahkamah tentera pula, beliau masih menggunakan bahasa yang sama.

Lantaran terkejut dengan hal ini, para hakim mahkamah tentera telah menghantarnya ke sebuah hospital sakit jiwa untuk diperiksa. Walaubagaimanapun, doktor yang memeriksanya melaporkan “Jika Badiuzzaman gila, maka tidak akan ada seorang manusia siuman pun di dalam dunia ini”. Dengan ini, beliau pun dibebaskan.

Kebebasan Pertama

Sering kali Badiuzzaman menjadi sasaran tuduhan (fitnah) yang bertentangan dengan niat dan cita-citanya. Ketika berlakunya pemberontakan Mac 31, 1909, beliau telah ditangkap dan dibicarakan di mahkamah tentera atas tuduhan mencetuskan kekacauan. Sebenarnya, beliau telah cuba mententeramkan keadaan dan telah berjaya melakukannya pada sesuatu peringkat tertentu. Ketika mayat-mayat orang yang dihukum gantung masih di tiang gantung di luar tingkap mahkamah, Badiuzzaman telah berjaya berhujah mempertahankan diri dan akhirnya telah dibebaskan.

Selepas itu, beliau kembali ke Timur Anatolia dan melawat kawasan-kawasan terpencil untuk menerangkan kepada rakyat bahawa gerakan pembebasan yang sedang ditubuhkan di Turki tidak bertentangan dengan Islam. Beliau telah memberitahu mereka bahawa semua bentuk pemerintahan kuku besi (diktator) ditolak oleh undang-undang Islam. Perundangan Islam akan berkembang dan menunjukkan kemuliaannya di dalam suasana yang bebas merdeka. Kemudian beliau telah mengumpulkan syarahan-syarahannya itu di dalam sebuah buku bertajuk :Perbahasan.

Pada musim sejuk tahun 1911, Badiuzzaman pergi ke Damsyik untuk menyampaikan khutbah di Masjid Umayyad. Para pendengarnya termasuklah 100 ulama yang terkenal. Dalam ceramahnya, beliau berkata bahawa tamaddun sebenar yang berada pada Islam akan berdiri tegak di dunia moden ini. Selepas itu, beliau pergi ke Istanbul sekali lagi untuk meneruskan usahanya agar sebuah universiti didirikan di Anatolia Timur. Badiuzzaman merupakan wakil bagi timur Turki yang mengiringi Sultan Muhammad Resyad melawat Rumelia (daerah Balkan).
Ketika di Kosovo Metohija, di mana Sultan bercadang untuk membina sebuah universiti, beliau pun berkata, "Kawasan Timur lebih memerlukan sebuah universiti kerana ia merupakan pusat Dunia Islam." Beliau berjaya meyakinkan Sultan Muhammad Resyad agar menyediakan peruntukan sebanyak 19,000 lira untuk tujuan itu. Beliau kemudian pergi ke Van dan meletakkan batu asas universiti tersebut. Tetapi malangnya, pembinaan universiti tersebut tidak dapat disiapkan kerana Perang Dunia Pertama meletus.

Dalam Perang Dunia Pertama, Badiuzzaman menjadi pemimpin pasukan sukarelawan di medan perang Kaukasia dan Anatolia Timur. Keperwiraan yang telah ditunjukkan oleh beliau di medan pertempuran mendapat pujian dari para panglima Tentera Turki Uthmaniah, termasuklah Anwar Pansya, Menteri Perang dan Ketua Turus Tentera ketika itu. Pasukannya telah digelar “Pasukan Topi Bulu”. Pasukan ini telah menggerunkan tentera Russia dan pengganas Armenia. Di medan perang inilah beliau telah menulis tafsirnya yang bertajuk “Isyaaratul I'jaz” di dalam bahasa Arab. Karyanya ini ditulis ketika beliau menunggang kuda di barisan hadapan dan di dalam kubu-kubu pertahanan. Tafsir ini kemudianya mendapat penghargaan daripada para ulama terkenal.

Dalam satu pertempuran menentang pencerobohan tentera Rusia, Badiuzzaman dan 90 orang pegawai lain ditawan. Beliau dihantar ke khemah tahanan perang di Kostromaa, iaitu di barat laut Russia dan ditahan di situ selama 2 tahun.

