Wednesday, December 31, 2008

Perjumpaan Bersama YB Radziah

Dua Belas
Selasa- 30 Disember 2008
Hari ini kami menghadiri mesyuarat bersama NGO lain di Bilik Mesyurat KEKWA, Tingkat 5, Bangunan SUK Shah Alam. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Radziah. Agenda mesyuarat adalah untuk membincangkan penubuhan ”One Stop Crisis Centre”. Antara lain adalah mewujudkan literasi undang-undang tentang hak-hak diri ketika dikasari.

Kami mengambil kesempatan ini mengedarkan pamplet dan memperkenalkan Darul Wardah pada NGO lain dan YB. Kami juga berbincang dengan peguam yang turut serta dalam mesyuarat untuk mengadakan kerjasama pada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.


Tiga Belas
Seusai mesyuarat, kami bergegas ke Plaza Alam Sentral untuk mengambil tempahan komputer yang telah siap dibaiki serta satu lagi komputer untuk Darul Wardah. Semoga komputer ini memudahkan pengurus Darul Wardah menyiapkan kerja-kerja yang telah diamanahkan.

Catatan ini berhenti di sini. Namun, saya tahu inilah permulaan baru buat saya dan sahabat-sahabat lain dalam merealisasikan sebuah impian untuk mendirikan sebuah rumah perlindungan buat saudara baru.

Sekali lagi, doakan agar kita semua diberi Allah kesihatan dan kekuatan dalam menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Ianya tidak mudah tetapi saya amat optimis kita semua mampu melakukannya demi mendapat keredhaan Allah dan islam yang tercinta. Semoga Allah mempermudahkan usaha-usaha kita ini. Amin..

Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Hijrah 1430H

Tahun Hijrah Membuka Lembaran baru Buat Darul Wardah

Lima
Isnin- 29 Disember 2008
Jam 9.30 pagi Ustazah sekali lagi menerima panggilan Puan Latifah bertanyakan lokasi tempat pertemuan kami. Kami bersetuju untuk bertemu di Masjid Bandar Sunway.

Kemudian, saya dan Ustazah sekali lagi ke Mydin Subang. Tidak seperti semalam, hari ini agak susah untuk memarkir kereta. Orang sudah ramai memenuhi gedung borong ini. Semalam kami membeli barang-barang kelengkapan dapur, kali ini kami membeli barang-barang asas makanan. Setelah menerima panggilan telefon dari puan Latifah, kami bergegas ke Masjid Bandar Sunway. Jalanraya agak macet. Kami terlewat tiba di Masjid Sunway.

Enam
Berdepan dengan jalan yang sesak, saya sempat menelefon Cik Surya, bakal pengurus Darul Wardah. Malangnya, setelah berkali-kali panggilan dibuat, kami masih tidak mendapat respon. Kami bercadang mendapatkan pengurus baru bagi menggantikan Cik Surya.

Kami tiba dengan jaya di tempat yang dijanjikan. Kami berkenalan dengan Norhidayah yang ditemani Puan Zainab iaitu jiran lamanya yang telah dianggap seperti keluarga sendiri. Setalah sesi temuduga, kami telah meminta keluarga Puan Zainab mengikut kami ke Darul Wardah.

Tujuh
Gerimis menemani sepanjang perjalanan kami ke Darul Wardah. Kami tiba ke Darul Wardah dan menerangkan pada Puan Zainab dan Norhidayah program yang akan diikuti sepanjang beliau bernaung di bawah Darul Wardah. Insyaallah, kami akan berkerjasama dengan PPZ Selangor untuk memberi latihan keusahawanan kepada penghuni-penghuni Darul Wardah. Kami bercadang untuk memberi mereka joran dan mengajar bagaimana untuk menangkap ikan. Terpancar cahaya kegembiraan pada wajah-wajah meraka. Kami juga menganjurkan agar adik Suzana (anak Puan Norhidayah yang berumur tujuh tahun Januari 2009) ini dimasukkan ke Maahad Tahfiz yang berdekatan Darul Wardah.

Lapan
Kami ke rumah Ustazah untuk mengambil makanan tengahari yang telah dibeli oleh Puan Maslina buat tetamu istimewa kami. Kemudian kami menghantar makanan tersebut ke Darul Wardah dan kembali ke rumah Ustazah untuk makan, solat dan berehat.



