ABIM Gombak akan menganjurkan Seminar Keluarga Bahagia. Butir-butir program adalah seperti berikut:
Tarikh: 31 Mei 2008 (Sabtu)
Masa: 8:30 hingga 13:00
Tempat: Dewan Orang Ramai Kampung Selayang Pandang
Orang ramai dijemput hadir.
Friday, May 30, 2008
Wednesday, May 28, 2008
Program Pengajian Muslimat
Tarikh: 30 Mei 2008
Masa: 12 tengahari
Tempat: Bank Islam, Jalan Sultan Ismail
Masa: 12 tengahari
Tempat: Bank Islam, Jalan Sultan Ismail
Monday, May 26, 2008
Wanita: Antara Ibadah dan Kerjaya
Tarikh: 29 Mei 2008
Masa: 10 pagi
Tempat: Auditorium HTAR
Anjuran: Unit Pembangunan Insan MAIS
Masa: 10 pagi
Tempat: Auditorium HTAR
Anjuran: Unit Pembangunan Insan MAIS
Sunday, May 25, 2008
Hari Ukhuwwah Helwa
Kepong-Helwa ABIM Pusat dengan kerjasama WADAH dan Hewi PKPIM telah berjaya mengadakan program Hari Ukhuwah. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah mengumpulkan lebih kurang 100 orang ahli di sekitar Lembah Kelang. Program dimulakan dengan senaman ringan yang dikendalikan oleh Puan Azini. Kami juga turut bergotong-royong membentangkan tikar dan mengusung khemah.
Acara seterusnya adalah sarapan pagi yang dibawa oleh para peserta secara "pot luck". Sejurus selepas ucapan perasmian oleh saudara Presiden, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang setiap satunya terdiri dari tiga generasi. Bagi sessi ini, setiap kumpulan dikehendaki menjawab beberapa soalan dan membentangkannya.
Acara dihangatkan lagi dengan acara sukaneka. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Masing-masing bersaing untuk memastikan bahawa kumpulan mereka adalah yang terbaik. Semasa rehat, para peserta menikmati jagung bakar yang telah disediakan oleh urusetia. Acara sukaneka di teruskan dengan beberapa lagi permainan.
Selepas itu, kami diberi sedikit santapan jiwa oleh Dr. Mastura, Puan Hajjah Adibah dan Saudari Munirah. Kemudian diadakan sessi taaruf ringkas sesama peserta. Sebelum bersurai diadakan upacara penyampaian hamper kepada para pemenang. Kami juga dihidangkan dengan nasi ayam yang menyelerakan.
Labels:
Helwa Pusat,
Hewi PKPIM,
Laporan Program,
Wadah
Saturday, May 24, 2008
Selamat Tinggal Pulau Batu Puteh
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Malaysia kan gagah di Nusantara
Malaysia kan gagah di puncak dunia
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Malaysia kan gagah di Nusantara
Malaysia kan gagah di puncak dunia
Thursday, May 22, 2008
Kem Motivasi Cuti Sekolah
Kem Motivasi Cuti Sekolah akan diadakan pada
Tarikh : 30 Mei - 1 Jun 2008
Tempat : Kem Rimba Ria, Sg Congkak
Sasaran : 80 peserta tingkatan 1-5
Bayaran : RM30 seorang
Fasilitator : PEPIAS
Tarikh : 30 Mei - 1 Jun 2008
Tempat : Kem Rimba Ria, Sg Congkak
Sasaran : 80 peserta tingkatan 1-5
Bayaran : RM30 seorang
Fasilitator : PEPIAS
Wednesday, May 21, 2008
Kuliah Tafaqquh fi Din
Tarikh: 23 Mei 2008
Masa: 9:00 hingga 12:00
Tempat: Kolej Kejururawatan PUSRAWI
Masa: 9:00 hingga 12:00
Tempat: Kolej Kejururawatan PUSRAWI
Monday, May 19, 2008
Muktamar Thanawi ke 36
Shah Alam- ABIM Selangor telah selamat mengadakan muktamar thanawi ke 36. Ucap utama telah disampaikan oleh Prof Shaharuddin Badaruddin. Dr. Amran Muhammad selaku exco pendidikan ABIM Pusat telah merasmikan muktamar ini.
Sidang Muktamar telah dimulakan dengan pembentangan minit muktamar yang ke35, perbahasan aktiviti sepanjang sessi 2007/2008 dan pembentangan penyata kewangan ABIM Selangor. Kemudian diikuti dengan pembubaran saf kepimpimpinan ABIM Selangor untuk Sessi 2007/2008.
Saf Kepimpinan bagi sessi 2008/2009 telah diumumkan oleh Dr. Amran. Berikut Senarai Saf Kepimpinan terkanan ABIM Selangor untuk sessi 2008/2009:
Yang Di Pertua: Mohd Zawawi Ahmad Mughni
Timbalan Yang Di Pertua: Mohd Naim Mohd Noor
Setiausaha: Muhamad Muszaki Mohd Ozir
Penolong Setiausaha: Khairudin Abas
Setiausaha Kewangan: Khairul Hamzani Hamid
Ketua Helwa: Hazlina Abdul Razak