Badiuzzaman pernah dijatuhkan hukuman tembak sampai mati kerana menghina Jeneral Nicholas Nicolavich, Ketua Turus Tentera Rusia di medan perang Kaukasia, yang juga merupakan bapa saudara Czar, Raja Russia. Walau bagaimana pun, hukuman itu kemudianya dibatalkan. Peristiwa itu adalah seperti berikut:

Pada satu hari, Jeneral Nicholas Nicolavich melawat khemah tahanan tersebut dan berjalan di hadapan Badiuzzaman tetapi ulama itu tidak bangun menghormatinya. Bila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, beliau lantas berkata, “Saya seorang ulama Islam dan di dalam hati saya ada iman. Sesiapa saja yang ada iman di dalam hatinya adalah lebih mulia daripada mereka yang tiada. Saya tidak boleh bertindak bertentangan dengan iman saya.”

Akibat dari peristiwa itu beliau kemudianya dibicarakan di mahkamah tentera dan dijatuhkan hukuman mati. Sebelum hukuman dijalankan, beliau telah sempat bersolat di hadapan pasukan penembak. Jeneral Nicholas Nicolavich melihat kelakuannya itu dan datang kepadanya untuk meminta maaf. Jeneral itu berkata beliau kini telah sedar bahawa Badiuzzaman bertindak demikian kerana ingin berpegang teguh kepada imannya.

Beliau pun meminta maaf atas gangguan tersebut. Sungguh sedih sekali kerana penghormatan yang diberikan oleh orang Russia, musuh lama orang-orang Islam tidak ditunjukkan oleh sebahagian orang-orang Turki yang telah menyebabkan beliau menjalani hidup yang penuh dengan berbagai penderitaan.

Kekacauan yang meletus kerana Revolusi Komunis, memberi peluang kepada Badiuzzaman untuk melepaskan diri. Selepas melalui satu perjalanan yang jauh, beliau pun sampai ke Istanbul dalam tahun 1918. Di Istanbul, beliau dianugerahkan sebuah pingat penghormatan atas sumbangannya di medan perang. Anuar Pasya, telah menawarkan kepadanya beberapa jawatan di dalam kerajaan tetapi beliau menolak. Namun begitu, atas cadangan pihak tentera beliau dilantik menjadi anggota Darul Hikmah Al Islamiah tanpa pengetahuanya. Beliau tidak membantah kerana jawatan ini adalah jawatan ilmiah semata-mata.

Semasa negara Turki diceroboh oleh tentera penjajah selepas kalah dalam Perang Dunia Pertama. Badiuzzaman telah menunjukkan penentangan yang terang-terangan kepada penjajah British. Hal ini hampir membuatkan nyawanya melayang. Di antara kata-kata yang ditujukan kepada pihak British yang ditulis di dalam akhbar harian ialah, “Wahai anjing yang dianjingkan ke peringkat anjing yang tertinggi” dan “Ludahlah muka British yang terkutuk dan tidak tahu malu itu”. Lantaran itu beliau menjadi sasaran komplot bunuh pihak British. Dengan pertolongan Allah beliau terpelihara daripada ancaman tersebut dan terus berhadapan dengan tugas dan cabaran-cabaran baru yang sedang ditunggunya.

Dalam tahun 1922, kerajaan Turki telah menjemputnya ke Ankara tetapi beliau menolak. Akhirnya, selepas dijemput sebanyak 18 kali, barulah beliau bersetuju pergi ke Ankara. Beliau disambut oleh Dewan Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Turki) di Ankara dengan penuh istiadat. Walaubagaimanapun, beliau mendapati apa yang ada di Ankara tidaklah serupa dengan apa yang diharapkannya. Kebanyakan para perwakilan di Dewan Perhimpunan Kebangsaan lalai menunaikan kewajipan agama. Pada 19 Januari 1923, beliau mengeluarkan satu kenyataan untuk para perwakilan mengajak mereka menunaikan kewajipan bersolat. Hasilnya ialah, pada mulanya 50 hingga 60 daripada mereka mula menunaikan solat dan kemudiannya angka ini semakin bertambah.

Badiuzzaman menghabiskan masanya selama lapan bulan di Ankara dan kemudian ke Van. Beliau menghabiskan dua tahun di Van dengan mengasingkan diri, beribadat dan berzikir. Sementara itu, satu pemberontakan berlaku di timur Turki. Para pemberontak meminta sokongan Badiuzzaman kerana beliau sangat berpengaruh di kalangan rakyat tetapi beliau menolak dengan berkata, “Pedang hendaklah digunakan ke atas musuh dari luar. Ia bukanlah untuk digunakan di dalam negeri. Hentikan usaha kamu itu kerana ia akan gagal. Ia akan mengakibatkan beribu-ribu orang lelaki dan wanita yang tidak bersalah terbunuh lantaran tindakan beberapa orang penjenayah”.