Sembilan
Seusai solat Asar, kami sekali lagi ke Darul Wardah. Seperti yang dijanjikan, kami membawa tetamu-tetamu kami berjumpa dengan pemilik Maahad Tahfiz berkenaan. Segalanya dipermudahkan. Beliau menerima kedatangan kami dengan senang hati dan akan menguruskan persekolahan Suzana. Di sinilah kami berpisah dengan Puan Zainab dan tetamu-tetamu istimewa yang menghantar Puan Norhidayah. Terima kasih buat Puan Latifah yang memperkenalkan Darul Wardah buat Puan Norhidayah.


Sepuluh
Jam 6 petang. Sekali lagi kami ke Darul Wardah. Kali ini mengiringi Puan Jenab yang menghantar sumbangan makanan, sedikit peralatan dapur serta kain sembahyang. Hanya dengan satu panggilan, kami menerima tetamu yang budiman lagi dermawan ini. Sememangnya kami memerlukan lebih ramai budiman nan dermawan yang boleh menginfaqkan masa, tenaga dan wang ringgit demi menjayakan Darul Wardah ini. Bukan untuk kami tetapi untuk Islam agar lebih ramai nasib warga saudara baru kita terbela. Paling kurang doakan kami, agar diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjayakan misi ini. Terima kasih Puan Jenab sekeluarga. Moga Allah permudahkan urusan puan sekeluarga di sini dan di sana.


Sebelas
Malam. Selepas solat Maghrib. Kami ke Shah Alam. Saya menemani anak-anak Ustzah makan di Kompleks PKNS manakala Ustazah ke Plaza Alam Sentral. Membaiki komputer ABIM Selangor yang rosak serta menempah satu komputer baru buat Darul Wardah. Selepas itu kami ke Anjung Berkat. Mengemas bahan-bahan pameran sempena Minggu Dakwah yang berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2008.

Doa Awal Tahun


Bacaan selepas solat Maghrib

Membeli Keperluan Darul Wardah

Tiga
Ahad- 28 Disember 2008
Saya tiba di rumah Ustazah Hazlina jam 9.15 pagi. Kemudian setelah mendapat senarai barang-barang yang perlu dibeli, saya dan Zalina ke Mydin Subang. Alhamdulillah, orang masih tidak ramai dan saya memarkir kereta dengan senang. Kemudian, kami mula membeli-belah barang keperluan seperti pinggan-mangkuk, gelas, kuali, senduk dan segala kelengkapan dapur.


Empat
Jam 4.30 petang, ustazah menerima telefon dari Puan Latifah (salah seorang Helwa ABIM Wilayah) menceritakan masalah seorang saudara baru yang tidak mempunyai tempat tinggal. Diringkaskan cerita ustazah Hazlina bersetuju untuk menempatkan saudara baru ini di Darul wardah. Di sinilah bermulanya kembara hijrah ini bersama Ustazah Hazlina. Pendek kata, Tahun Hijrah ini membuka lembaran baru buat kami dan juga Norhidayah.

Doa Akhir Tahun

Bacaan selepas solat Asar


Sunday, December 28, 2008

Bahagia Menjadi Gadis

Dua
Sabtu- 27 Disember 2008
Seawal jam 7.30, saya dan Norzila Nasir bertolak Ke UIA. Niatnya untuk mengambil adik-adik PEPIAS sebagai fasilitator program ”Bahagia Menjadi Gadis.” Program kali ini dianjurkan oleh JKKK Kampung Melayu Sg. Buluh, Selangor dan diadakan di Sekolah Rendah Agama Islam Zahidiah, Kg. Melayu Sg. Buluh.

Kami bertolak dari UIA dengan dua buah kereta. Walaupun agak tersasar sedikit, namun dengan petunjuk yang diberi kami akhirnya berjaya sampai ke tempat yang di tuju dengan selamat.

Program dimulakan dengan Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik hafizah Fatin Hazwani Hashim. Kemudian, ucapan wakil JKKK yang menekan betapa perlunya kita menjadi muslim yang mengamalkan islam sepenuhnya. Program seterusnya dirasmikan oleh YB Dr. Halimah. Antara lain beliau menegaskan tentang pentingnya menghargai ibu serta remaja perlulah bijak menyaring maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini.

