Thursday, March 19, 2009

ABIM Bersama Menjayakan Program Ziarah Hospital Sempena Bulan Dakwah Negeri Selangor 1430H/2009M







ABIM Daerah Kuala Langat bersama-sama menjayakan program ziarah hospital 2009 sempena Bulan Dakwah Selangor 2009 pada 18 Mac 2009. Program yang dirasmikan oleh YAD Raja Dato’ Hj Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah, Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat ini bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang di Hospital Banting.


ABIM diwakili oleh Yang Di Pertua Daerah Kuala Langat merangkap Pen. Setiausaha Negeri Sdr Khairudin bin Abas bersama 5 aktivis ABIM dari Unit SYABAB Kuala Langat bersama dengan NGO Islam yang lain seperti sahabat hospital, PERKIM Kuala Langat , LKPIS Kuala Langat dan juga penganjur utama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat.

Program ini juga menemukan generasi keempat ABIM dengan mantan pimpinan ABIM Daerah Kuala Langat yang awal Ustaz Idris Ahmad yang kini aktif dalam Sahabat Hospital. Program ini akan menjadi titik awal untuk ABIM Kuala Langat bekerjasama dengan NGO Islam lain dan PAID Kuala Langat terutamanya.

Tuesday, March 17, 2009

Memenuhi undangan Majlis Hi-Tea Wanita JIM

Ampang, 15 Mac 2009(Ahad)- Alhamdulillah, Helwa Selangor telah memenuhi undangan Majlis Hi-Tea Wanita Jim Selangor. Majlis yang berlangsung dua jam di Hotel De Palma Ampang ini bertujuan untuk berkenalan dengan wanita NGO Islam yang lain serta bertukar-tukar pandangan tentang aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dilakukan. Antara NGO wanita Islam yang hadir ialah Unit Mubalighat JAIS dan Wanita Perkim. Majlis berakhir jam 6 petang






Selasa, 17 Mac 09 : Program YOUNG ABIM CAMP 09 telah selamat dilaksanakan di Bukit Cerakah (14-15 Mac 09) dengan peserta seramai 23 orang, 6 fasilitator dan 2 urusetia. Tujuan utama program ialah untuk menambah dana rumah perlindungan Darul Wardah. Peserta didedahkan dengan aktiviti luar yang diselitkan dengan unsur kerohanian seperti soalan-soalan fardu ain, selawat, zikir dan adab-adab.

Alhamdulilah program berjalan lancar dengan bantuan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Beberapa sahabat ABIM juga ada yang hadir memberi moral support kepada team Young ABIM Camp, seperti ustaz zawawi, ustazah hazlina, ustaz muz, ustaz khairudin. Kunjungan adik-adik PEPIAS pada hari pertama program, kami dahulukan terima kasih.

Program berakhir dengan ucapan penutup dari Ustaz Zawawi selaku YDP ABIM Selangor.

InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi, program menambah dana rumah perlindungan Darul Wardah akan sentiasa aktif dari semasa ke semasa.

-hidayah

Monday, March 16, 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru buat Nurul Hasanah dan pasangannya. Semoga berkekalan ke akhir hayat.

Latihan Kepimpinan
















Shah Alam, 14 Mac 2009 - ABIM Selangor dan PEPIAS dengan telah berjaya menganjurkan Tamrin qiadi ( Leadership Training ) untuk para Nuqaba' dan Naqibat pelajar.

Program yang bermula pada petang Jumaat 13 Mac - Petang Sabtu 14 Mac melibatkan 108 orang pelajar yang terpilih untuk memimpin Program Usrah. Tujuan pelaksanaan Program ini ialah untuk membantu peserta memahami dan memberi pendedahan yang lebih luas dalam mengendalikan Program Bimbingan Rakan Sebaya seperti itu.

Sekumpulan fasilitator dari PEPIAS telah mengendalikan program tersebut. Pihak pentadbiran sekolah amat berharap agar program-program seumpama itu seperti pengisian ceramah bulanan, latihan kemahiran diri dan jati diri dapat dilaksanakan pada masa akan datang.


Program tersebut telah dirasmikan oleh YDP ABIM Selangor. Puan Pengetua dan beberapa orang guru turut hadir untuk memberikan semangat dan rangsangan kepada semua peserta yang hadir.

YOUNG ABIM CAMP 09







Kepada semua Kerabat ABIM Selangor dan Wilayah:
Dipersilakan untuk mendaftarkan anak tuan/puan segera untuk solidariti dan proses sepadu
bina IQ,EQ dan SQ.Mohon dipanjangkan kepada semua yang berminat
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI !
Syukran.HUBUNGI SEKRETARIAT ABIM SELANGOR
03 5511 8994

Wednesday, March 11, 2009

Perarakan Maulidur Rasul

Tetamu yang hadir

Kontijen ABIM Selangor

Shah Alam, 9 Mac - ABIM Selangor telah menyertai Majlis Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor. Kontinjen ABIM Selangor seramai 40 orang belia ABIM telah didatangkan khas dari SEMI, Kajang.

Perarakan ini turut disertai oleh YDP ABIM Selangor, SUN dan YDP ABIM Shah Alam berjalan dengan meriah dan penuh semangat perpaduan.

Dalam perarakan yang lalu, ABIM Selangor telah dinobatkan sebagai Johan Sepanduk Terbaik Kategori NGO.Pada tahun ini Johan disandang oleh Persatuan AL Khidmah.