Sekali lagi Badiuzzaman difitnah dan mengakibatkannya dibuang ke Burdur. Di Burdur, beliau dikenakan pengawasan ketat dan menderita akibat penindasan dari pihak berkuasa. Hal ini langsung tidak menyekatnya dari menyebarkan kebenaran iman kepada orang ramai di sekelilingnya dan mengumpulkan segala hasil penulisannya dalam bentuk buku. Kegiatannya ini telah dapat dikesan lalu dilapurkan ke Ankara dan satu rancangan diatur untuk menyekatnya. Pihak berkuasa kemudiannya menghantarnya ke Barla pula, sebuah tempat terpencil di bahagian tengah Anatolia. Tempat tersebut dikelilingi bukit-bukau dan mereka berharap Badiuzzaman akan mati di situ dalam keadaan tidak bermaya dan keseorangan.

Kemunculan Risale-i Nur (Risalah Yang Bercahaya)

Sebenarnya penyebaran iman bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Berdakwah juga bukanlah satu jenayah yang melayakkan nyawa seseorang diancam. Namun begitu, hal ini dianggap satu jenayah pada ketika itu. Pada masa itu, kezaliman menyelubungi negara Turki dengan segala kegelapan dan kezaliman. Azan telah diharamkan. Beratus-ratus masjid telah digunakan untuk tujuan bukan keagamaan. Perancangan telah dijalankan untuk memutuskan negara Turki daripada zaman silamnya yang terkenal dengan segala nilai-nilai akhlaknya yang mulia. Sesiapa yang bercakap mengenai agama memerlukan keberanian. Ketua Jabatan Percetakan Kerajaan boleh mengarah sidang pengarang akhbar memotong sebarang makalah yang menyentuh isu agama dalam tempoh 10 hari atas alasan merbahaya kerana boleh menyemai konsep agama di dalam pemikiran para belia.

Dalam suasana beginilah Badiuzzaman Said Nursi memasuki bahagian kedua hidupnya yang digelarnya "Said Jadid” (Said Baru). Bahagian kedua dalam hidupnya ini ditumpukan sepenuhnya kepada penulisan dan penyebaran mengenai iman dan Islam. Kebenaran iman ialah kebenaran sejagat yang terpenting. Membangkitkan semula iman dan Islam menjadi matlamatnya apabila beliau berkata, “Saya akan buktikan kepada dunia bahawa Al-Quran ialah matahari rohani yang tidak akan luntur dan tidak akan padam”. Maka itulah yang diperjuangkannya. Badiuzzaman tidak mati keseorangan di Barla tetapi yang muncul ialah “Said Jadid” yang seumpama matahari, menyinari dunia sains dan budaya. Semenjak itulah, beliau telah menyinari berjuta-juta manusia dengan cahaya iman.

Di Barla, pengawasan ketat dan penindasan sedang menunggu Badiuzzaman. Musuh-musuhnya masih belum mengenalinya lagi. Inilah orang yang ditakuti tentera Russia ketika Perang Dunia Pertama. Inilah orang yang sanggup meludah ke muka orang British yang menjajah Istanbul. Inilah orang yang berjaya terlepas dari tali gantung sebanyak beberapa kali. Walau bagaimanapun, mereka kemudian mengenalinya juga apabila terpaksa berkata, “Segala apa yang kami lakukan selama 25 tahun yang lepas tidak berjaya menyekat Said Nursi dari meneruskan kegiatannya”.

Beliau telah menghabiskan hidupnya di Barla selama 8 tahun setengah di bawah penindasan yang dahsyat. Dalam tempoh tersebut, beliau sempat menulis 3 suku daripada Risale-i Nurnya. Tafsirnya ini kesemuanya ditulis dengan tangan kerana pengarang dan para pelajarnya tidak mampu menyediakan belanja percetakan. Sekalipun mereka mampu, mereka tidak diberi kebebasan berbuat demikian. Tugas menulis tafsir ini dengan tangan adalah kerja merbahaya pada ketika itu. Mereka yang melakukannya telah disiksa di dalam penjara dan balai-balai polis. Pada masa yang sama, berbagai usaha dijalankan untuk menyekat orang ramai dari menghubungi Badiuzzaman.

Sebanyak 600,000 naskah ditulis dengan tangan.