Ustazah Hazlina telah menerangkan dengan terperinci tentang konsep baligh menurut pandangan islam dan perlembagaan Malaysia. Disamping itu, beliau turut mengupas perubahan-perubahan fizikal, emosi dan intektual gadis baligh. Kemudian peserta seramai 85 orang yang terdiri remaja berusia 12 hingga 23 tahun ini dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil. Dalam kumpulan ini kami membincangkan tentang faktor-faktor, serta pentingnya kesedaran tentang bahaya seks bebas.

Setelah solat zuhur berjemaah dan makan tengahari, kami turut berbincang bagaimana perlunya sifat malu ditanamkan dalam diri setiap individu. Remaja juga diingatkan supaya sentiasa bertegas dan bersikap asertif iaitu berani mengatakan TIDAK kepada rakan sebaya dan orang asing yang mengajak kepada gejala yang tidak baik. Sikap asertif ini perlu dipupuk sejak dari kecil. Sememangnya, sifat-sifat ini merupakan benteng pertahanan diri dari terjerumus ke dalam gejala yang tidak sihat seperti merokok, pergaulan bebas dan sebagainya.

Para peserta juga disarankan agar menghafaz ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah sebagai pendinding daripada santau. Setelah itu, upacara penyampaian sijil telah diadakan. Kami bersurai setelah solat Asar berjemaah.

Harapan para peserta agar program sebegini dapat diteruskan supaya mereka lebih mengenal diri serta dapat mengukuhkan jati diri sebagai muslimah yang berwibawa.
Terima kasih buat para fasilitator dan peserta yang telah menjayakan Program Bahagia Menjadi Gadis.

Friday, December 26, 2008

Majlis Ramah Mesra

Satu
Khamis- 25 Disember 2008
Satu pertemuan Ramah-Mesra antara 3 Generasi telah diadakan di FEDEC. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk menyatukan fikrah serta merapatkan ukhuwwah yang telah lama terbina. Majlis yang bermula jam 11 pagi ini dimulakan dengan bacaan al-Mathurat.

Kami amat berbesar hati apabila Prof Dr. Rahmah sudi meluangkan masa untuk sama-sama berkongsi pandangan dan buah fikirannya. Antara pesanan Prof buat kami adalah sentiasa mempertingkatkan hubungan dengan Allah dengan memperelokkan amalan wajib serta memperbanyakkan amalan sunat. Kami juga diingatkan agar senatiasa menghormati masa dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam apa jua displin.

Kemudian, kami berkongsi maklumat terkini berkenaan aktiviti masing-masing. Kami kemudian menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Majlis berakhir jam dua petang setelah selesai menunaikan solat zohor berjemaah. Insyaallah, kami akan berkumpul lagi di rumah Prof Dr. Khadijah di Shah Alam sempena cuti tahun baru nanti.

Thursday, December 18, 2008

Hijrah Secara Total

1) Pembentangan dibuat oleh Ustazah Faizah. Ulasan seterusnya menggunakan Kitab Fi Zilaal Qur`an dan Tafsir Al-Azhar.
Ulasan lain
a) Kenapa Surah At-Taubah tidak dimulakan dengan bacaan Bismillah?
i) Ayat jihad, mengisahkan tentang kaum musyrikin yang mengingkari Perjanjian Hudaibiyah. Oleh itu, tidak sesuai dengan lafaz Ar-Rahman.
ii) Juga Malaikat Jibril sendiri tidak menurunkan ayat ini dengan memulakan dengan bacaan Bismillah.
b) Peringkat awal Islam: Beriman, berhijrah dan berjihad.
c) Amalkan hijrah, dari suasana tidak baik kepada baik.
i) Hijrahnya Rasulullah s.a.w. bukan sekadar untuk lari daripada kemungkaran, tetapi mempunyai misi untuk menegakkan negara Islam di Madinah.
ii) Amalkan hijrah secara total, bukan dalam hal spiritual dan beribadah khusus sahaja.
d) Jangan angkat orang zalim dan kafir menjadi pemimpin.