Saturday, May 17, 2008
Selamat Hari Guru
Monday, May 12, 2008
Hari Helwa ABIM Bersama Umat
Tanjung Karang- Helwa ABIM Bersama Umat (HABU) telah selamat dijayakan dengan kehadiran 50 orang peserta dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Objektif program ini adalah memurnikan hubungan antara pendokong-pendokong helwa dengan masyarakat setempat. Program anjuran Helwa ABIM Tanjung Karang dan Helwa ABIM Selangor ini telah dimulakan dengan ceramah kesihatan oleh Prof. Dr. Nor Zuraida Zainal dengan tajuk Pengurusan Hidup Di Usia Senja. Beliau menjelaskan dengan terperinci tentang bagaimana perubahan-perubahan spiritual, intektual, emosi, sosial, fizikal dan seksual apabila seseorang individu itu memasuki tahap warga emas. Di samping itu, beliau menekankan betapa perlunya mengambil pemakanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap kesihatan kita.
Prof Dr. Nor Zuraida juga menerangkan tentang kanser payu dara yang menjadi pembunuh utama wanita Malaysia. Faktor-faktor risiko yang menyebabkan kanser ini seperti wanita-wanita yang baligh awal, wanita yang baligh lambat, wanita yang tidak menyusukan anak, pengambilan makanan yang berlemak turut dijelaskan oleh beliau. Di samping itu, beliau menunjuk ajar bagaimana PSP dilakukan bagi pengesanan awal kanser tersebut.
Pemeriksaan kesihatan percuma seperti mengukur tahap glukosa dalam darah, tekanan darah, BMI dan ukuran lilit pinggang untuk mengetahui risiko penyakit kencing manis turut diadakan.
Di samping itu, kanak-kanak yang datang bersama ibu turut diraikan. Mereka menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan serentak dengan ceramah kesihatan. Kemudian adik-adik ini dihiburkan dengan tayangan filem `Muhamad Pesuruh Allah’. Malahan, wajah-wajah comel ini bertambah ceria apabila mendapat habuan hasil kerja seni yang dilakukan.

Mini Karnival,
Tanjung Karang
Sunday, May 11, 2008
Selamat Hari Ibu
Apa pun panggilan untuk insan istimewa ini-ma, mama, mak, umi, ibu, cek, mek....mereka adalah insan yang patut kita utamakan, bukan sekadar hari ini sahaja malah setiap saat, detik dan ketika. Tanpa mereka, kita takkan mampu melihat alam ciptaan Allah nan terbentang luas ini. Bahagiakanlah mereka seandainya ketika ini mereka masih ada bersama kita. Doakan mereka andainya mereka telah kembali menemui pencipta kita.
'Ya Allah, Kasihanilah kedua-ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil'.
Buat insan-insan yang bergelar ibu, Selamat Hari Ibu... Sesungguhnya jasa, pengorbanan dan kasih sayangmu tak mampu kami membalasnya...dunia dan akhirat...