Ketika itu penulisan atau penyebaran walaupun hanya 1 karya agama bukanlah sesuatu yang sesiapa pun berani lakukan. Inilah perjuangan berani yang berterusan yang menjadi pilihan Badiuzzaman dan para pelajarnya. Apabila keadaan di mana Risale-i Nur ditulis dan disebarkan ke seluruh Anatolia diambil kira, maka betapa benar kata Maryam Jameelah, “Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa apa saja keimanan Islam yang masih ada di Turki pada ketika itu adalah atas usaha tanpa penat dari Badiuzzaman Said Nursi”.

Mereka yang memahami intipati iman melalui Risale-i Nur mencapai tahap keimanan yang kental sehingga mampu menunjukkan keberanian dan keperwiraan Islam yang hebat. Badiuzzaman, yang mewakili roh Risale-i Nur sendiri telah menjadi pemimpin bagi ratusan ribu pelajar dan kini telah mencapai jutaan pelajar yang menghayati karya tersebut.

Beliau menjadi contoh kepada orang-orang Islam lain di Turki ketika itu. Beliaulah penyokong mereka di hari-hari yang penuh bahaya, seumpama seorang ketua tentera yang memberi galakan kepada tenteranya melalui keberanian dan kewibawaannya sendiri. Dengan ini, mereka pun berjaya menghilangkan ketakutan dan syak wasangka dari hati orang ramai dan maruah negara dikembalikan. Mereka telah membawa harapan dari kelegaan dan menyelamatkan orang-orang Islam daripada rasa cemas dan kecewa.

Pada tahun 1935, Badiuzzaman bersama 125 orang pelajarnya telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Jenayah Eskisehir. Dalam tempoh perbicaraan berlangsung, mereka terpaksa menghabiskan selama 11 bulan di dalam penjara Eskisehir yang penuh dengan penderitaan. Walaupun begitu, mereka masih membawa harapan dari kelegaan dan menyelamatkan orang-orang Islam daripada perasaan cemas dan kecewa.

Badiuzzaman kemudianya dipindahkan ke Kastamonu selama 7 tahun. Di sana, Beliau masih terus menulis dan menyebarkan Risale-i Nur. Oleh sebab beliau dan para pengikutnya tidak diberi kebebasan, mereka telah menubuhkan rangkaian pengirim Risale-i Nur yang dinamakan “Posman Nur” (Nurju). Hasilnya, Posman Nur telah berjaya menyebarkan sebanyak 600,000 naskah Risale-i Nur ke seluruh Anatolia.

Pada tahun 1943, beliau bersama 126 orang pelajarnya telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Jenayah di Denizli. Kali ini beliau dituduh mencetak secara rahsia satu risalah di Istanbul mengenai kewujudan Tuhan.

Perjuangannya tidak pernah reda sama ada dalam buangan mahupun di penjara. Di dalam penjara, beliau telah bertindak memulihkan para banduan dan penjenayah yang dianggap tidak berguna oleh masyarakat. Beliau juga telah berjaya menghasilkan karya-karya baru walaupun kertas dan pen tidak dibenar masuk ke dalam penjara. Jadi, karyanya ditulis atas cebisan-cebisan kertas yang dikoyak dari kampit-kampit kertas. Karyanya kemudian diseludup keluar di dalam kotak-kotak mancis. Karyanya yang berjudul “Buah-buah Iman” telah ditulis dengan cara ini.

Perbicaraan di Denizli berakhir dengan keputusan beliau dibebaskan sebulat suara. Tetapi ini tidak bermakna beliau telah diberikan kebebasan sepenuhnya. Atas arahan daripada pihak berkuasa di Ankara, beliau pun dihantar ke sebuah bandar lain bernama Emirdag.
Kebebasan yang sudah lewat

Bagi Badiuzzaman, Emirdag juga sama dengan tempat-tempat yang lain. Sekali lagi beliau diawasi, ditindas dan diancam. Namun begitu, beliau terus memperjuangkan iman dan Islam. Tenmpohnya di Emirdag sekali lagi berakhir dengan penangkapanya. Kali ini beliau bersama dengan 53 pelajarnya telah ditahan dan dihantar ke Mahkamah Jenayah Afyon untuk dibicarakan. Beliau dipenjarakan di penjara Afyon selama 20 bulan. Kekejaman di penjara ini adalah lebih teruk berbanding yang lain. Badiuzzaman ketika itu berumur 75 tahun dan sedang menderita berbagai penyakit. Pihak berkuasa telah meletakkannya di sebuah bilik penjara bersendirian yang mempunyai tingkap-tingkap pecah walaupun beliau uzur. Di dalam bilik penjara bertingkap pecah inilah Badiuzzaman menghabiskan dua musim sejuk yang sangat mencabar. Apabila melihat musim sejuk pun tidak dapat membunuhnya, maka musuhnya telah meracuninya (ada pendapat mengatakan beliau diracun sebanyak 19 kali). Ketika beliau menderita kesakitan akibat racun tersebut, beberapa orang pelajarnya memberanikan diri untuk menolongnya tetapi telah dibelasah dengan kejam sekali.