Dibentangkan pada 5 Februari 2008

Wednesday, December 17, 2008

The Seeds

Sekadar berkongsi...emel yang saya terima sedikit waktu dulu dari salah seorang sahabat...

A successful business man was growing old and knew it was time to choose a successor to take over the business. Instead of choosing one of his directors or his children, he decided to do something different. He called all the young executives in his company together. 'It is time for me to step down and choose the next CEO,' he said. 'I have decided to choose one of you.' The young executives were shocked, but the boss continued. 'I am going to give each one of you a seed today - a very special seed. I want you to plant the seed, water it, and come back here one year from today with what you have grown from the seed I have given you. I will then judge the plants that you bring, and the one I choose will be the next CEO.' One man, named Jim, was there that day and he, like the others, received a seed. He went home and excitedly, told his wife the story. She helped him get a pot, soil and compost and he planted the seed. Every day, he would water it and watch to see if it had grown. After about three weeks, some of the other executives began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow. Jim kept checking his seed, but nothing ever grew. Three weeks, four weeks, five weeks went by, still nothing. By now, others were talking about their plants, but Jim didn't have a plant and he felt like a failure. Six months went by - still nothing in Jim's pot. He just knew he had killed his seed. Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Jim didn't say anything to his colleagues, however. He just kept watering and fertilizing the soil - he so wanted the seed to grow. A year finally went by and all the young executives of the company brought their plants to the CEO for inspection. Jim told his wife that he wasn't going to take an empty pot. But she asked him to be honest about what happened. Jim felt sick at his stomach. It was going to be the most embarrassing moment of his life, but he knew his wife was right. He took his empty pot to the board room. When Jim arrived, he was amazed at the variety of plants grown by the other executives. They were beautiful--in all shapes and sizes. Jim put his empty pot on the floor and many of his colleagues laughed. A few felt sorry for him! When the CEO arrived, he surveyed the room and greeted his young executives. Jim just tried to hide in the back. 'My, what great plants, trees, and flowers you have grown,' said the CEO. 'Today one of you will be appointed the next CEO!' All of a sudden, the CEO spotted Jim at the back of the room with his empty pot. He ordered the financial director to bring him to the front. Jim was terrified. He thought, 'The CEO knows I'm a failure! Maybe he will have me fired!' When Jim got to the front, the CEO asked him what had happened to his seed. Jim told him the story. The CEO asked everyone to sit down except Jim. He looked at Jim, and then announced to the young executives, 'Here is your next Chief Executive! His name is Jim!' Jim couldn't believe it. Jim couldn't even grow his seed. How could he be the new CEO the others said? Then the CEO said, 'One year ago today, I gave everyone in this room a seed. I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds; they were dead - it was not possible for them to grow. All of you, except Jim, have brought me trees and plants and flowers. 'When you found that the seed would not grow, you substituted another seed for the one I gave you. Jim was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new Chief Executive!'

Moral:
If you plant honesty, you will reap trust
If you plant goodness, you will reap friends.
If you plant humility, you will reap greatness.
If you plant perseverance, you will reap contentment
If you plant consideration, you will reap perspective.
If you plant hard work, you will reap success. If you plant forgiveness, you will reap reconciliation.
So, be careful what you plant now; it will determine what you will reap later.

Majlis Ihtifal dan Penutup Program Hafazan & Kepimpinan Muda 2008


Majlis Ihtifal dan Penutup Program Hafazan & Kepimpinan Muda 2008 berjaya dilangsungkan di Masjid SSAAS Shah Alam pada 13 Disember 2008, Ahad. Majlis ini disempurnakan oleh YB Tuan Hj Yaakob bin Sapari selaku Adun Kota Tinggi merangkap Peneraju Tetap Permodenan Pertanian, Pengurus Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.

Program yang berlangsung selama 3 minggu ini dijayakan dengan kerjasama antara Dun Kota Anggerik, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ma’had Tahfiz Al-Quran Sabil Ar-Rasyad, dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari setiap wakil organisasi yang bekerjasama dan seterusnya dirasmikan oleh YB Tuan Hj Yaakob bin Sapari. Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan terbaik seperti nasyid, pentomen dan lakonan. Sesi penyampaian hadiah diberikan kepada peserta hafiz dan hafizah terbaik, dan kumpulan terbaik. Sijil penyertaan peserta dan fasilitator diberikan semasa akhir majlis berlangsung. Akhir majlis, semua peserta diminta mengambil gambar sebagai tanda kenangan.

