Mulakan memakai pakaian dengan Bismillah kerana memang disunatkan membaca Bismillah dalam setiap pekerjaan yang baik.
Berniat untuk menunaikan perintah Allah iaitu menutup aurat. Bukan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk dengan kecantikan pakaian.
Berdoa ketika memakai pakaian sama ada pakaian lama atau baru.
Memakai pakaian yang sederhana serta tidak terlalu mahal.
Pastikan kebersihan pakaian supaya sah dipakai untuk beribadah.
Mulakan memakai dari kanan.
Sunat mengibas-ngibaskan pakaian untuk memastikan tiada serangga atau seumpamanya yang membahayakan.
Melipat pakaian setelah dibasuh dan menyebut nama Allah ketika menyimpannya. Jangan dicampakkan di merata tempat.
Wajib memakai pakaian yang labuh hingga menutup kaki kerana kaki juga adalah aurat yang wajib ditutup.
Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki.
Tidak memakai pakaian yang disulam berlebihan dengan warna yang terlalu menonjol hingga menarik perhatian umum.
Menjauhi pakaian yang ketat dan jarang.
No comments:
Post a Comment