Akhirnya hukuman ke atas Badiuzzaman telah dibatalkan oleh Mahkamah Agung. Walau bagaimanapun, Mahkamah Agung telah mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Mahkamah membatalkan hukuman tersebut setelah Badiuzzaman dan para pengikutnya menghabiskan tempoh penjara yang sama panjang dengan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Afyon. Lapan tahun kemudian, akhirnya dalam tahun 1956, Mahkamah tersebut mengistiharkan mereka tidak bersalah selepas mereka menghabiskan dua tahun dalam penjara yang teruk.

Pilihanraya bebas dan adil yang pertama telah diadakan di Turki pada tahun 1950. Sistem pelbagai parti telah menggantikan sistem 1 parti. Pemerintahan kejam Parti Republikan Rakyat yang tidak suka pada agama telah tamat. Pelbagai bentuk kebebasan dan hak mula diikhtiraf. Satu zaman baru telah bermula bagi sejarah Republik Turki. Pengharaman ke atas azan telah dibatalkan dalam sidang pertama parlimen baru Turki. Dalam tahun-tahun berikutnya, Badiuzzaman terlibat dalam hanya 1 perbicaraan saja. Dalam perbicaraan di Istanbul ini, beliau tidak ditahan. Keputusannya ialah beliau dibebaskan sebulat suara.
S
elepas hampir seabad berkhidmat untuk iman dan Islam, Badiuzzaman Said Nursi kembali ke rahmatullah pada pagi 23 hb. Mac, 1960. Beliau telah pergi dengan penuh kemuliaan dan kemenangan. Hasil karyanya akan terus menyinari abad ini dan abad-abad yang mendatang. Kasih sayang yang dipupuknya akan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi untuk selama-lamanya.

Pandangan terhadap Risale-i Nur

Badiuzzaman telah memahami sebab yang paling penting dalam keruntuhan dunia Islam sebagai kelemahan dalam asas keimanan. Kelemahan ini bersama serangan-serangan pada asas keimanan pada abad ke 19 dan 20 ini yang dijalankan oleh fahaman kebendaan, ateis dan lainnya atas nama sains dan kemajuan menjadikannya insaf bahawa keperluan yang mustahak dan genting adalah untuk menguatkan dan menyelamatkan keimanan. Apa yang diperlukan adalah untuk mengerahkan semua tenaga untuk membangunkan ajaran Islam melalui asas keimanan dan untuk menjawab persoalan-persoalan keimanan ini pada tahap yang diperlukan dengan “Jihad yang Maknawi” atau “Jihad dengan Ayat”.

Dalam masa penahananya, Badiuzzaman telah menulis satu koleksi karya yang digelar Risale-i Nur, yang menerangkan dan menghuraikan asas-asas keimanan dari kebenaran Al-Quran kepada manusia moden. Metodologi yang digunakannya adalah dengan menganalisis keimanan dan kekufuran serta menunjukkan melalui hujah-hujah yang rasional dan terang bahawa bukan sahaja keimanan boleh dibuktikan, kesemua kebenaran yang terkandung dalam keimanan seperti keujudan Tuhan dan keEsaanNya, kerasulan dan kebangkitan manusia di hari akhirat dalam bentuk jasad juga dapat diterangkan sebagai satu satunya penjelasan yang rasional dari keujudan manusia dan alam semesta ini.

Dalam menjelaskan keadaan yang sebenarnya dari tujuan utama penciptaan manusia dan alam semesta ini, Risale-i Nur menunjukkan bahawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat hanya boleh diperolehi dalam keimanan dan ilmu ketuhanan. Ia juga menunjukkan akibat dari kekufuran, menyebabkan roh manusia dan hatinya mengalami kesakitan dan kesedihan yang amat sangat di mana biasanya orang-orang yang sesat berusaha untuk menghilangkannya melalui kelalaian dan menolak kenyataan. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai sebarang kesedaran boleh mengambil perlindungan dengan cara berpegang kepada keimanan.
Berikutnya adalah beberapa petikan yang di utarakan oleh tokoh-tokoh Islam ketika ini keatas

Badiuzzaman dan Risale-i Nur:

Dalam sejarah Islam, tiga pergerakan Islam berikut telah bangkit dan meyerupai satu dengan yang lain di mana setiap satunya telah memainkan peranan yang besar dalam memelihara keimanan orang-orang Islam :
1. Pergerakan Imam Rabbani, Shaykh Ahmad Sirhindi di India.
2. Pergerakan Abdulhamid ibnu Badis di Algeria
3. Pergerakan Badiuzzaman Said Nursi di Turki.
Prof. Abdul Wadud Celebi
(Universiti Al-Azhar,Mesir)

Saya percaya bahawa penulisan dalam Risale-i Nur sahajalah yang melihat dengan secukupnya dan menyeluruh kepada kosmos seperti keadaaannya yang sebenarnya, menyampaikan keimanan dengan pentafsiran Al-Quran seperti yang dikehendakki oleh Rasul kita, mencari sebab penyakit yang menjangkiti manusia moden dan menawarkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan sepenuhnya. Sesungguhnya saya berkepecayaan bahawa pengarang Risale-i Nur layak untuk di gelar Mujaddid.
Dr. Colin Turner (Telah memeluk Islam)
(Universiti Manchester,England)

Rujukan :

1. Umit Simsek, 1989, A brief biography of Bediuzzaman Said Nursi, Sozler Yayinevi, Istanbul.
2. Collin Turner, 1992, The Risale-i-Nur as a New School of Belief.,International Symposium : The construction of Islamic thought in the twentieth century and Bediuzzaman Said Nursi, Sozler Publication, Isatanbul.
3. Abdul Wadud Celebi, 1992, International Symposium : The construction of Islamic thought in the twentieth century and Bediuzzaman Said Nursi, Sozler Publication, Isatanbul.

Thursday, June 19, 2008

Doa dah Harapan...

“Moga kamu benar-benar menjadi seorang muslimah seorang mukminah seorang mujahidah seorang muslihah dan seorang Sumayyah yang kuat mempertahankan aqidah dan agamanya sebagaimana Sumayyah Ummu Ammar, isteri kepada Yasir.”

Seorang muslimah bermakna dia dia perlu menjadi seorang wanita islam yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran dan as-Sunnah. Bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keislaman, malah menjadikan islam sebagai cara hidup.

Seorang mukminah baginya bukan sekadar beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada Rasul-rasul, beriman kepada Kitab-kitab, beriman kepada Hari Akhirat, beriman kepada Qada’ dan Qadar; bahkan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Tegal hakikat iman yang sempurna itu adalah mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan.

Seorang mujahidah menurut pemahamannya adalah seorang wanita yang berjihad dan bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi demi memastikan Islam terus bernafas dan dipandang tinggi.

Seorang muslihah adalah seorang wanita yang berperanan melakukan tugas-tugas islah dan pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku dalam umat dan masyarakat.

Seorang Sumayyah, nama srikandi Islam zaman Rasulullah. Itulah ibu kepada Ammar bin Yasir yang menjadi wanita Islam pertama yang gugur sebagai syahid-demi mempertahankan iman dan aqidah.

Lebah

Sifat seorang mukmin seumpama lebah; makan dari makanan yang baik dan menghasilkan madu yang baik. Kalau ia hinggap pada setangkai bunga, ia tidak pernah merosaknya. Hal itu kerana Allah menganugerahkan pada kelembutan sesuatu yang tidak ia berikan kepada kekerasan.

Monday, June 16, 2008

Winner verses Losers

  • The winner is always a part of the answer. The loser is always a part of the problem.
  • The winner always has a program. The loser always has an excuse.
  • The winner says, "Let me do it for you." The loser says, That's not my job."
  • The winner sees an answer for problems. The loser sees a problem in every answer.
  • The winner sees a green near every sand trap. The loser sees two or three sand traps near every green.
  • The winner says, "It may be difficult but it's possible." The loser says, 'It may be possible, but it's too difficult."

The Philosophy Wealth in Islam

Delivered on the 19th January 2007 in IIUM by:
Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Department of Usuluddin and Comparative Religion
IIUM

One of the prevailing criteria of the world we are living now is the predominant desire of man toward material wealth. The world is dominated, mostly by the greed of man, translated in their obsession of material wealth. Money, as the symbol of extravagance and richness, has been the magic word of the modern man. Books on how to generate business, to maximize profit, and to become rich in the shortest possible time, pack the best-sellers shelves of every bookshop, hence accelerating the economic madness and material frenzy of the modern life. Every inch of human life is measured by dollar and cent, credit and debt, profit and loss. Man’s own desire and greediness has become his new God while the phantom of his rapacity and selfishness turns out to be his new religion.