Peserta, pihak penganjur serta ibu bapa berasa gembira dengan kelancaran program kem hafazan & kepimpinan dan berharap program ini akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan demi memartabatkan Al-Quran.

Muraqabah / Muhasabah / Melihat Diri / Pengintaian

1) Rujukan Kitab:
a) Riadhus Solihin (Imam Nawawi)
b) Taqarrub, Mendekatkan Diri Kepada Allah s.w.t. (Sheikh Ahmad Redha Hasbullah)

Ulasan lanjut:
2) Ibadah hanya pada Allah s.w.t. Allah itu Maha Memerhati
3) Kita beribadah seolah-olah melihat Allah. Sekira
4) Dalam ilmu tasawwuf, kita mestilah menghidupkan hati sebagai hamba Allah. Setiap sesuatu yang kita lakukan akan dihitung, samada baik atau buruk.
5) Buatlah sesuatu sebagai satu ibadah, bukannya kerana terpaksa.
6) Sering mendampingi ulama dan ilmuwan.
7) Berlapang dada menerima kritikan.
8) Sentiasalah menganalisis kata-kata musuh.
9) Kita mestilah berada di tengah-tengah pergaulan masyarakat agar kita dapat memahami realiti hidup.
10) Perlu ada motivasi dalaman dan luaran. Perlu ada keikhlasan dalam melakukan sesuatu kerja.
11) Menurut Ibnu Khaldun, hapuskanlah penyakit 'gila halus' iaitu mengulang-ulang perbuatan yang salah tetapi mengharapkan sesuatu hasil yang lebih baik.
12) Kalau seseorang itu tersilap, tolong doakan, janganlah dimaki dan dimarahi.
13) Kalau seseorang silap, tegur dengan sayang.

Catatan usrah 5 Disember 2006
Rumah Ustaz Azman Ahmad

Tuesday, December 16, 2008

Kem Hafazan dan Kepimpinan Muda
















13 Dis 2008 Shah Alam ; ABIM Selangor berjaya menganjurkan qiamullail dan Majlis Ihtifal Kem Hafazan dan Motivasi kepimpinan Muda di Masjid Negeri Selangor. Program tersebut adalah acara penutup bagi peserta seramai 170 yang menyertai Kem Hafazan yang diadakan bermula 24 November hingga 12 Disember yang lalu. Sepanjang tiga minggu program ini diadakan, peserta bukan saja didedahkan dengan teknik sistematik untuk menghafaz Al Quran bermula dengan surah lazim iaitu Juz Amma dan surah-surah pilihan seperti As-Sajadah dan Al-Insan, Mereka dilibatkan dengan program motivasi ibadah dan kepimpinan muda.

Kem Hafazan dan Motivasi Kepimpinan Muda Tahun 2008 buat julung kalinya diadakan ini dianjurkan sebagai memenuhi masa lapang pelajar semasa cuti persekolahan. Program ini sebagai alternatif dalam usaha membantu anak-anak untuk menghayati teknik-teknik bacaan Al-Quran dan memberi pengajaran fardu ain yang lebih praktikal berbanding hanya teori ketika di sekolah. Matlamat kami, semoga program ini akan dapat memupuk kemahiran mereka di dalam penguasaan bacaan Al Quran, pemahaman tentang ilmu-ilmu fardu ain, ilmu berpidato dan lain-lain aktiviti yang berfaedah. Dengan ilmu-ilmu ini, diharap mereka dapat memimpin diri mereka sendiri khususnya serta keluarga dan masyarakat amnya.

Program Ihtifal dimulakan dengan motivasi dan qiamulail bersama ibu bapa peserta pada pagi 13 jam 4.30 pagi yang dipimpin oleh Tuah Haji Ir Ahmad Razef bin Ab Rahman. Sementara majlis ihtifal dimulakan dengan acara persembahan peserta hafazan, ujian terbuka hafazan terbaik di kalangan lelaki dan perempuan.

