Kepong-Helwa ABIM Pusat dengan kerjasama WADAH dan Hewi PKPIM telah berjaya mengadakan program Hari Ukhuwah. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah mengumpulkan lebih kurang 100 orang ahli di sekitar Lembah Kelang. Program dimulakan dengan senaman ringan yang dikendalikan oleh Puan Azini. Kami juga turut bergotong-royong membentangkan tikar dan mengusung khemah.
Acara seterusnya adalah sarapan pagi yang dibawa oleh para peserta secara "pot luck". Sejurus selepas ucapan perasmian oleh saudara Presiden, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang setiap satunya terdiri dari tiga generasi. Bagi sessi ini, setiap kumpulan dikehendaki menjawab beberapa soalan dan membentangkannya.
Acara dihangatkan lagi dengan acara sukaneka. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Masing-masing bersaing untuk memastikan bahawa kumpulan mereka adalah yang terbaik. Semasa rehat, para peserta menikmati jagung bakar yang telah disediakan oleh urusetia. Acara sukaneka di teruskan dengan beberapa lagi permainan.
Selepas itu, kami diberi sedikit santapan jiwa oleh Dr. Mastura, Puan Hajjah Adibah dan Saudari Munirah. Kemudian diadakan sessi taaruf ringkas sesama peserta. Sebelum bersurai diadakan upacara penyampaian hamper kepada para pemenang. Kami juga dihidangkan dengan nasi ayam yang menyelerakan.
No comments:
Post a Comment