Man suddenly forgets the pertinent lesson from history that abundance of wealth is so far the best demolisher of human civilizations. Saidina Umar al-Khattab whose geographically extent of his conquest extends more than one million square km, once saw abundant of wealth of the fallen Persian Empire including fine carpets brought back by his lieutenant, Sa’ad bin Abi Waqas. Umar suddenly wept. When asked about the reason of his sadness in that supposedly cheerful occasion, response, “This abundant of wealth has been the cause of down fall of the Persian Kingdom, and now it come to us to indicate our downfall”.


The philosophy of wealth reflected in these words of Umar is indeed the gist of how Islam views the possession of wealth. Islam obviously is not against any material pursuit neither it opposes the accumulation of wealth. The only caution Islam put forward is the danger of obsessive preoccupation in accumulating and conglomerating wealth either in the individual or in the societal and governmental level to the extent sidelining the most essential parts of his self, his spirituality. Without sufficient spiritual defense, man will easily be deluded by the deception of wealth. Wealth according Imam al-Ghazali is like a snake which inherent in it both poison and cure, danger and benefit. Whoever knows both of them in regard to wealth he can avoid the danger of wealth and gain benefit of it. But just like the snake, most mankind is rather near to the danger of wealth rather than its benefit.


Hence, this is the very reason Al-Qur’an warns us about the danger of piling up wealth to the extent it influences our psychology and worldview:
“Woe to every scandalmonger and backbiter
Who pileth up wealth and layeth it by
Thinking that his wealth would make him last forever
By no means! He will be sure to be thrown into that which breaks to Pieces”
(Al-Humazah 104: 1-4)
And since business and trading are the best manifestation of piling and accumulating excessive wealth, the Qur’an repeatedly warns those who are involved in business and trading concerning the danger being drawn towards the love of material profit to the point of giving more priorities to their business than to God. In Surah al-Taubah (9), verse 24, God says,
“Say, if it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred, or the wealth that you have gained, the commerce in which you are fear a decline, or dwellings in which you are delight, are dearer to you than Allah or His Messenger, or striving in His cause, than wait until Allah brings about His decision; and Allah guides not to the rebellious,”
And in Surah al-Nur (24), verse 37, trade and business are specifically mentioned by God as deluders of man from the remembrances of God:
“In houses, which Allah has permitted to be raised so that His name be remembered in them, there extol His limitless glory in the mornings and the evenings, by men whom neither trade nor sale can divert from the remembrance of Allah, nor the regular prayer, nor from paying zakat. Their only fear is for the day when hearts and eyes will be turned about.”
The tendency of being swayed by the temptation of material wealth is indeed very strong in man. The love of wealth according to Prophet is the everlasting inspiration for man to think that he will not leave the world:
“The children of Adam will definitely be getting old but two things in him that will be always young, his hope and his love of wealth.”
Why does the Qur’an repeatedly remind us about the danger of business and trading?
It is because this kind of trading will make man heedless of another more profound business with a most noble business partner, a business with God Himself:
“O ye who believe! Shall I lead you to a bargain that will save you from the grievous penalty? That you believe in Allah and his Messenger, and that you strive in the cause of Allah with your property and yourselves. That will be best for you if you but know”
(Al-Saff 61:10-11)
This kind of business is a spiritual business that promises not only a more satisfying profit but also will avoid mankind from falling to a state of utter lost, the lost that is graver than any other material lost that man ever experience in this world, as reminded by Allah in Surah al-Asr:
“By time. Verily man is in utter loss. Except such as have Faith,
and (join together) In the mutual teaching of truth, and patience and constancy”
Commenting this verse, al-Razi illustrates the reason why it is as if only this is the only loss emphasized by the Qur’an. It is because the real loss for mankind is when he was denied of his service to God, to perform his ubudiyyah to God. And when this kind of loss compared with other kind of losses, it is as if the other is non-existent.


The term ‘la’ in lafi khusr, al-Razi adds, indicates two meanings; that man is in the way of loss (fi tariq al-khusr); secondly that man cannot be separated from loss.” How is this happened? A loss in trading, says al-Razi, means the decrement of the capital. And in this spiritual business, it is man’s own existence, his own life which is the capital of trading. Therefore, when one’s life is full of misgivings, he is surely in the state of loss since he is decreasing his capital. If his life is full of the mubahat, permissible deeds, he is also in the state of loss for he only maintains his capital without accumulating any profit. And even his life is full obedience to God , al-Razi says, he is still, comparatively in a state of loss for there is always a better level of obedience to God. In other word, there is an infinite level of ubudiyyah. The higher the state of obedience, the higher once position in the eyes of God.