Majlis ihtifal ini disempurnakan oleh YB Tuan Hj Yaakob bin Sapari, ADUN Kota Anggerik. Dalam ucapan beliau, program ini adalah usaha yang pernah beliau laksanakan sewaktu memimpin ABIM Serdang sejak 2006. Program ini sebagai alternatif kepada ibubapa memberi pengisian anak-anak sewaktu cuti sekolah. Seterusnya, ucapan penghargaan dari ABIM disampaikan oleh Ust Muhamad Muszaki bin Mohd Ozir selaku ketua penyelaras program merangkap Setiausaha Negeri ABIM Selangor. Turut berucap ialah Sdr Imam Farhan bin Wijaya wakil Imam Besar dari Masjid Negeri dan Ust Abdul Aziz bin Sahar pengetua Mahaad Tahfiz Al Rasyad yang turut menjayakan program ini.

Sesi diakhir YB sudi melancarkan tayangan slide aktiviti sepanjang peserta berada dalam program ini dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil penghargaan kepada peserta.


Dilaporkan Oleh ;

Amir bin Daiman
Setiausa Eksekutif
ABIM Selangor
019-2661772

Kem Hafazan dan Kepimpinan Muda

PENDAHULUAN
Assalamualaikum w.b.t

Latar belakang program.

ABIM Selangor merasa terpanggil untuk mengadakan Kem Hafazan dan Motivasi Kepimpinan Muda Tahun 2008 untuk kali ketiganya dan kali pertama di masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam demi memenuhi masa lapang pelajar semasa cuti persekolahan. Program ini sebagai alternative dalam usaha membantu anak-anak untuk menghayati teknik-teknik bacaan Al-Quran dan memberi pengajaran fardu ain yang lebih praktikal berbanding hanya teori ketika di sekolah. Matlamat kami, semoga program ini akan dapat memupuk kemahiran mereka di dalam penguasaan bacaan Al Quran, pemahaman tentang ilmu – ilmu fardu ain, ilmu berpidato dan lain-lain aktiviti yang berfaedah. Dengan ilmu-ilmu ini, di harap mereka dapat memimpin diri mereka sendiri khususnya dan keluarga dan masyarakat amnya.
Semoga usaha berterusan ini akan mendapat sokongan daripada pihak ibu bapa dan masyarakat demi membentuk Generasi Qurani akan datang.

1.0 OBJEKTIF
1.1 Mempertingkatkan bacaan hafazan dan akhlak Ibadah sebagai asas kepimpinan muda.
1.2 Memperkukuhkan asas kefahaman Islam bagi membina syahsiah diri
1.3 Menambah pengetahuan ilmu – ilmu Islam sebagai asas kecemerlangan diri.
1.4 Membina asas pengukuhan Generasi Qurani yang unggul.
1.5 Mengisi pelbagai kemahiran asas kepimpinan dalam diri pelajar melalui ibadah fardiah
1.6 Melatih keyakinan diri peserta untuk bersedia menjadi pemimpin muda dalam keluarga dan masyarakat.

Monday, December 15, 2008

INI GURINDAM PASAL YANG KEDUA

Barang siapa mengenal yang tersebut Tahulah ia makna takut

Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang

Barang siapa meninggalkan puasa Tidaklah mendapat dua termasa

Barang siapa meninggakkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat

Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji

Bengkel Pembangunan Modal Insan

Sabtu-13 Disember 2008, kami telah dijemput menghadiri satu bengkel Pembangun Modal Insan anjuran SUK Selangor. Bengkel ini telah diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam. Sesi pertama adalah pembentangan kertas kerja yang bertajuk Pembangunan Ekonomi Negara: Implikasi kepada golongan belia Malaysia oleh Dr. Rajah Rosiah. Beliau juga menerangkan secara umum tentang krisis kewangan yang melanda dunia hari ini dan impaknya kepada Malaysia. Dr. Turiman bin Suandi pula membentangkan kertas kerja yang bertajuk Menangani Perubahan Sosiobudaya & Sosial di Selangor. Apa yang ditekan oleh beliau adalah perlunya persatuan belia mempunyai wawasan dan tidak meninggalkan solat berjemaah. Menurutnya, andainya sesebuah program yang dianjurkan tidak menekankan solat berjemaah, maka program itu tidak membawa apa-apa erti.
Selepas solat dan makan tengahari, kami dibahagikan kepada dua kumpulan bagi mencari titik pertemuan kemelut yang melanda belia dalam masalah ekonomi dan sosio-budaya. Bengkel berakhir jam 6.00 petang.