Wednesday, May 7, 2008
Catatan Pengalaman
Segalanya bermula untuk berkongsi ilmu fardhu ain kepada saudara baru terutamanya kaum ibu. Walaupun kami juga sebenarnya masih lagi belajar dan akan terus belajar. Bukankah menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim. Namun, kami perasan ada yang kurang fasih mengucap dua kalimah syahadah walaupun telah lama menganut islam. Kami mulakan kelas di pagi Ahad yang ceria selama dua jam latih tubi membaca syahadah dan al-fatihah dalam kumpulan. Sesekali kami mengalunkan irama puji-pujian dendangan kumpulan Raihan. Ada beberapa kesukaran terutamanya dalam menyebut kalimah asyhadu, Allah dan rasul Allah.
Apabila mendapat papan putih, kami mulakan mengajar iqra’. Hati tersentuh sayu apabila mereka bertanya, “ Bila nak ajar ABC? Kami pun nak pandai membaca macam orang lain.” Bayangkan, setelah 50 tahun merdeka, ada lagi insan-insan yang tidak kenal ABC. Alangkah! Alangkah! Sedihnya hati. Tak terluah dengan kata-kata. Kita berjaya membina bangunan pencakar langit, kita berbangga apabila ada rakyat negara ini telah ke angkasa lepas. Kita kagum apabila rakyat Malaysia berjaya mendaki Gunung Everest malah kita teruja apabila ada antara kita telah berjaya ke Kutub Utara dan Selatan. Bagaimana dengan mereka? Akan terus begitukah mereka? Terpinggir dalam arus kepesatan pembangunan negara. Apa yang dikesalkan, mereka bukan berada nun jauh di pedalaman, terpaksa menyeberang sungai untuk ke tempat mereka, meredah hutan belantara untuk sampai ke sana. Mereka hanya terletak di pinggir bandar. Hanya 20 minit berkereta dari Pekan Kayu Hijau.
Lalu kami bercadang mengilirkan jadual. Seminggu iqra’, seminggu lagi ABC menggunakan kaedah BACALAH ANAKKU. Bermulalah kelas a…i…u…ba..bi..bu…ca..ci..cu…Methodnya mudah. Baca berulang-ulang kali. Sesekali bergilir-gilir menyebutnya. Sungguh! Latihan lidah yang menghiburkan walaupun kerap kali tersasul.
Namun, cabaran juga tak kurang hebat. Mungkin inilah ujian, inilah dugaan. Bukan senang nak buat kebaikan. Tidak semudah menyebut ABC, alif ba taa, 123. Walau apa dan bagaimana rintangan yang datang, insyaallah, kelas tetap dijalankan. Bukankah ianya satu amanah? Bukankah Allah hanya bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan? Allah tidak akan mempersoalkan apakah hasil daripada yang kita telah kita usahakan. Banyak-banyaklah bersabar, bukankah sabar itu sebahagian daripada iman. Mungkin inilah tarbiyyah dari Allah untuk mendidik hati kita. Menanamkan sifat mahmudah dan membuang karat mazmumah. Mematangkan diri dalam menjalani kehidupan yang entah bila penghujungnya. Sungguh! Hidup ini tak seindah yang dibayangkan.
Semoga Allah beri kami kesihatan dan kekuatan untuk terus istiqamah dalam menjayakan program ini. Misi kami hanya satu, moga-moga mereka dapat menyebut kalimah syahadah dan membaca al-Fatihah dengan betul. Biarlah kalimah suci ini tersemat kukuh dalam hati-hati kita semua. Amin.
Friday, May 2, 2008
Hari Helwa Bersama Ummah
Helwa ABIM Selangor akan menganjurkan satu mini karnival:
Tarikh: 11 Mei 2008 (Ahad)
Masa : 9 pagi hingga 2 petang
Tempat: Surau Darul Ma'arif, Tanjung Karang
Aktiviti: Ceramah Kesihatan
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
Ceramah Motivasi Remaja
Tayangan Video-Muhamad the Messenger
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program.

Bahagia Sebagai Gadis
Klang- Helwa ABIM Selangor dengan kerjasama Masjid Sungai Udang, Klang telah mengadakan satu program bertajuk “Bahagia Menjadi Gadis”. Program ini telah dijayakan oleh Ustazah Hajjah Hazlina Abdul Razak, Ketua Helwa ABIM Selangor dengan bantuan sepuluh orang fasilitator.
Ustazah Hazlina telah menerangkan dengan terperinci tentang konsep baligh menurut pandangan islam dan perlembagaan Malaysia. Disamping itu, beliau turut mengupas perubahan-perubahan fizikal, emosi dan intektual gadis baligh.
Beliau menekankan perlunya sifat malu ditanamkan dalam diri setiap individu. Remaja ini juga diingatkan supaya sentiasa bertegas dan berani mengatakan TIDAK kepada rakan sebaya dan orang asing yang mengajak kepada gejala yang tidak baik. Sememangnya, sifat-sifat ini merupakan benteng pertahanan diri dari terjerumus ke dalam gejala yang tidak sihat seperti merokok, pergaulan bebas dan sebagainya.
Para peserta juga diajukan beberapa soalan berkenaan tahap kendiri masing-masing. Ternyata, kebanyakan peserta mempunyai tahap kendiri yang baik. Mereka juga disarankan agar menghafaz ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah sebagai pendinding daripada santau.
Harapan para peserta agar program sebegini dapat diteruskan supaya mereka lebih mengenal diri serta dapat mengukuhkan jati diri sebagai muslimah yang berwibawa.

Subscribe to:
Posts (Atom)