Where there is no limit of the ubudiyah, it also means that there is no limit of the profit of this spiritual trading. It is a trading with multiple profit ad’afan kathirah as the Qur’an says. And how can we get less profit in a business when our business partner is the one in whose hand are the keys of want or plenty, who possesses the heaven and the earth.
Hence to involve in this spiritual trading is not a matter of option. Only the fools and those whose heart are sealed will refuse to involve in this trading. These group, as al-Qur’an states, will rather involved in the weird trading namely but to buy error in place of guidance (ishtara al-dalalata bi al-huda) and to buy sufferings in the place of forgiveness (al-‘azab bi al-maghfirah)


Brothers and sisters,


Let us reminded that to deal with this spiritual trading is not always easy as been said. It needs a real, continuing struggle and effort and everlasting battle with our own animal self. The struggle is getting more profit in this trading become more difficult when it somehow against the material profit that we gain in this world. How strong are we to follow the model depicted by Saidina Abu Bakar, a promising businessman with 400,000 dirham, capital flow before converted into Islam, but left with him 5,000 dirham when he made hijrah with the prophet and finally give up all his wealth in the war of Tabuk. When asked by the Prophet what he left for his family, he convincingly replied, “I left them Allah and You”.


Indeed, these are the main who hope for the tijaratan lan tabur, commerce which will never fail as recorded by Al-Qur’an; “Those who are rehearse the book of Allah, established the regular prayer, and spent in charity out of what we have provided for them secretly and openly, hope for the commerce, that will never fail. For he will pay their reward. He will give them more out of bounty. For he is Oft-Forgiving. Most ready to appreciate service.” (Fathir, 35:29-30)
When commenting this verse, Abdullah Yusuf Ali says that:
‘The good man’s charity comes not merely out of superfluities, but out of “what Allah provided” for him. He therefore recognizes two things : that the wealth (literal and metaphorical) is not his absolute, but that it is given to him by Allah; and secondly, that he must deny himself the use of some of it, as merchant puts some of his wealth to invest the capital. Only the Godly man’s commerce will never fail or fluctuates, because Allah guarantees him in return, and even adds something to the return out of his bounty. That is Allah gives more than our merits deserves.

It is indeed true as stressed by Fakhr al-Din al-Razi, which the kind of loss in the spiritual business with God when compared to the worldly material loss, is as if the second one of is a non-existence. The loss in the spiritual trading with God means the lost of everything one owns. It means a never ending grief not only in this world but more importantly the permanent life in the hereafter. The loss in this business can find nothing to replace as a payback. No huge palaces, neither mountainous gold and silver can rectify the great losses done by the mishandling his own self. The only replacement is his own self.
Wassalam.

Selamat Hari Bapa

Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat

Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama


Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu


Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman


Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga


Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu

(lirik lagu Ayah Ibu dendangan kumpulan Rabbani)

Program Jatidiri Remaja

Tarikh: 22 Jun 2008 ( Ahad )
Masa: 9.00 - 2.00 Petang
Tempat : Surau Hj Kamaruddin, Meru, Klang
Sasaran : Remaja berusia 13-17 Tahun (Lelaki & Perempuan)
Sumbangan: RM 10 Sahaja

Orang ramai di jemput hadir.

Tuesday, June 10, 2008

Kunjungan Hormat Pengarah JBS

SHAH ALAM-ABIM Selangor telah mengunjungi Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor yang baru, Tuan Hj Makhruzi bin Hj Ikhsan. Rombongan ABIM Selangor diketuai oleh Yang Dipertua , Us. Mohd Zawawi Ahmad Mughni diiringi oleh Setiausaha Negeri, Us Muhamad Muszaki Mohd Ozir, Penolong Setiausaha , Sdr. Khairudin bin Abas dan Ketua HELWA ABIM Selangor Ustazah Hazlina Abd Razak.
Pengarah Belia & Sukan sangat mengalu-alukan kehadiran ABIM dan sangat gembira dengan kunjungan tersebut kerana dapat merapatkan ukhuwwah dan berkenalan dengan lebih dekat lagi. Beliau mengesyorkan agar pimpinan ABIM dapat merebut peluang program-program kementerian belia seperti Program rakan muda dan Program Tabung Ekonomi Belia.

Sunday, June 8, 2008

Mawaddah 3

Adalah dimaklumkan bahawa Helwa Selangor akan mengadakan Mawaddah 3. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 Jun 2008 (Sabtu)
Masa: 2 petang
Tempat: Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam

Semua HELWA dijemput hadir.