INILAH GURINDAM DUA BELAS NAMANYA

Buat renungan bersama. Hayati dan renungkanlah.

Diterbitkan Sempena “Bengkel Pemerkasaan Prinsip Pengurusan Islam: Satu Anjakan Minda dan Spiritual, 28 Julai 2007, Auditorium SIRIM, Shah Alam

INILAH GURINDAM DUA BELAS NAMANYA


Segala Puji bagi Tuhan seru sekalian alam serta shalawatnya Nabi yang akhirul jaman serta keluarganya dan sahabatnya sekelian adanya

Amma ba’du dari pada itu maka tatkala sampailah Hijratun Nabi 1263 Sunnah kepada dua puluh tiga hari bulan Rajab Selasa mana

Telah ta’ali kepada kita yaitu Raja Ali Haji mengarang satu gurindam cara Melayu yaitu yang boleh juga jadi diambil faedah sedikit-sedikit daripada perkataannya gurindam itu hanya dua belas pasal di dalamnya

INI GURINDAM PASAL YANG PERTAMA

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilangkan nama

Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat

Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia mengalah

Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal Tuhan yang bahari

Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya

Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat.

Terima Kasih

Buat para urusetia dan fasilitator yang telah menjayakan Kem Hafazan dan Kepimpinan Muda yang telah berlangsung dari 24 November hingga 12 Disember 2008 di Masjid Negeri Shah Alam.

Hanya ucapan terima kasih yang mampu kami lafazkan. Semoga budi baik dan pengorbanan yang dicurahkan diberkati Allah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saudara-saudari di sini dan di sana.

p/s- Kuntuman-kuntuman sakura ini buat anda....

Kem Hafazan dan Kepimpinan Muda


Friday, December 12, 2008

Persidangan Meja Bulat Kali Keempat











SHAH ALAM, 3 Disember 2008 – ABIM Selangor telah menganjurkan Majlis Persidangan Meja Bulat untuk kali yang ke empat. Tajuk perbincangan yang telah dipilih ialah Kemenangan Barack Obama dan kesannya kepada dunia Islam. Panelis yang telah diundang khas ialah Prof. Dr. Jamal OthmanTimbalan Pengarah Institut Kajian Rantau Asia Barat ,Universiti Kebangsaan Malaysia dan Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman , pengerusi Future Global Network ( FGN ). Program yang diadakan dibilik Seminar aras 4, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor itu telah dihadiri oleh ramai kalangan aktivis gerakan Islam dan ilmuan dari institusi pendidikan berhampiran.

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429H

Sempena hari yang berbahagia ini, marilah kita bersama menyingkap kembali sejarah silam, menghayati erti sebenar pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim A.S dan keluarganya. Kita selusuri perit jerih Siti Hajar ditinggalkan di tanah gersang bersama bayinya. Berulang alik mencari air, penghilang dahaga buat bayi yang kehausan. Akhirnya, Allah kurniakan air yang penuh berkat, air zam-zam yang tidak akan kering hingga kiamat.
Setelah bertahun-tahun mereka terpisah, akhirnya mereka dipertemukan kembali. Bersatu dalam satu keluarga. Namun, sekali lagi ujian Allah tiba. Nabi Ibrahim bermimpi baginda menyembelih anak kesayangannya dan Allah tukar Nabi Ismail dengan seekor qibas.
Secebis kisah silam buat panduan dan renungan buat kita umat akhir zaman.
Selamat Hari Raya Aidil Adha

Friday, December 5, 2008

Persidangan Meja Bulat Kali Keempat

Tajuk: Kemenangan Obama & kesannya kepada Dunia Islam.

Tarikh: 3 Disember 2008 (Rabu)
Masa: 9.00 Malam
Tempat : Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.
PANEL PEMBENTANG 1 -: Prof Dr. Jamal Othman

Moderator : Prof Madya Shaharuddin Badaruddin
Penyertaan Terbuka.

Maklumat lanjut: Sila Hubungi Ust Muszaki 019-266 1772